06/08/2025
belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-khalid-hamid

Oppppsss… nanti dulu! Jangan join dulu kelas puluhan ribu tu. Duit tu baik standby buat modal trading lagi bagus. 😁 Banyak lagi sumber-sumber ilmu percuma berkualiti yang boleh anda pelajari terlebih dahulu. Ini antaranya:

Ebook Percuma TEKNIK FOREX SEBENAR

belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-teknik-forex-sebenar

Ebook ni tebalnya 95 muka surat. Pelbagai ilmu telah disusun di dalamnya untuk anda belajar forex dalam bahasa melayu. Dengan ebook ni anda dah boleh faham serba sedikit apa itu forex, cara buka demo account untuk praktis, bagaimana menguruskan modal trading dan macam-macam lagi. Sila dapatkannya di kotak merah sebelah kanan blog ini.

Blog, Fanpage & Youtube  TEKNIK FOREX SEBENAR

belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-fanpage-and-youtube-channel-tfs

Kami di TFS banyak juga buat sharing di fanpage kami. Selain itu, di youtube channel kami pun dari semasa ke semasa kami tambah video-video baru. Tetapi, antara fanpage & blog, sudah tentulah blog ini lebih banyak ilmu yang dikongsikan, malah ianya lebih tersusun. 😁

Babypips

belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-babypips

Ini website belajar forex #1 di dunia! Ia mengajar anda basic-advance tentang forex. Kelemahannya? Ianya dalam bentuk teks dan gambar sahaja, tiada video penerangan disertakan. Selain itu, ianya juga dalam English. Kalau anda tak fasih English, anda perlukan masa yang lama untuk translate dan faham apa yang mereka cuba sampaikan.

Caripips

belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-caripips

Laman Bomoh Pips dari Malaysia ini bolehlah dikatakan sebagai Babypips dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ianya sangat lengkap dan mudah difahami. Amat sesuai untuk mereka yang tercari-cari ilmu forex dalam Bahasa Malaysia.

Nial Fuller (Learn To Trade The Market)

belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-nial-fuller-learn-to-trade-the-market

Beliau merupakan trader Australia yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam forex trading. Banyak giler beliau share tentang “price action trading” di website beliau. Beliau hanya menggunakan simple English, tetapi artikel dia panjang-panjang woo. Kalau anda rajin dan ada masa, bolehlah baca kesemua artikel-artikel dalam website beliau ya. 🙂

Forum-Forum Forex

belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini-carigold-forex-factory

Ada 2 je forum yang saya boleh recommend iaitu Carigold (BM) & Forex Factory (Eng). Serius, berlambak ilmu forex ada di sana. Memang sampai tahap anda boleh muntah hijau! Itulah kelemahan kalau nak belajar melalui forum. Anda tak tahu mana satu keadah yang betul atau terbaik, dan anda akan mudah terpengaruh untuk bertukar-tukar teknik setiap kali anda nampak ada “sesuatu yang baru di pasaran”. Jika anda seorang yang berfokus tinggi, bolehlah cuba. 😉

“APA LANGKAH SAYA SETERUSNYA?”

Kalau anda dah pilih satu teknik, dah praktis serta konsisten profit 3 bulan di DEMO, bolehlah anda mula trade REAL account pula. Elok anda baca juga blogpost ni:

Latih Tubi Sebelum Anda Membuka Forex Real Account

Adalah penting dalam proses pembelajaran tu anda mempunyai seseorang untuk anda bertanyakan soalan. Kalau anda jenis tak larat nak selongkar semua bahan percuma (kerana saya tahu ia mengambil masa yang sangat panjang, saya dah pernah rasa dah), anda belajar je lah KAT SINI. Semuanya dah disusun rapi, tinggal nak ikut aturannya sahaja. Mereka yang berjaya pun dah ramai dah sebab kaedah yang diajar ni bukan kaedah “mi segera”, sebaliknya ia telah digunakan sejak 400 tahun yang lalu.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE post ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

18 thoughts on “Belajar Forex Dari Ebook Forex Percuma Dan Website Forex Ini

  1. betul tu tuan.. saya pown sampai pening banyak sngat teknik.. dengan beli buku tuan.. mungkin saya akan guna teknik snr dan crs.. x yah pening2 dah dengan teknik lain

  2. Asalamualaikum tuan khalid hamid,Saya tiada ebook forex percuma boleh kah saya minta dari tuan?

    1. Salam, saya terbaca artikel d fb, ada hamba allah yg post memburuk burukan rakan saudara yg kononya tipu melayu, bermula dari situ saya stalk fb rakan saudara hingga perjalan ke indonesia…kemudian terjumpa pula nama saudara..scroll punya scroll sampai lah jumpa fb saudara dan landed di blog ni. Saya penah dngar dan faham sikit pasal forex tp bad feef back juga banyak di tambah lagi ramai scammer, Saya penah juga join affiliate program lama dulu tapi hampeh belaka, mungkin bukan rezki saya atau berada d tempat yg salah, saya berharap Kalaulah terpilih untuk dapatkn e book secara percuma. .manalah tahu dngan tips yg ada dapat membuka minda dan faham lebih mendalam tentang selok belok forex ni.
      Wassalam

      1. salam tuan Hashim. jangan lupa dapatkan ebook percuma dalam kotak merah di sebelah kanan ya. makasih 🙂

  3. Assalamualaikum saya baru belajar forex dgn kakak saya bnyk yg saya tak faham talian bantuan sangat diperlukan

    1. wsalam terima kasih. kalau kurang faham elok join seminar kami akan datang di 6 lokasi ya. klik sini utk info lanjut: tiny.cc/fxoftheyear

  4. Asslm tn…nk ebook tn tu boley x.. Sy baru nk blaja forex ni…boley bagi link x tn…

  5. Asslm tn…ada lagi x ebook percuma daripada tn tu…boley bagi link x tn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *