Dulu, saya pernah dapat SMS kat atas tu daripada +6013-639XXXX:
“Saya dah trade forex dekat 5 tahun. Total saya dah loss 5 tahun nie hampir RM500,000”
Itulah harga yang perlu dibayar jika anda tak sanggup melabur ke dalam diri anda sendiri melalui ILMU PENGETAHUAN. Ilmu lah yang akan menyelamatkan dan akan membuatkan anda berjaya. Ramai yang kedekut nak menimba ilmu, semua nak belajar free kat forum, internet atau melalui kawan-kawan.
Masalahnya kalau belajar dari sumber-sumber sebegini, anda tak akan tahu keberkesanannya. Yang lagi menyedihkan, anda tidak akan tahu apa yang anda belajar tu betul ke tidak! Lebih memeritkan ialah kena “trial & error” dulu setiap satu ilmu tersebut. Dalam trial & error itu lah banyak duit akan lebur lalu segalanya menjadi ibarat “mencurah air ke daun keladi.”
Sesetengah orang egonya tinggi, berlagak seperti dah tahu semua benda. Kalau memang ianya betul dan memang apa yang dibuatnya berhasil baguslah. Tetapi kalau tidak, bukankah menipu diri sendiri namanya tu?? Kalau kita nak menimba ilmu, KITA KENA BUANG EGO. Kena merendah diri. Buat seolah-olah kita tak tahu walaupun mungkin apa yang diajar tu mungkin kita dah tahu.
Fikirlah secara positif, mungkin ilmu yang seseorang tu ajar kita tak pernah tahu pun, tetapi ia sangat-sangat-sangat penting dalam mencapai kejayaan tak kira lah dalam bidang apa pun yang kita ceburi.
Tak kiralah anda forex trader, saham, CPO, gold, penjual baju, penebar roti canai dan sebagainya, ANDA MESTI ADA ILMU. BARULAH ANDA BOLEH BERJAYA DALAM APA JUA YANG ANDA LAKUKAN.
Daripada rugi puluhan ribu atau ratusan ribu, lebih baik menimba ilmu dengan kos ratusan ringgit terlebih dahulu kan? RM500,000 tu boleh beri rumah, CASH! Boleh beli kereta Range Rover Evoque 2 pintu, CASH! Boleh hantar anak belajar kat overseas, CASH! Boleh hantar mak ayah pergi Haji, CASH!
Rugi, sangat-sangat rugi kalau ia terjadi disebabkan tiada ilmu yang mana kos pembelajaran ilmu tersebut hanya bernilai ratusan ringgit. Dah habis duit banyak tu, bukan senang nak dapat balik, kan? 🙁
Semoga anda mempelajari sesuatu daripada post ini. Silakan SHARE dengan rakan traders yang lain ya. Ingatlah pesan kami, ilmu pemangkin kejayaan. 🙂
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer.
Yang Ikhlas…
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
TFSPRICEACTION.com
Tapi masalah saya sekarang modal..boleh saya tanya modal berapa ye..sebab saya still student.
modal trading hanyalah USD 50 sahaja. nak belajar free boleh cuba belajar dari sini: http://www.forexsebenar.com/blog/belajar-forex-dari-ebook-forex-percuma-dan-website-forex-ini/
JAZAKALLAHU KHAIR, tuan Khalid ^^
Ialah tak de ilmu tak berani…nak baca dulu…
Asslmu’alkm Tuan,
slmt siang muga sll dlm rahmatNYA.saya baru nk menceburi bidang yg diminati ini memang saya tiada ilmu tentangnya.
pertayaan:pertama blh kah saya jd yg memiliki ilmu Forex ni dgn belajar cara percuma bgini,
*perlu kah saya mendapatkan (Buku TFS)utk bahan perlajaran saya,Tq
salam tuan Johari. ya sudah tentu boleh tuan. A-Z akan diajar, dan kaedah yg diajarkan juga amat mudah. tidak perlu gunakan indicator. tempahan boleh dibuat dengan klik di sini ya: http://bit.ly/promositfs
Salam , kalau belajar secara personal coaching berapa yuranya
salam cik. maaf buat masa ni en khalid tak buat personal coaching. tq
T.q tuan MK..peringatan yang sgt berguna utk nubis mcm saya..mmg sgt2 ingin memiliki buku tfs..sayangnya kos utk membayarnya blum cukup..dan msh berusaha utk men
gumpulnya..insyaallah..sgt berharap dpt memilikinya satu hari nnt..buat masa ni cuma follow post2 tuan..
Sayangnya duit….susah nk cr..tp x dk ilmu blh lingkup…
betul tu. masalahnya lebih ramai memilih utk bakar duit daripada mencari cahaya (ilmu) 🙁
Ansuran bro….. ble…
Saya dah ikuti cara MK TFS ni, dulu day trader, scalper tp skrng ni hehee… macam dah x nak tngok trade biar berkembang dulu itu pu klau menjadi tp ILMU tu tetap kena ada, sy pun sama jgal ilmu xde tp berbekalkan nasihat TFS dalam siri ebook yang percuma ni saya slow2 tngh buat, harap2 dlam ilmu ebook no dpt kumpul skit utk beli bundle TFS ni…
Masih bnyak.lg perlu belajar, xpe lah dulu anak-anak macam tu jgak, sebelum berjalan merangkak dulu, sebelum berlari berjalan dulu… ibarat lif dengn eskalator… Sabar je…
betul tu tuan. sabar dan teruskan berusaha 🙂
salam sifu khalid,sye bersetuju sangat psl share ni.memang kena ilmu buat apa2 pun.
saye nak tanya ebook percuma tfs tu klu boleh apply ke untuk mulakan trade?bukan xnak melabur psl ilmu tp modal blm ada utk beli pakej sifu khalid.
sekarang sye trade modal kecik ,sye harap ebook percuma tfs dapat membantu
salam ya boleh tuan. cubalah test power di demo dulu ya 🙂
salam sifu khalid,sye mula trade dgn modal kecil.bagaimana cara sye nak apply apa yg sye belajar dgn ebook percuma TFS ?
Boleh x sye merujuk pd sifu utk sebarang kemuskilan?
salam. boleh. email kepada kami. modal at least usd50 baru boleh merasa hasil forex ni ya tuan
Aslm wrb, salm sejahtera pak cik sy bermajsud nsk bljar tred tapi pngalmn blm lh ada bgaimna ya nak mulau nye. Trimh ksh smga bisa dpt di tunjukkan caranya.
ws tuan kami syorkan dapatkan panduan percuma di sini terlebih dahulu: www.forexsebenar.com/ebookpercuma
Salam akhirnya ari nie 26/4/17 sy dpt juga buku teknik forex sebenar byhand dr tfs diselayang – t.k. sy akan cuba go thru satu persatu teknik tersebut.
Sy telah lama tidak trade lebih kurang 4-5 th kerana rugI +/- USD10,000 disebabkan trade ikut perasaan tak ada displin dan tak follow money management. Harap kali ini dengan tfs dpt bantu trade sy nanti dan dengan 2 perkara yg basic diatas displin & MM.
salam tuan. tuan akan banyak belajar dalam TFS berbanding apa yang tuan telah lalui 4 – 5 tahun dulu. tuan akan sedar apa punca2 tuan loss dulu. don’t worry, duit boleh dicari bak kata ayah saya. mudah2an ilmu yg disampaikan dapat mencemerlangkan tuan dalam forex trading. terima kasih atas sokongan
Assalamualaikum tuan sy berminat dengn trading forex ni hampir stiap mlm berjaga hingga pagi untuk berlajar tentang trading ni.modal dah habis banyak sy dh cuba di real akaun.sy ank nmbor dua dari 7 org beradik dan sy nak membantu ibu dan bapa sy dan adik bradik .sy adalah seorang OKU dah 4 tahun sy berkerusi roda sy exident pda thun 10.03.2012 .sy cari aktikel yg datangkan hasil di dalam fon dan sy cuba untuk kenal forex.boleh tuan bantu sy dalam lagi permudahkan perjalanan untuk menjana pendapatan di dalam trader forex ini? ☹
salam tuan. kami tumpang simpati atas apa yg menimpa tuan, dalam masa yg sama kami kagum dgn semangat tuan. dapatkan dulu ebook percuma ni ya: www.forexsebenar.com/ebookpercuma , dan jangan lupa baca semua post dalam blog ni dan tonton kesemua video di youtube channel kami di sini: https://www.youtube.com/channel/UC6q_GEt8swD5b20zvI1PuLA tq dan selamat maju jaya
Terima kasih tuan atas maklumat yang dikirimkan, saya baru nak belajar forex nei..pening juga nak faham..sebab baru nak mencuba…:-)..cuma saya nak tanya..bila sy gunakan mt4 melalui phone tiada masalah..tp bila gunakan notebook selalu lambat up date..sebab sy guna hot spot dari phone..
sama2. slow di notebook mgkin sebab line atau kena check wifi laptop tu ya. mungkin laptop tu problem. tapi if website surfing ok, then MT4 server yg bermasalah. boleh cuba re-install. atau nak kepastian, cuba install MT4 broker lain dan compare ya. tq
mr. khalid
tak faham bebrbelanja online
boleh kah saya beli by phone saja
terimakasih
udin di seberang
hallo udin. boleh tapi edisi terkenal belum siap lagi. sabar dulu ya pak