Tahun 2020 adalah tahun ke-13 saya bergelar seorang forex trader & tahun ke-9 saya menyampaikan ilmu trading (melalui ebook, video tutorial, buku, artikel dan banyak lagi) dalam TFS PRICE ACTION TRADING (TFSPAT). Dulu, saya ada ceritakan dalam ebook TFS (Teknik Forex Sebenar) bagaimana saya boleh terfikir untuk menjadi trader, dan apakah cabaran yang telah saya lalui untuk sampai ke tahap pada hari ini.
Namun begitu, entah start daripada bila & kenapa, saya telah mengeluarkan kisah tersebut daripada ebook berkenaan. Baru-baru ni, ada yang tanya tentang pengalaman saya. Jadi saya fikir eloklah saya ceritakan semula kisah saya. Mungkin ia akan memberi inspirasi kepada anda, dan cuba tengok pengalaman anda sama tak dengan saya.
Jemput baca kisah forex trading saya di bawah ni. Jangan lupa popcorn & tisu! 😘
Saya mula mengenali forex pada MEI 2007, ketika saya sedang menjalani latihan praktikal di sebuah firma perakaunan antarabangsa. Keadaan kewangan saya ketika itu kurang stabil, jadi saya pun mencari-cari peluang menjana pendapatan daripada internet. Ini kerana pada masa itu saya sedar bahawa masa saya agak terhad. Jadi, pendapatan melalui internetlah yang bermain di fikiran saya ketika itu…
Kebanyakan hasil carian saya menjumpai lelongan online, MLM online, program affiliate, dan pelaburan internet haram. Namun begitu, mata saya benar-benar terpaku apabila terbaca sebuah iklan daripada seorang forex trader yang mengatakan beliau boleh menjana pendapatan sehingga RM 10,000 SEHARI melalui FOREX!! Dalam hati saya berkata “WOW, menarik ni!” Apabila saya kaji dengan lebih mendalam, ya, forex bukan satu bentuk penipuan / skim cepat kaya dan ianya memang wujud!!
Beli ebook, kemudian join seminar & kelas mentor. 👍
Tanpa berlengah lagi, saya pun terus mendapatkan EBOOK + INDICATOR beliau (yang berharga RM 97 ketika itu). Sebagai seorang yang langsung tak pernah tahu apa itu forex, saya agak terkial-kial pada mulanya. Nak guna indicator yg dijual pun tak tahu bagaimana ia berfungsi. Bila BUY, dia turun. Bila SELL, dia naik pula. Akhirnya, saya jadi tertekan. Saya rasa, saya kena pergi SEMINAR beliau pula. Jadi, saya pun daftarlah seminar beliau dengan bayaran RM 500. Ia satu jumlah yang sangat besar bagi seorang pelajar IPTA, tetapi saya sanggup berkorban demi kejayaan.
Di dalam seminar beliau, memang beliau menerangkan dengan terperinci cara-cara menggunakan teknik beliau untuk menjana kekayaan daripada forex. Segala tips dan saranan beliau saya catatkan. Tidak cukup dengan itu, saya berjumpa dengan beliau sesudah habis seminar untuk mendapatkan ilmu-ilmu tambahan. Namun begitu, yang menghairankan saya, apa yang diajar di dalam seminar adalah berlainan daripada apa yang diajar di dalam ebook. Tetapi, pada masa itu saya tak hiraukan sangat. Iyelah, “NEWBIE” lagi kan. Balik daripada seminar, saya pun trade menggunakan cara yang disarankan oleh beliau. Memang betul!! SAYA PROFIT SAKAN!! Tetapi ianya cuma untuk sementara waktu sahaja kerana selepas itu SAYA RUGI SAKAN pula…
Saya jadi buntu. Duit dah banyak habis. Ni baru start “Demo / Practise Account” (duit virtual), belum lagi start trading “Real Account” (duit sebenar). Namun begitu, saya tak putus asa. Saya ikhtiar lagi, kali ini dengan menyertai KELAS MENTOR beliau pula. Poket saya lebur lagi RM 150. Di dalam kelas tersebut, saya dan rakan-rakan lain diajar perkara yang sama seperti seminar, tetapi kali ini dengan lebih terperinci. Sesi kali ini juga lebih mesra kerana kami boleh bertanyakan lebih banyak soalan. Setelah puas hati dengan kelas tersebut dan semangat saya kembali berkobar-kobar, saya pun pulang dengan penuh semangat menaiki motosikal kapcai saya.
Masih gagal walaupun dah usaha macam-macam. 😔
Sayang seribu kali sayang, entah di mana silapnya, saya masih lagi tak boleh nak profit secara konsisten dalam forex! Nasib baik demo account je. Saya tak tau apa nak buat lagi. Ebook + Indicator dah beli, Seminar dah join, Kelas Mentor dah masuk, tetapi hasil yang diharapkan masih juga tak kunjung tiba. Akhirnya, saya bermuhasabah diri. Saya rasa, ilmu saya agak terhad yakni saya hanya belajar daripada seorang guru sahaja. Mungkinkah ada orang lain yang lebih hebat dan profitable daripada beliau? Saya pun terus membuat carian di internet dan terjumpa beribu-ribu website mengenai forex, baik di dalam mahupun luar negara. Saya masuk satu persatu dan menghabiskan banyak masa mempelajari ilmu forex, di samping meneruskan latihan demo trading saya. Apabila ada orang menjual ebook atau indicator, saya pasti akan beli selagi harganya berpatutan. Dipendekkan cerita, berbekalkan sedikit keyakinan untuk trade, saya pun membuka REAL ACCOUNT dan mendepositkan USD 200.00 sebagai modal percubaan. Broker pertama saya ketika itu ialah NorthFinance (sekarang dah lingkup). Apa yang menyakitkan hati ialah amaun yang dikreditkan ke dalam akaun saya hanyalah $178.00, di mana $22.00 (hampir RM 70.00!!) dipotong untuk caj bank dan broker. Inilah akibatnya jika kita cetek ilmu dan tidak mengkaji dengan terperinci, tetapi daripada situlah kita menimba pengalaman.
Total loss dalam masa satu hari! 😭
Tarikh yang tak mungkin saya lupa ialah 24 Oktober 2007, di mana modal $178 di atas mengalami TOTAL LOSS (modal habis licin) dalam masa SEHARI sahaja!! Masa tu, saya rasa macam nak bunuh diri. Nilai total loss tersebut ialah kira-kira RM 600.00 (termasuk caj yang disebutkan di atas). Segala pelaburan yang pernah dibuat saya rasa tak berbaloi langsung. Kenapa saya masih lagi gagal walaupun dah berusaha gigih dengan macam-macam cara? Di mana silapnya?
Selepas semua tragedi di atas, saya semakin tak tentu arah. Saya selongkar semua yang ada dalam internet. Asal ada saja teknik untuk profit sakan dalam forex, saya akan cuba teknik tersebut. Follow sekejap seminggu dua, kena loss sekali, terus tukar teknik (dikenali sebagai System Hopper). Pada masa tu, bagi saya teknik yang kalau ada loss tu memang saya tak akan pilih. Saya nak teknik yang tak akan loss langsung. Inilah salah satu kepercayaan newbie @ mitos dalam forex. Hahaha…
Abang Li, you are my hero! 😊
Setelah hilang punca, wang, masa, dan tenaga akibat forex, akhirnya saya mengalah. Forex terlalu mencabar bagi saya. Saya telah meluahkan kekecewaan dan pengalaman saya dalam salah satu forum forex terkenal di internet. Ditakdirkan Tuhan, seorang lelaki bernama Abang Li (bukan nama sebenar) telah membalas posting saya, dan beliau menghantar Private Message untuk mengajar saya cara sebenar untuk berjaya dalam forex. Kami set “blind date” di Tesco Seksyen 13, Shah Alam. Orangnya memang kacak dan baik hati. Beliau berniat ikhlas untuk mengajar saya bagaimana cara trading yang paling selamat dan menguntungkan. Memang tak pernah terlintas langsung di fikiran saya yang forex ini begitu mudah dan straightforward!! Selama ni, ilmu-ilmu yang diajar memang saya dah tahu, cuma saya tak amalkan sebab ia “kurang canggih” dan “too good to be true”. Setelah beliau tunjukkan jalan beserta contoh-contoh di atas chart, semangat saya kembali berkobar-kobar. Balik rumah, terus saya study balik dan catatkan ilmu hebat yang telah saya pelajari. Saya kaji sehingga lewat malam dan membuat backtesting. MEMANG BETUL APA YANG DIAJAR OLEH BELIAU!! Di sinilah turning point dalam forex trading saya berlaku…
Permulaan turning point & profitable dalam karier trading saya. 🤩
Sejak dari hari itu, saya trade dengan teknik beliau, dan ianya memang hebat! Rugi sikit,tapi Untung banyak!! Modal daripada kecil, jadi besar (demo account). Mengikut nasihat Abang Li, seeloknya demo trade dulu sampai mahir. Jadi, saya pun ber-demo bersungguh-sungguh sehinggalah saya yakin dengan kemampuan saya dan keberkesanan teknik ini. Kemudian, saya kembali memasukkan modal ke dalam REAL ACCOUNT saya. Saya trade tanpa emosi dengan penuh dedikasi dan disiplin. Syukur, saya berjaya menjana PROFIT BERTERUSAN sehingga ke hari ini. Bohonglah kalau saya kata saya dah tak merasa loss. Loss tetap ada, kerana itu LUMRAH dalam forex. Namun begitu, loss saya adalah kurang berbanding dengan untung yang saya dapat.
Mula bekerja di bank antarabangsa pada tahun 2008 – 2012. 😎
Kini, saya telahpun bekerja sebagai seorang Eksekutif di salah sebuah bank antarabangsa yang mempunyai subsidiari di Malaysia. Saya telah menyertai bahagian pelaburan forex di bawah Jabatan Global Market sebagai CURRENCY ANALYST. Tugas saya adalah membuat analisa dan memberikan nasihat berkaitan pelaburan forex kepada para pelanggan kami. Apa yang menariknya, teknik yang diajarkan oleh Abang Li adalah sama seperti apa yang digunakan oleh trader professional di tempat saya bekerja. Sekarang, barulah saya tahu bagaimana bank boleh mengaut keuntungan besar daripada forex trading tetapi dalam masa yang sama tidak mengalami kerugian yang besar. Jika trader-trader besar / professional menggunakan TEKNIK FOREX SEBENAR untuk berjaya dalam forex, kenapa tidak anda kan?
Penutup…
Jadi, setelah membaca semua pengalaman saya di atas, adakah anda merasa teruja untuk mengetahui teknik yang digunakan oleh para profesional trader? Adakah pengalaman anda sama atau lebih teruk daripada apa yang pernah saya lalui?? JANGAN RISAU!! MAJORITI TRADER MENEMPUHI PENGALAMAN YANG SAMA. Setelah anda mempelajari TEKNIK FOREX SEBENAR ini dari awal sampai habis, anda akan mendapat segala ILMU + PENGALAMAN + KEMAHIRAN yang telah saya timba selama 6 TAHUN+ menjadi forex trader. Anda pasti akan merasai kemanisan menjadi seorang forex trader. Pelaburan yang anda buat pasti akan berbaloi!
TAMAT. Itulah dia kisah saya, yang saya kongsikan pada ebook TFS edisi 2013. Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi kepada anda. Ingatlah kawan, tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa cabaran, TETAPI, semuanya boleh dipermudahkan bila adanya ilmu dan bimbingan yang betul. Nak berjaya dalam trading (atau apa juga bidang), anda semestinya memerlukan mentor / pembimbing / ilmu yang TEPAT. Jangan harap nak kuasai forex ni dari “ilmu percuma“, kerana ianya adalah terhad sedangkan skop trading ini amat luas dan anda perlu menguasai pelbagai kemahiran.
Jika anda serius nak berjaya dalam trading, sertailah kelas TFSPAT Breakthrough Masterclass DI SINI atau dapatkan “panduan belajar sendiri” kami DI SINI. Jangan takut untuk mencuba kerana kami memberikan MONEY BACK GUARANTEE untuk kedua-duanya.
Sekian terima kasih. Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan anda.
KHALID HAMID, TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 19,000+ Traders Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia
www.tfspriceaction.com, FB IG @tfspriceaction