06/08/2025
sharp-entry-dalam-forex-trading-ni-bukanlah-satu-kebetulan

Pagi tadi syukur dapat sharp entry AUD/USD, pairs yang takdelah laju sangat. Dua kali saya entry kat situ, masih hold setakat ni dah 61+ pips. Alhamdulillah. 🙂

Reversal untuk kedua-dua trade ini hanyalah 10 pips sahaja termasuk spread. Berdasarkan close CS H4 tadi, saya jangkakan harga akan meneruskan penurunannya. Esok 5am Daily dijangka close sebagai Bearish Marubozu, manakala Weekly CS menampakkan penguasaan Sellers. Kesimpulannya, harga mungkin turun lagi sehingga mencecah 0.7200 iaitu zon harga next support. Anda perlu zoom-out di TF Daily dan scroll ke belakang agak jauh, sebab sekarang harga berlegar di zon harga tahun 2009.

Sharp entry sebegini boleh dilakukan dengan latihan secara berterusan. Ia bukanlah secara kebetulan. Kalau tak, takkanlah saya boleh buat berulang kali kan? (rujuk post-post di blog saya sebelum ni). Semua langkah-langkahnya dah pun diterangkan dalam TFS, di mana saya siap buat video lagi. Teruskan berusaha, jangan sesekali putus asa dalam menjadi “SNIPER TRADER”. Paling utama, BACA SEMUA PERKATAAN DALAM BUKU & TONTON SEMUA VIDEO TERMASUK 3 VIDEO-VIDEO BONUS yer.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

4 thoughts on “Sharp Entry Dalam Forex Trading Ni Bukanlah Satu Kebetulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *