08/08/2025
analisis-teknikal-forex-pairs-usdjpy-bearish-19-feb-2016

Salam semua. Pagi tadi 8am di Time Frame Daily, USD/JPY close sebagai bearish Marubozu, tanda penurunan akan berterusan. Ia juga betindak sebagai bearish confirmation pattern setelah 2 hari market tidak dapat membuat keputusan (kotak putih).

Arah dah tahu, next question ialah “sampai mana” kan? So, di sini saya kongsikan sikit cara simple nak cari target iaitu melalui Support & Resistance (SNR). Caranya:

1) Tukar ke line chart (rajah kanan), dan cari U-turn dalam market macam saya bulatkan tu. Itulah point SNR anda.

2) Letakkan horizontal line (pakai tools dalam MetaTrader 4) tepat di bucu-bucu tersebut. Kemudian tukar balik ke Candlestick chart (seperti rajah kiri)

Dah siap. Itu je. Senang kan? Cuba praktis kat platform anda pula ya. So, based on next Support, ia dijangka turun sampai 112.50, tapi mungkin turun lebih jauh sebab kalau Sell kita tengah follow trend sekarang ni.

Awal Januari 2016 saya ada buat analisis dalam TFS Private Group tentang USDJPY nak terjun 700 pips (dari 117.00 ke 110.00, rujuk rajah di sebelah bawah). Minggu lepas dia turun sampai 111.00, ada sikit lagi ruang untuk hit 110.00. Mungkinkah ia akan tercapai sedikit masa lagi? So far dah turun lebih 400 pips tu 🙂

Silakan SHARE dengan rakan-rakan yang lain.

Sama-sama kita perhatikan hasilnya nanti 🙂

TRUST = Trade Rugi Untung Sendiri Tanggung
TAYOR = Trade At Your Own Risk

Sila Jaga Money Management ketat-ketat 😉

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

P/S 1 – Nak belajar lebih lanjut boleh belajar melalui TFS sebelum harganya dinaikkan bermula 22 Februari 2016. Klik sini >>> bit.ly/TFSPAT_bonus

P/S 2 – TFS Private Group adalah group tertutup para pemilik TFS full version sahaja

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

5 thoughts on “Analisis Teknikal Forex Pairs USD/JPY Bearish 19 Feb 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *