06/08/2025
7-tips-supaya-forex-trader-murah-rezeki-dalam-forex-trading

Saya dah trade sejak tahun 2007. Bertahun-tahun lamanya masa diambil untuk saya sampai tahap boleh dapat sharp entry berulang kali seperti bukti profit di atas. Trade sikit tapi profit banyak, bukan sebaliknya (trade banyak tapi profit sikit) kerana anda trade banyak pun belum tentu kesemuanya boleh profit. Silap haribulan yang loss tu akan “menghakis” kesemua profit yang penat-penat anda dah kumpul. Saya banyak belajar dan asah skill sendiri, sebab dulu tak ramai yang tampil mengajar. 🙁

Kalau anda rasa macam nak putus asa, ingatlah bahawa ramai traders yang dah pernah rugi lebih RM500,000 dalam forex ni (samada ditipu skim forex atau loss trading). Kalau anda belum lagi rugi sebanyak itu, anda patut bersyukur dan jangan putus asa. Duit boleh dicari. Dah kuasai nanti kejap je boleh dapat balik modal yang rugi tu. 🙂

Kuasailah dulu demo account, kemudian real modal kecil, dan akhir sekali real modal besar (ikut kemampuan) apabila anda sudah boleh profit secara konsisten menggunakan real modal kecil. Rujuk penerangan panjang lebar saya di sini >>> KLIK SINI

Tiada gunanya guna modal USD1,000 jika USD50 pun anda tak boleh nak profit.Saya dulu belajar semua selongkar sendiri sahaja. Sumber-sumber ilmu amatlah terhad. Yang mengajar pun tak lebih 5 jari kalau nak dikira. Kalau saya malas memang saya akan lingkup. Sebab tu saya sambung belajar lepas balik kerja sampailah awal pagi. Esoknya pergi kerja. Balik sambung belajar. Begitulah cycle hidup saya selama bertahun-tahun.Kini, bahan pengajaran telahpun disusun. Nasihat-nasihat penting pun telah diberikan di dalamnya. Anda hanya perlu baca / tonton, fahamkan dan amalkan. On and off tak faham anda masih boleh bertanya. Akan ada yang sudi membantu. Dalam TFS Private Group hari-hari ada analisis dikongsikan, baik oleh saya, analyst mahupun para members yang baik hati. Berusaha dengan ilmu VS berusaha tanpa ilmu, tentu sekali berusaha dengan ilmu tu lebih dekat dengan kejayaan. 1 langkah anda dah pun berjaya, tinggal nak bawa sebelah langkah tu je lagi orait.Anda rasa pemahaman dan rezeki anda seperti tersekat? Mungkin boleh cuba petua di bawah. Ianya hasil pembacaan, kajian dan pengalaman saya sendiri:

1) Cuba derma / sedekah banyak sikit dari biasa. Kalau biasa kat masjid anda derma RM1.00, cuba amalkan derma RM10 – 50. Janji Allah swt dalam Al-Quran, 700x ganda pulangannya. InshaaAllah…

2) Anda ada dendam dengam sesiapa? Maafkanlah mereka. Tiada sengketa, rezeki mudah mengalir masuk. Jiwa tenteram. Setiap manusia melakukan kesilapan, dan setiap masalah boleh dibincangkan. Jangan biarkan sengketa menghantui diri. Elakkan cari pasal dengan orang. Barulah boleh hidup dengan tenang.

3) Hubungan dengan ibubapa & keluarga porak peranda? Perbaiki lah. Saya anak ke-2 daripada 3 beradik. Saya selalu menganggap abang & adik saya lebih disayangi oleh ibubapa saya. Sebenarnya tak begitu pun. Biasalah, budak-budak masa tu. Haha. Saya perasan rezeki saya makin murah bila saya mula hulurkan duit belanja kepada parent saya, dan minta mereka doakan saya dimurahkan rezeki dalam apa yang saya usahakan. Alhamdulillah, memang mujarab!

4) Elakkan diri daripada bergelumang dengan maksiat. Jauhkan larangan Tuhan. Buat apa yang Dia suruh. Tak perlu pertikai “dia tu kaki togak boleh je kaya”. Buat yang baik, tinggalkan yang buruk. Ingatlah bahawa kita nak kejayaan dunia & akhirat, rezeki biar berkat dan lancar. Tak guna kaya di dunia tapi akhirat nanti masuk neraka. Betul? Sentiasalah ingat bahawa “afterlife” tu wujud, baik dan buruk kita akan dinilai.

5) Anda ada guna “barang curi” dalam hidup anda? Tinggalkanlah. Dalam tak sedar adakalanya kita menganiaya orang lain. Orang beratur kita potong que. Hak orang lain kita rampas. Beli CD cetak rompak. Streaming movie dari sumber haram. Pakai hangbeg / kasut ciplak @ immitation. Laptop / PC pakai software pirate. Dan macam-macam lagi. Kalau anda aniaya orang, macam mana Tuhan nak makbulkan doa anda?

6) Niat anda betul atau tidak? Kenapa anda nak kaya sangat? Selagi mana niat anda tu untuk kebaikan, percayalah satu hari nanti ia akan tercapai jika anda terus konsisten berusaha. Niatkanlah untuk menyediakan hidup lebih baik untuk keluarga, untuk ibubapa, nak pergi umrah setiap tahun, nak bina tahfiz, nak sumbang zakat RM100,000 setahun dan sebagainya.

7) Anda selalu rasa meluat & menyampah lihat orang berjaya? Atau orang yang disanjung kejayaannya? Selalu skeptikel dengan orang berjaya? Berubahlah… doakan agar anda dapat berjaya seperti individu tersebut. Jangan caci maki atau dengkikan mereka. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Hati bersih, rezeki akan lebih mudah masuk. Percayalah…

Sekian sedikit perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua 🙂

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE post ni dengan rakan traders anda yang lain orait. 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

9 thoughts on “7 Tips Supaya Forex Trader Murah Rezeki Dalam Forex Trading

  1. Anda ada guna “barang curi” dalam hidup anda? Tinggalkanlah. Dalam tak sedar adakalanya kita menganiaya orang lain. Orang beratur kita potong que. Hak orang lain kita rampas. Beli CD cetak rompak. Streaming movie dari sumber haram. Pakai hangbeg / kasut ciplak @ immitation. Laptop / PC pakai software pirate. Dan macam-macam lagi. Kalau anda aniaya orang, macam mana Tuhan nak makbulkan doa anda? –

    ————-suka dengan statement tu..btul jugak tu abg khalid.kdg2 kite terlepas pandang tentang perkara2 mcm ni..boleh jadi perkara2 mcm ni yang boleh menghalang rezeki dari sampai kat kite..terima kasih untuk peringatan.

    1. sama2. baru saya basuh sorang budak berbakat besar ni pasal adobe. income masyuk tapi lalu macam air. sekali tanya rupanya pakai software pirate. adehhh

  2. terima kasih atas perkongsian.. nk tanya macam mana nk join TFS Private group..

    1. sama2. rujuk buku II page hujung sekali ya. ia hanya utk pemilik TFS sahaja. terima kasih

  3. Terima kasih sifu Khalid.. Moga Allah panjangkan umurmu, sihat walafiat sepanjang hidup, dan mendapat rezeki dunya dan akhirat. Moga Allah memberi mu rezeki yang melimpah ruah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *