MEMPERKASA TRADERS SEJAK 2011

Panduan Lengkap Forex Trading Cara pro
Pelajar
2985 +
Pelanggan
14750 +
Pengikut
99875 +
Tahun Pengalaman
15

TFS Price Action Trading

logo TFSPAT - Forex Trading Gaya Pro

TFS Price Action Trading (TFSPAT) diasaskan pada tahun 2011 dengan objektif untuk memberikan panduan trading belajar trade forex & gold secara profesional. Sebelum ini ia dikenali dengan nama Teknik Forex Sebenar (TFS). Ratusan ribu traders telah belajar melalui perkongsian, program dan “panduan lengkap trade cara pro” yang dihasilkan oleh TFS Price Action Trading dalam bentuk buku, video, ebook, artikel dan sebagainya.

Fokus kami ialah “price action trading”, iaitu strategi trade forex, gold, cryptocurrency, US stocks dan sebagainya yang menggunakan empat asas analisis teknikal iaitu candlesticks, turning points, support and resistance dan trendline / curve. Kuasai strategi “naked trading” yang holistik, sistematik, dinamik dan realistik menggunakan formula yang mudah difahami tanpa memerlukan sebarang indicator mahupun analisis fundamental.

Mengenai logo TFSPAT, imej pemanah dipilih kerana kami mengajarkan teknik “tradisional” yang telah diguna pakai sejak lebih 400 tahun dahulu. Manakala warna tema biru gelap (navy) dipilih kerana ia melambangkan kepakaran, ketenangan, kebijaksanaan dan ketepatan, iaitu ciri-ciri seorang trader yang berjaya dan profitable.

Founder TFSPAT

Khalid Hamid - Pengasas TFS Action Price Trading

MK atau Khalid Hamid merupakan pengasas TFSPAT. Beliau mula trade sejak 2007 ketika belajar di universiti, dan menjadi full time trader pada tahun 2012.

Kelulusan beliau ialah Sarjana Muda Perakaunan (2008) dan CFP (2019). Sebelum menjadi FTT, beliau pernah bekerja di HSBC Bank Malaysia, Hong Kong & UK.

Beliau mula mendidik sejak 2011 melalui TFSPAT. MK mempunyai ramai pengikut dan popular di Malaysia, sehingga pernah diundi sebagai FINEXPO Best Trading Guru in Malaysia selama 2 tahun berturut-turut.

TFSPAT Memperkasa Traders Sejak 2011

Sejak diasaskan oleh Khalid Hamid pada 2011, TFS PRICE ACTION TRADING “Panduan Lengkap Trade Cara Pro” telah mendidik ratusan ribu traders dari dalam dan luar negara. TFSPAT sesuai untuk semua peringkat trader, baik yang baru mahupun yang lama, kerana ia cukup lengkap merangkumi teknik, strategi, pengurusan modal & risiko, kawalan emosi & psikologi, panduan broker dan banyak lagi.

Strategi yang diterangkan adalah universal, iaitu ia boleh digunapakai dalam semua jenis pasaran. Jadi, jika anda ingin mempelajari cara untuk menambah pendapatan anda melalui trading (forex, CPO, saham Malaysia/Global), TFSPAT adalah panduan yang perlu anda miliki.

Artikel Pilihan Khas Dari MK

MK - coach forex trading anda

Video Perkongsian Khalid Hamid Di Traders Fair Malaysia 2019

Kisah Jatuh Bangun & Permulaan Khalid Hamid Dalam Forex

Jom Ke Traders Fair Malaysia 2020 Pada 4 April 2020 Di KL

Info TFS Price Action Trading Breakthrough Masterclass

Soalan-Soalan Lazim

TFS Price Action Trading - Panduan Lengkap Trade Cara Pro

Ramai yang berminat untuk trade forex tetapi tak ramai yang berjaya kekal dalam dunia trading. Kelas Forex Trading kami direka khas untuk membantu pemula memahami asas-asas forex dan menyediakan anda dengan ilmu yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran ini. Forex trading melibatkan pertukaran mata wang di pasaran global yang bergerak pantas. Tanpa asas yang kukuh, ramai pemula terdedah kepada risiko kerugian. Dengan menyertai kelas ini, anda akan mempelajari cara membaca carta forex, analisis teknikal dan fundamental, strategi forex trading yang sesuai untuk pemula, serta teknik pengurusan risiko untuk melindungi modal anda.

Kami memahami kesibukan harian anda. Oleh itu, kelas ini dijalankan secara kursus forex online, membolehkan anda belajar dari mana-mana sahaja. Setiap sesi diajar oleh pakar yang berpengalaman, dengan bahan pembelajaran yang mudah difahami walaupun anda baru bermula. Selain itu, kelas ini direka khusus untuk memenuhi keperluan trader di Malaysia. 

Anda akan mendapat panduan forex Malaysia yang praktikal, termasuk langkah demi langkah tentang cara membuka akaun trading dengan broker yang dipercayai, menggunakan platform trading dan menganalisis pergerakan pasaran berdasarkan situasi ekonomi semasa di Malaysia.

Kelas ini sesuai untuk semua tahap, sama ada anda pemula atau sudah mempunyai sedikit pengalaman. Anda juga akan mendapat akses ke komuniti trader selepas tamat kursus untuk bertanya soalan dan berkongsi pengalaman. Yang paling penting, anda akan mempelajari strategi forex trading yang telah diuji dan terbukti berkesan untuk meningkatkan peluang kejayaan anda.

Jangan lepaskan peluang untuk memulakan perjalanan anda dalam forex trading. Sertai kelas forex trading kami dan mulakan langkah pertama anda untuk menjadi seorang trader yang berjaya. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi kami hari ini!

Logo TFS

Hubungi

013-917 3800

Lokasi

B-5-8 Plaza Mont Kiara

Pusat latihan untuk ilmu, latihan dan bimbingan traders di Malaysia sejak 2011. 

Pautan Penting

PENAFIAN
Penulis dan penerbit TFS PRICE ACTION TRADING telah memberikan yang terbaik di dalam penghasilan panduan ini, demi memastikan anda mendapat ilmu trading yang lengkap dan digunapakai oleh professional trader. Namun begitu, tidak ada jaminan lengkap yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalamnya tepat dan menyeluruh. Penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan TFS PRICE ACTION TRADING, secara langsung mahupun tidak langsung.