Ramai trader fokus kepada entry, tetapi mereka kadang terlupa yang “EXIT STRATEGY” juga sama pentingnya. Anda mungkin boleh enter post di pucuk atau di akar, tetapi bolehkah anda close position ada di pucuk atau akar juga? 😉
Ini trade saya hari ni. Sell GBP/USD. Tak lama pun hold, 3 jam je. Dapatlah juga 52 pips. Perhatikan candlestick dalam kotak putih jam 11:00 tersebut. Bandingkan dengan masa trade saya, saya close position pukul 11:42 di 1.5576. Harga terendah pada jam tersebut ialah 1.5567 + spread 3 pips = 1.5570. Saya berjaya exit trade 6 pips (1.5576 – 1.5570) lebih awal sebelum harga naik sehingga lebih 50 pips selepas itu!
Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda? Entry dah tepat, so anda biar je floating profit sampai 50+ pips. Tutup platform, bukak balik tengok-tengok tinggal tak sampai 10 pips. Lalu, anda pun menggelabah. Anda tepuk dahi dan menampar pipi anda sambil berkata “ADUH KENAPA LA AKU TAK CLOSE TADI?!”. Disebabkan anda tension, anda pun tambah entry kerana overconfident yang ia akan patah balik. Namun begitu, malangnya… semua post anda akhirnya loss termasuklah dengan post tambahan tu. 🙁
BAGAIMANA NAK EXIT TRADE TEPAT PADA MASANYA? Mudah sahaja. Ia berbalik kepada asas utama TEKNIK FOREX SEBENAR iaitu CS + SNR. Kalau tengok CS, anda mungkin fikir ia turun lagi. Tetapi, cuba lihat garisan pink tersebut. Ada Support di TF H1. Apabila harga mencecah support tersebut, ada kemungkinan retracement berlaku terlebih dahulu. Jadi, apakah langkah paling bijak dilakukan ketika ini?
CLOSE ENTRY ANDA, dan TUNGGU PELUANG RE-ENTRY SEMULA. Itulah yang sebaiknya kerana setidak-tidaknya adalah juga profit dalam genggaman yang boleh anda ambil. Profit sikit adalah lebih baik daripada tak ada profit langsung. Faham?
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com