Saya harap anda tak terlewat baca post ni 🙂
Pada 15 Jan 2015, Swiss National Bank telah menurunkan interest rate mereka sebanyak 0.5% menjadikannya -0.75% daripada -0.25%. Perubahan mendadak ini (selalunya rate turun atau naik 0.25% je) telah menyebabkan USD/CHF turun gila-gila sebanyak 2,000 pips dalam masa 4 jam sahaja!
Ada yang beritahu saya beliau untung USD 6,000+ dalam masa 4 jam tersebut menggunakan Teknik News Trading I yang diajarkan dalam TFS. Perghhh…. 😀
OK, itu benda yang dah lepas. Sekarang kita cerita pula apa yang bakal berlaku esok. Esok, 2.00 pagi 18 Sept 2015 (waktu Malaysia), US Federal Reserve bakal mengumumkan interest rate baru mereka yang ketika ini berada pada paras 0.25%. Tentu anda tertanya-tanya, “adakah kadar tersebut akan naik atau dikekalkan?” Jawapannya ialah…
DIA BOLEH NAIK, DIA BOLEH KEKAL. Macam mana tu? Hahaha… kita takkan boleh tahu selagi ia belum diumumkan melainkan anda kenal orang dalam di US Federal Reserve. Berdasarkan pembacaan fundamental saya di website broker-broker terkenal pun ianya masih samar-samar, tiada kepastian. Tetapi, ada sesuatu yang pasti…
Sekarang ni ramai traders yang menjangka ia akan dinaikkan. Jadi, apa pun yang berlaku… naik ke kekal ke… MOVEMENT BESAR DIJANGKA BERLAKU! Iyelah, orang dah bajet nak naik tiba-tiba kekal. Sama juga jika orang bajet dia kekal, tiba-tiba dia naik. Of course lah ia satu kejutan kepada market sentiment ye tak?
Lagipun, berapa kerap sangat policymaker mengubah interest rate mereka? Mungkin 3 tahun sekali, ada yang 5 tahun sekali. So, benda yang jarang-jarang jadi ni tentulah ia mempunyai impak yang besar terhadap market apabila ia berlaku.
BAGAIMANA SAYA NAK TRADE?
Fokus pada EUR/USD atau USD/JPY sahaja kerana ini 2 pairs yang paling banyak gerak bila ada news USD. Kalau rate naik, USD/JPY akan naik manakala EUR/USD turun. Sebaliknya, kalau rate kekal, USD/JPY akan turun manakala EUR/USD akan naik.
Cara trade? Kira-kira 10 minit sebelum rate diumumkan, anda pasanglah Sell Stop dan Buy Stop sekitar 10 – 15 pips daripada harga semasa pairs yang anda trade. Pastikan anda maintain jarak 10 – 15 pips tersebut, jangan sampai ia trigger sebelum news diumumkan. Stop Loss (SL) sekitar 30 pips daripada entry. Potensi profit boleh pergi at least 3x ganda daripada SL. Jadi, tak kira rate naik ke turun, salah satu Stop Order kita akan “dilanggar” lalu memberikan “instant profit” yang besar.
Ada satu lagi cara tapi ia sangat-sangat-sangat bergantung kepada kecekapan broker anda, iaitu biar je result news keluar dulu. Then set Limit Order Buy Limit / Sell Limit untuk tangkap entry pada harga yang sepatutnya anda set Buy Stop / Sell Stop tu. Serius, ia bergantung kepada broker. Boleh saya katakan semua broker akan “hang” time major news release macam ni. Jangan kata manual entry… nak set pending order, adjust TP / SL atau close entry pun tak boleh! Again, kalau anda sebelum ni pernah trade big news dan broker anda tak hang, bolehlah buat begitu. Cara entry “selepas news diumumkan” ini lebih selamat sebab anda dah tahu rate tersebut naik ke turun. Kan?
Nak cara lain lagi? 5 minit sebelum news, Buy & Sell sekaligus, then setiap post tu letak SL 20 pips. Bila news diumumkan dan tiada “whipsaw” (harga bergerak sekelip mata ke atas / bawah), salah satu post anda akan Loss 20 pips, tetapi yang satu lagi akan profit besar mengalahkan yang loss tadi tu. Anda akan dapat NET PROFIT.
Perkara paling menakutkan time news trade ialah SLIPPAGE, iaitu harga boleh melangkaui SL yang anda dah set. Ada sesetengah broker akan refund, ada yang tidak. Check semula terma & syarat broker anda masa anda buka real account anda ye. Whipsaw pun menakutkan juga, iaitu order anda boleh diaktifkan dan sekelip mata lepas tu dia pergi arah yang bertentangan. Sebab tu saya bagitahu jangan set order terlalu rapat dengan harga semasa untuk elakkan whipsaw ni.
Sekiranya anda ada floating profit sebelum news, saya syorkan untuk close je apa yang dah dapat tu. Tak nak close semua, boleh close sebahagiannya dan hold yang selebihnya. Atau, boleh set SL anda pada entry price untuk lock position supaya apa pun yang berlaku, modal anda tak akan terhakis. Untuk hari ni saya memang tak akan trade lot besar-besar sebab saya nak tunggu pengumuman news besar tersebut. Peluru tambahan juga sudah dimasukkan hehehehe 🙂 Selalunya sebelum big news ni market gerak tak cantik dan di luar jangkaan. Elok tunggu je lepas news orait.
Wishing you guys all the best, semoga semua profit besar malam ni. Aminnn… setiap kali trade jangan sesekali lupa: TAYOR (Trade At Your Own Risk) dan juga istilah yang saya cipta iaitu TRUST. (Trade Rugi Untung Sendiri Tanggung, dan “trust yourself”)
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com