07/08/2025
analisis-nfp-malam-ni-dari-khalid-hamid-teknik-forex-sebenar-1

Salam semua. Berikut merupakan analisis NFP saya untuk malam ni. Kepada yang tak tahu, US Non-farm Payroll (NFP) adalah berita yang diumumkan pada Jumaat pertama setiap bulan. NFP merupakan berita forex yang paling berimpak tinggi. Dalam masa beberapa minit, berdesup puluhan – ratusan pips dia boleh pergi!

USD index telah membentuk pattern Evening Star, iaitu petanda USD nak turun ke paras lebih rendah. Kalau USD melemah, XXX/USD akan naik. Begitulah sebaliknya.

analisis-nfp-malam-ni-dari-khalid-hamid-teknik-forex-sebenar-2Dari segi teknikal forex pairs pula, saya akan fokus kepada EUR/USD sahaja. Setiap kali NFP, hanya 2 pairs ini yang akan bergerak paling banyak: EUR/USD dan USD/JPY.

analisis-nfp-malam-ni-dari-khalid-hamid-teknik-forex-sebenar-1

Berdasarkan Daily close semalam, EUR/USD dijangka akan meneruskan kenaikannya. Pattern ini dinamakan Morning Star, iaitu petanda harga akan naik lagi. Pairs xxx/USD lain (seperti GBP/USD dan AUD/USD) juga menampakkan bullish movement pada candlestick daily chart yang close pada pukul 8 pagi tadi (chart broker FxCitizen).

Berikut merupakan senarai news untuk hari ini, 02 September 2016. Sumber dari Forex Factory. Forecast data NFP ialah 180k. Jika data sebenar (hanya akan diketahui sewaktu news diumumkan, iaitu 8.30pm waktu Malaysia) lebih tinggi dari 180k, USD akan menguat. Sebaliknya, jika actual < 180k, USD akan melemah.

analisis-nfp-malam-ni-dari-khalid-hamid-teknik-forex-sebenar-3

Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui rujukan-rujukan di bawah, data US dijangka negatif. Mengikut statistik sebelum ini, 15 daripada 19 bulan Ogos tahun-tahun sebelumnya telah mencatatkan bacaan negatif. Anda boleh lihat statistik oleh Bloomberg itu DI SINI. Selain itu, artikel-artikel ini juga berbaloi untuk dibaca: DailyFX & FxStreet.

Mengikut pengalaman saya, price akan mengikut analisis teknikal melainkan data actual terlalu jauh dari forecast. Jadi, walauapapun result news malam ini, impaknya hanya sementara sahaja. Kesimpulan mudahnya:

Jika USD good news, EUR/USD akan turun dahulu sebelum naik semula mengikut analisis teknikal nya.

Jika USD bad news, EUR/USD akan terus naik kaw-kaw kerana data fundamental = analisis teknikal.

Saya sering ingatkan trader agar tidak sesekali lupa untuk jaga Money Management, Trade At Your Own Risk (TAYOR) dan Trade Rugi Untung Sendiri Tanggung (TRUST).

Nak belajar ilmu lengkap forex trading? JOM BELAJAR KAT SINI!

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat. 🙂

Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

 

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

144 thoughts on “Analisis NFP Malam Ni Dari Khalid Hamid Teknik Forex Sebenar

  1. Power! Alhamdulillah terima kasih sifu tuan sudi berkongsi Analisis 🙂

  2. “POWER”
    “POWER”
    “POWER”
    “POWER”
    “POWER”
    “POWER”
    “POWER”
    “POWER”

  3. Memang terbaik lar tuan punya analysis..target cun2…manyak syiiookkkk…terbaik…

  4. PAWA SUPA TRADER SIFU KHALID TFS..Terima kaseh..semoga tuan dirahmati hendaknya

  5. PAWA SUPA TRADER..Terima kaseh tuan khalid..semoga tuan dirahmati..AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *