Saya akan kongsikan dengan anda kenapa saya memilih forex berbanding peluang “BUAT DUIT” lain yang ada di luar sana. Ia berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri yang mana anda juga mungkin pernah melaluinya… 🙂
KENAPA SAYA PILIH FOREX TRADING?
1 – Tak Makan Masa, Tenaga dan Usaha Yang Banyak
How to water cut for powerlifting, methenolone enanthate bodybuilding | プãƒãƒ•ィール boldenon 200 best weight loss plan 2019 bodybuilding statistics about weight loss quick fix trulicity reviews weight loss || grinco
Pernah tak anda kerja di restoran makanan segera? Saya pernah bekerja di sebuah syarikat pizza terkenal di Shah Alam. Gaji saya masa tu RM3.00 sejam. Saya boleh kerja maksimum 4 jam sehari, iaitu dari 8 malam ke 12 pagi selepas habis waktu belajar. Dengan ini, saya berhempas-pulas 4 jam untuk menjana RM12.00. Ia langsung tidak berbaloi, kerana dengan forex saya hanya perlu klik-klik depan PC tak sampai 1 jam sehari untuk menjana pendapatan yang lumayan.
2 – Boleh Dilakukan Di Mana-Mana Sahaja
Forex ni semuanya dijalankan secara ONLINE sahaja. Saya hanya perlukan komputer, internet dan modal mengikut kemampuan saya sahaja. Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, saya boleh menggunakan laptop, smartphone ataupun tablet untuk trade. Saya tak perlu risau sekiranya saya pergi shopping, bercuti, dinner dan sebagainya kerana saya masih boleh trade selagi ada mobile gadget dan internet.
3 – Tidak Perlu Pihak Ketiga Untuk Menentukan Kejayaan Saya
Dalam forex hanya ada 1 faktor penentu kejayaan iaitu DIRI SENDIRI. Saya bagi contoh perniagaan yang memerlukan kita untuk bergantung kepada orang lain…
Katakan anda jual tudung. Kalau pembekal anda lingkup, anda pun tentu akan lingkup juga kan? Kalau pembekal naikkan harga, anda pun kena naikkan harga juga, betul? Itu di pihak pembekal. Kalau pelanggan pula? Anda ada 1001 pesaing, jadi anda perlu jaga hati pelanggan kalau tak mahu mereka lari kepada penjual lain. Dari segi pesaing anda pula, kalau mereka menawarkan pattern yang lebih menarik pada harga lebih rendah, anda juga perlu menyaingi mereka. Kalau tidak tentu anda akan lingkup juga akhirnya, kan?
Contoh lain pula, suatu ketika dulu saya pernah jual barang secara online menggunakan platform Ebay, dan bayaran diterima melalui Paypal. Suatu hari, Ebay telah menutup akaun saya kerana saya disyaki menipu (walhal sebenarnya tidak) dan Paypal telah memegang wang tunai saya sebanyak RM3,000+ selama 6 bulan sebelum memulangkannya kepada saya. Keperitan yang saya alami hanya Tuhan sahaja yang tahu pada waktu itu. :'(
Kalau buat MLM (Multi Level Marketing) pula, kena cari DOWNLINE. Kalau downline buat kerja, ada lah income. Kalau downline atau kaki “tak hidup”, tak ada lah income. Betul kan?
Dalam forex, semua itu tak akan berlaku kerana hanya ada KITA dan MARKET sahaja. Untuk berjaya kita hanya perlu mengawal satu faktor sahaja iaitu DIRI SENDIRI. Tak perlu jual barang, bergantung kepada pelanggan / pembekal / pesaing, tak payah cari downline / upline dan sebagainya. Tak ke best macam tu? 😀
4 – Forex Market 2 Hala dengan Risiko Yang Terhad
Dalam forex, saya boleh mendapatkan untung ketika harga naik dan juga turun. Ia tidak seperti pasaran lain yang mana saya hanya boleh untung kalau harga naik sahaja. Selain itu, risiko saya adalah terhad kepada berapa yang saya laburkan. Ini berbeza dengan saham di mana saya boleh rugi melebihi apa yang saya ada apabila saya menggunakan Share Margin Financing (pinjaman untuk membeli saham).
5 – Potensi Keuntungan Lumayan Dalam Tempoh Singkat
Dalam forex, 100% profit sebulan adalah tidak mustahil. Secara realistiknya, untuk sesiapa yang dah mahir, 20-30% sebulan adalah sesuatu yang boleh dicapai. Katakan anda bermula dengan $1,000, kalau sebulan dapat 20-30% dah $200-300. Ia adalah sangat banyak jika nak dibandingkan dengan syarikat pelaburan saham amanah yang menawarkan pulangan 10% SETAHUN! Anda bukan buat kerja berat pun. Klik-klik pada PC atau tap-tap pada smartphone / tablet je pun. 🙂
Kalau tak nak income sebulan, nak income HARI-HARI pun boleh! Tiap-tiap hari akan ada peluang untuk profit dalam forex ni. Lepas profit, withdraw je terus masuk ke akaun anda. Modal untuk bermula juga adalah bergantung kepada kemampuan anda. Anda boleh bermula dengan serendah USD50.00 jika anda mahu. Tanpa modal pun boleh, tapi virtual / demo account saja lah. Hehehehe… :p
Itulah dia 5 sebab utama kenapa saya dan anda patut pilih forex. Saya tahu banyak peluang bisnes lain yang boleh dibuat di luar sana, tetapi tiada yang sehebat forex. Renung-renungkan dan fikirkan semula apa yang saya sebutkan di atas samada logik ataupun tidak ya.
Semoga anda mempelajari sesuatu daripada artikel ni.
Silakan SHARE post ni dengan rakan traders anda ya 🙂
Terima kasih dan jumpa lagi di dalam posts yang akan datang.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
Assalamualaikum. Tq tuan sebab masih memberikan infor kepada saya dh buat masa sekarang saya sedang memahirkan diri serta mendisplin diri dengan belajar demo trade
In sya allah ada peningkatan semasa buat trade.
Tq sekali lagi untuk tuan Khalid
sama2 tuan. selamat maju jaya 🙂
assalamulaiku tuan
Saya ada tengok u tube yang mengatakan urusniaga forex trading haram. Tapi ada pulak ustaz lain kata harus .Boleh tuan komen dan berikan saya keyakinan utk berforex..Sekian
w’salam. sila email kepada kami ya. ruang komen agak terhad untuk kami jawab. tq
Tuan email sy sekali jawapan tu.. Ahmad1514.af@gmail.com
jawapan apa tu ye huhu
Assalamualaikum tuan khalid.
Terima kasih di atas motivasi yang diberikan.
Saya akan cuba mendalami ilmu dunia forex untuk mengubah kehidupan saya and family kepada yang
Lebih baik.
Akhir kata tuan khalid adalah inspirasi saya.
All the best tuan
as usual, my dear bro ‘barakallahu fii ilmika syarahtahu lana, allahumma amiin.^^
Tq Tuan Khalid atas motivasi ni.. Sy akan cuba praktikan TFS nnt.. X sabar plk rsnya menantikan ketibaan TFS dari Tuan.. Tq lg sekali Tuan.. Solute
Assalamualaikum…nak tanya ..ada tak yang dah beli software tuan tapi masih rugi bila dia buat real trading…boleh whatsap saya secara personal..0133697816…hj.din
W’salam. Dah tentu ada tuan. Kami berikan tempoh refund selama 3 bulan. Ia cukup lama untuk test apa juga strategi. Ia bukanlah sesuatu yang pelik, kerana di sekolah pun kalau kelas ada 30 orang, cikgu yang mengajar sama, kenapa ada yang dapat tempat pertama dan kenapa ada yang dapat tempat terakhir? Sudah tentu lah kerana USAHA MEREKA BERBEZA WALAUPUN ILMU & GURUNYA SAMA. Selamat Hari Guru 2016 😀
Assalamualaikum tuan… Sya dah Ada akaun real, cuma blm begitu yakin utk buat trade.. Skrg ni tgh belajar akaun demo.. Huhu.. Terima kasih motivasi yg diberikan semoga tuan dikurniakan Kesihatan Dan Murah Rezeki sepanjang hayat.. Sya akan terus mengikuti perkembangan semasa yg Tuan berikan… Sila tunjuk ajar tuan..
W’salam. terima kasih atas sokongan tuan. jangan lupa baca semua post dalam blog ini ya 😀
Salam..boleh ajar saya?
Boleh tuan Jaslee. Klik sini utk tunjukajar lengkap ya: http://bit.ly/promositfs 😀
Assalamualaikum Tuan Khalid.. Wah Alhamdulillah perkongsian pengalaman yg sangat bermotivasi dan menaikkn semangat utk terus berjaya.. Semoga Tuan dlimpahkan rezeki yg berlipat ganda dan kesihatan yg berpanjangan utk mnyumbangkan ilmu kepada yg ingin berjaya dan memperbaiki kehidupan.. Aamiin yaa rabbal alamiin~ tak sabar pulak utk mendapatkan ebook Tuan.. Mudahan sy sempat beli sebelum qouta abis.. Nanti naik harga pulak.. Ehehe
Wsalam. Tq so much cik Ana 🙂
TERIMA KASIH EN KHALID HAMID ATAS INFOR NYA.MEMANG BENAR DAN TEPAT KATA KATA TUAN.PENGELAMAN TUAN BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN.SAYA JUA PERNAH KERJA RESTORAN DI TENGAH KOTA KUALA LUMPUR PADA TAHUN 80 HAN SEBAGAI PEMBANTU TUKANG MASA/PELAYAN DENGAN GAJI RM90 SEBULAN.5TAHUN DI KL BERBAGAI KERJA DIKL.SEKARANG 5 ANAK DIKL TIDAK IKUT JEJAK SAYA.HARAAP JUMPA EN KHAKID DIKL.ADA 7 ORA G ANAK SEMUA NYA DI PINANG/KELANTAN.
bersusah dulu, bersenang kemudian 🙂
Alhamdulillah… syukur sy kerana sebelum ni sy lost lebih dr 2000usd…. tp selepas tgk video Sifu Khalid dlm youtube…….. dgn hnya sedikit ilmu dr Sifu dlm youtube sy dah Profit lebih dr 200pips utk 9&10 Jun 2016….. Sebelum ni sy asyik lost profit sbb entry x betul…. itu baru tips entry dr sifu khalid…. sy teringin utk dptkan buku TFS… tp apakan daya modal dah kurang….. sbb sebelum ni ayik lost dan mc….. supaya penuh ilmu didada utk berjuang….. Syukran Sifu atas perkongsian video pendek tp cukup bermakna utk saya…… hr ini 10.6.2016 dpt draw 200usd dgn modal usd150 dlm 2hari amalkan teknik sifu….. Syukur alhamdulillah…..
Wow, tahniah tuan. Sedikit pandangan, cara tuan trade mungkin berisiko tinggi kalau 2 hari boleh ssampai > 100% return. dikhuatiri, next time kalau buat lagi dan rezeki tidak memihak kepada tuan, tuan mungkin lebur kesemua modal tuan. Sebab tu selepas TEKNIK YANG BETUL, MONEY MANAGEMENT akan menjadi benteng kelangsungan tuan dalam trading. Selamat maju jaya. Kuasai “ilmu free” dulu then baru belajar yang lebih mendalam ya 😀
Boleh vedeo nya bang
tima kasih
Alhamdulillah, saya dalam proses belajar guna Demo Akaun, insyaAllah dalam waktu terdekat akan beli Teknik Forex Sebenar, semoga dipermudahkan aamiin 🙂
Amin, terima kasih atas sokongan En Roswan 🙂
Saya ada belajar di akaun demo tapi dalam masa sama cuba real acc tapi sekejap profit sekejap rugi..hanya tunggu buku&dvd tfs sampai untuk belajar lebih lagi untuk trade.
ada ilmu nanti just kena perbetulkan mana yg tak betul saja ya 🙂
Telah dibaca pada 30 Julai 2016 …. Jam 0431 petang Sabtu
Assalamualaikum. Tq tuan sebab masih memberikan info kepada saya dh buat masa sekarang saya sedang trade dgn akaun demo.saya juga belajar melalui you tube dan artikel2 dr fb tuan.saya juga berhasrat untk membeli buku dan dvd tfs tuan..dan berhasrat untk bermain akaun real.tq tuan kerana sudi beri tunjuk ajar
Tq sekali lagi untuk tuan Khalid
sama2 tuan. tq sudi baca post2 di blog ini ya 🙂
Assalamualaikum tuan
Boleh tuan beri cadangan broker2 yg bagus
w’salam. kami syorkan fxcitizen sahaja. dah bertahun2 kami guna tanpa masalah.
bleh klik banner di sebelah atas blog ni ya. terima kasih
Salam. Saya dh trade sejak awal tahun 2016 dan pelbagai indicator yg saya guna contohnya moving average, parabolic sar, relative strength index (scalping), stochastics (scalping). Saya mmg ada profit tapi tak konsisten. Banyak loss daripada profit. Saya ada tgk video tuan di youtube dan saya berminat utk mendalami kaedah SNR. Kenalan saya pun ada syorkan teknik tuan. Lebih santai katanya. Cuma saya ada masalah dari segi marking SNR. Ada yang tepat, ada yang tak. Saya harap tuan sudi berkongsi ilmu 🙂
Salam. cara lukis SNR ikut cara TFS ada dalam video2 kami di youtube. klik link ni: https://www.youtube.com/channel/UC6q_GEt8swD5b20zvI1PuLA
Nak konsisten kena ada ilmu lah tuan. Banyakkan profit, kurangkan loss. Itu saja caranya 🙂
Assalammualaikum terima kasih! Saya dah beli buku TFS awal bulan 8 ni, sangat lengkap dan mudah difahami. Video semua dah tengok, masta khalid lucu dlm video bonus hehe. In Shaa Allah berjaya, saya tengah practice demo account serta baca semula buku2x tfs sampai faham 100%. Tuan Khalid rasa adakah patut saya buka real account dlm bulan depan? Tpi cent account je dulu hehe. Saya dah berlatih trade sejak awal tahun tanpa ilmu haha, dgn ilmu hampir sebulan. Lagi satu sesuai ke saya buka post kat Daily? Bab Stop loss jadi besar. Sorry panjang sangat.
W’salam. syukur2 & terima kasih atas sokongan. real account boleh, tapi mcm tuan cakap la, cent saja. not more than $100. belajar control modal kecil dulu. dah ok baru besarkan modal. anggap je 3 bulan ni tempoh “tadika” atau “sekolah rendah”. jgn nak cepat lompat kelas plak.
Entry ikut H4. Daily tu utk arah market saja tuan. All the best 🙂
Assalamualaikum tuan Khalid. .Sy baru je oder buku tuan 3 hari lepas. .Sy sebenanya tersangat2 new bie haha..sekarang ni sy dalam proses mengenal akaun demo. .masih terkial kial. .hehe..semoga dgn buku Tfs yg Akan Di pos tidak lama lg Akan permudahkan sy untuk belajar selok belok Forek. .terima kasih tuan senang kenalkan buku ni pada sy..semoga tuan Khalid dimurahkn rezeki dan dipermudahkan segala urusan. .insyallah amiin. ..
A-Z ada dalam tu. amin, yakinlah yang tuan akan berjaya ya. jgn sesekali berputus asa 🙂
Asslmu’alkm Tuan Khalid,
Terimakasih kerna pencerahannya saya xsabar nk jd pintar berdagang,
pertayaan:apabila kita buka akaun sebenar adakah orang akan membimbi g kita selain kita berlajar dgn teknik TFS ni,Tq
wsalam. bimbingan tu takde lah nak bimbing face to face atau tunjuk satu per satu. semuanya dah disediakan dalam TFS. tapi, jika ada apa2 soalan boleh hubungi kami melalui call / SMS / whatsapp / email / PM di FB. Untuk analisis harian boleh tengok dalam secret group. Terima kasih 🙂
Assalamualaikum master Khalid dn rakan2 trader
Memang betul apa yg master cakapkn mengenai forex dalam email yg dihantar kpd say
Forex Adalah satu2 nya platform yg paling senang utk buat duit
Terima Kasih atas maklumat2 dn pendapat dr master
Nak mula pun xtau lg kat mana nk kena mula.. Baru seleSai baca ebook bro.. Mohon tunjuk ajar boss..
berbaloi tuan. dalam 90 hari kalau tak berhasil boleh minta wang dikembalikan. tiada risiko yg perlu ditanggung 🙂
Nak mula tp xtahu nak mula dari mana.. Baru baca e book bro. Tgh fikir nk beli TFS bro.. Fikir nak trade berbaloi ke x beli TFS ni
berbaloi tuan. dalam 90 hari kalau tak berhasil boleh minta wang dikembalikan. tiada risiko yg perlu ditanggung 🙂
Orait bos. Bagi link tu utk order TFS
ini dia: http://bit.ly/promositfs
terima kasih atas sokongan 🙂
Terima kasih atas penerangan yg jelas , saya baru cuba utk memahaminya. Harap dapat bantuan seterusnya
slm tuan,,sye tringin nk cuba buat forex tpi sye x tahu nak mule dari mne..
assalamualaikum sifu khalid hamid…saya dri brunei…saya ni new trade dalam forex…baru2 nie saya da liat video tuan..senang dan mudah difahami…saya percaya video tuan itu memang berguna…saya nak blajar dengan mengurang kan lost saya dalam trading…biar prohit bnyak , loss sikit…
W’salam Syahmala. Alhamdulillah terima kasih. Dalam TFS pun video-video nya begitu juga. Video adalah praktikal. Untuk teori dan penjelasan lebih mendalam ia ada dalam buku. Kami berusaha untuk jadikan forex ni mudah difahami. Semoga tuan mendapat manfaat maksimum dengan TFS. Terima kasih 🙂
Apa yg dikata semua benaran diatas
Msk mlm pun x cari org mn nk de income…
Meniaga on9 pun bkn setiap hari laku tambahan berapa ribu org yg jual brg sama dgn kita…
Saya seorang surirumah sepenuh masa dan seorang sahaja yg bekerja mmg memeritkan tambahan sekarang barang keperluan lebih mahal dr dulu..
Saya pun baru saja nk cuba kehebatan forex ni…hehe..
Harap2 berjaya macam tuan…aminn
..
Aminnn
Baru beberapa hari / minggu saya lekat dengan blog TFS tuan ni, bnyak info yang dapat saya pelajari…
Sedikit sebanyak info yang diberi sangat-sangat memuaskan, saya harap dengan trade yg ada sekrng dpt mengumpul dana yg mencukupi utk membeli buku TFS Tuan.
Semoga terus maju ke hadapan!
“Kaya & Berjaya”
Amen.
assalam tuan khalid. saya nak tanya. saya baru sahaja beli tfs tuan. macam mana saya nak join private group tfs di fb ?
wsalam. nanti dapat buku, ikut arahan dalam buku II bab last sekali ya tuan Mizi
Saya belum dapat e book free lg la tuan bila ye boleh dapat
tuan patut dapat serta merta. cuba email ke admin@forexsebenar.com kalau tak dapat yer. kami akan beri segera tq
Asslmkm makasih bang khalid atas support nya..
InsyaAlloh dlm waktu dekat nih saya akan buka akun real..
Skarang akun demo aza dulu..modal masih tahap kumpul kumpul hahaha …jangan bosan ya abang dengan pertanyaan pentanyaan saya lewat email…
Salam profit ..
Wassalam ..
ws. salam profit juga buat tuan 😀
Trimh kasih pak ciik atas sran dan petunjukknya,dlm tred mnggunakn metetreder 4.bolehkah mggunakn smart pobe androed dan apskah mnu dlm meta treder 4 di android lengkap karna buat analisis sprti buat trenlen dsb. Trimkash psk cik ats suppot nya
salam tuan ya boleh tuan. sekarang dah lengkap dah 🙂
tq berkongsi pengalaman sy pun nak jd trade sepenuh masalah he3
best woo
Terima kasih atas perkongsian tuan, saya ada satu soalan selain daripada perbezaan market watch dan trade execution, apakah lagi ciri-ciri istimewa broker fx citizen berbnding broker2 lain? Dan adakah broker ini ecn, stp atau ndd?
salam tuan. fxcitizen nak buka akaun mudah (hanya perlu ic & lesen, dan tak banyak borang online perlu diisi). kemudian utk deposit & withdraw adalah pantas. withdraw boleh masuk hari yg sama kalau dibuat sebelum 8 malam (waktu malaysia). fxcitizen ada ECN juga. tapi tu semua tak penting pun kalau kita pandai trade. KESELAMATAN MODAL & KEPANTASAN SERVIS BILA DIPERLUKAN itu yg paling mustahak ya. tq
Trima ksh tuan khalid..
Adakah anda memerlukan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%? Adakah anda telah ditolak pinjaman bank? Memohon pinjaman sekarang !!! hubungi kami
Laman web: gonzalezandresblog.wordpress.com
terbaik tuan saya pun sangat tertarik di dunia forex ini kenal forex baru akhir des 2016 belom genap 1 tahun…tp slma ini belom ada pernah wd dan loss ribuan usd hgg tak ada modal lg utk trade lg…saya sdg menunggu tfs 7 tuan diluncurkan agar dpt membantu saya belajar dalam forex trading…dan dpt membantu saya sukses di bidang ini utk kedepannya
sama2 tuan tq atas sokongan 🙂
Ok.tuan…terima kasih…sy tgh cuba cuba lg akaun demo..tringgin nak dapatkan buku tfs tersebut..tgh tunggu kumpul modal lg tuan..:-)
Terima kasih Tn. atas perkongsian yang baik…membakar semangat…
salam tuan… terima kasih.. info yg sangat berguna…
sama2 tuan fahrok
salam tuan khalid..terbaik teknik.tuan..saya baru baca e book percuma dan menonton video yg tuan upload di youtube dh boleh kaut profit 200pips…macam mn sya nk beli panduan TFS yg penuh dan berapa harga??sbb saya betul2 nk mendalami ilmu forex nie…sblm nie saya dh lebur hampir rm20k..trade sndiri x konsisten…join copytrade pun mc..guna EA pun mc jgk…tq
salam. syukur tuan, teruskan prestasi ya. apa yg dah lepas tu jadikan pengajaran. utk TFS yg terkini, dalam feb or mac 2018 siap. daftarkan email di www.forexsebenar.com/ebookpercuma dulu. bila dah launch, mereka yg daftar email akan menerima makluman paling awal ya.
terima kasih 🙂
Dalam tuan,saya perlukan pencerahan mengenai isu halal haram dalam forex. Tq
krectech@gmail.com
salam tuan kami dah email dah ya. sbb panjang sgt kalau reply di sini. tq
Saya pun nak tau pasal halal haram forex tuan @khalidhamid
Dalam Youtube dah banyak pakar2 Muamalat yg ulas tuan. Boleh rujuk di sana ya. 🙂
terima kasih tuan atas info yang dapat memberi kami meneruskan legasi forex ini dgn kadangkala ada juga perasaan utk perputus asa namun info dgn info yg tuan berita ini dapat menyuntik kembali semangat kami yang ada kalanya merasa sangsi ..
moga tuan terus memberi kami info dan juga tunjuk ajar dan terima kasih kerna menghasilkan vedio didalam youtube buat masa ni saya tak mampu untuk membeli buku dan cd yg tuan keluar kan tu , insyaallah saya akan milikinya jugak suatu hari nanti ..
terima kasih daun keladi..
ada info bagi lah lagi..
sama2 dan selamat maju jaya. nanti panduan terbaru kami akan ada lagi ilmu2 percuma yg lebih membantu!
TFS terbaik. Tak sabar nak tunggu versi terbaru.
Salam tuan..maaf boleh email saya pasal halal atau haram Forex..fatwa Malaysia yg dinyatakan Dr zaharuddin haram manakala Forex Brunei halal..mmg saya pun dapati Forex paling mudah menjana keuntungan dgn ilmu..
salam tuan boleh cari di youtube ada banyak video2 yg jawab soalan ni ya tq
salam tuan, saya baru nak mengenali forex. bagaimana kaedah yg saya perlu pelajari ye?
salam. kami syorkan tuan belajar terus ilmu A-Z TFSPAT di sini: bit.ly/tfspriceaction terima kasih. 🙂
Helo tuan khalid hamid…boleh ulas cara withdraw duit dengan selamat dan cukai LHDN