11/08/2025
tak-perlu-bebas-hutang-tetapi-manipulasi-leverage-dengan-opm

Siapa tak nak bebas hutang kan? Tapi, berbekalkan pengalaman saya sebagai bekas pekerja bank, percayalah yang anda tak akan boleh bebas dari hutang. Cuba check senarai hutang anda. Saya percaya hutang paling besar anda ada ialah HUTANG RUMAH. Kalau anda nak beli rumah berharga RM 250,000 secara tunai, anda perlu menyimpan sebanyak RM 10,000 selama 25 bulan. Bolehkah anda menyimpan sebanyak itu untuk satu tempoh yang panjang? (dan menangguhkan impian memiliki kereta, berkahwin, beli iphone, handbeg berjenama Louis Vuitton dan lain-lain)

Katakanlah BOLEH… selepas 25 bulan tentulah harga rumah tu bukan lagi RM 250,000 tapi dah jadi RM 300,000. Macam mana nak catch-up balance tu pulak? Takkan nak kumpul lagi? Cukup duit nanti harga rumah tu dah jadi RM 500,000 pulak ye tak? Itu kumpul duit untuk beli rumah, sesuatu yang nilainya makin lama makin naik. Untuk sesuatu yang nilainya makin lama makin jatuh (contoh: kereta), takkan la anda sanggup nak bersusah payah kumpul duit CASH puluh-puluh ribu ye tak?

Sebab itulah anda tak boleh lari daripada berhutang dengan bank. Hutang rumah dan kereta tu mesti ada punya. CASH adalah sangat-sangat berharga. Orang putih kata CASH IS KING! Jangan bazirkan cash anda. Selagi boleh pinjam, pinjam lah. Ini namanya using OPM (Other People’s Money). Jangan takut bila berhutang dengan bank kalau dah ukur kemampuan diri dan tahu menguruskannya.

Tak perlu hentam bank yang untung kaw-kaw (islamik or konvensional), diorang tak salah pun. Kalau ada kawan anda nak pinjam duit RM250,000 kemudian dia berjanji nak bayar RM 1,000 sebulan selama 250 bulan, anda nak bagi ke? Kalau saya memang tak lah! Dah la pinjam banyak, nak bayar dalam masa 20 tahun+ sikit demi sikit pulak tu. Bank pun begitulah. Ada risiko yang mereka perlu tanggung. Ada pelaburan yang mereka perlu lepaskan sebab nak bagi anda pinjam duit. Sebab itulah mereka perlu mengambil sedikit keuntungan daripada pinjaman yang diberikan kepada anda.

Anda tak akan boleh bebas daripada berhutang, tetapi anda boleh MEMANIPULASIKAN HUTANG-HUTANG ANDA! Di sini saya berikan beberapa contoh:

1) Buat pinjaman rumah, bulan-bulan bayar RM 1,000 (termasuk maintenance). Rumah tu anda sewakan RM 1,500. Maka anda dapat extra RM 500 sebulan.

2) Buat pinjaman beli kereta, bulan-bulan bayar RM 600 (termasuk maintenance). Kereta tu anda sewakan sehari RM 120. Jika anda berjaya sewakan 10 hari sahaja, untung kasar anda dapatlah RM 1,200 – 600 = RM 600. Itu baru 10 hari. Kalau lebih? Kalau anda ada 3 biji kereta? Kan lumayan tu 🙂

3) Buat ASB loan RM 200,000, monthly bayar RM 1,200 selama 25 tahun. Kalau dividen ASB dapat 8%, net profit anda ialah RM 16,000 – (1,200 x 12) = RM 1,600. Habis loan, dividen dapat RM 1,600 x 25 tahun = RM 40,000. Macam tak banyak kan? Jangan lupa principal RM 200,000 tu ye. Itu saya tak ambil kira faktor compounding lagi tu huhuhu…

4) Buat personal loan RM 35,000 (USD 10,000), bulan-bulan bayar RM 1,200. Duit tu buat modal forex trading yang mana anda boleh profit 30% sebulan lepas BELAJAR ILMU NI. So, USD 3,000 (RM 9,900) – RM 1,200 (installment) anda masih ada net profit RM 8,700. OK lah tu kan? Klik-klik mouse atau tap-tap skrin gadget je pun 🙂

AWAS! JANGAN GUNA MODAL DARI PERSONAL LOAN UNTUK FOREX TRADING KALAU MODAL USD 50 PUN ANDA BELUM BOLEH CONTROL!

5) Pakai kad kredit berbanding cash. Bila pakai kad boleh kumpul point / cashback / contest / lucky draw yang bernilai puluhan hingga ratusan ringgit. Malah, adakalanya anda akan dapat diskaun special bila guna kad kredit. Oh ya, adakalanya beli barang mahal pakai kad boleh bayar secara ansuran sehingga 36 bulan (3 tahun!) tanpa apa-apa caj. Sungguh, banyak kelebihan guna kad kredit ni kalau anda study.

AWAS! JANGAN BAYAR 5% SAHAJA PENGGUNAAN KAD KREDIT ANDA. BAYAR PENUH SETIAP BULAN BARULAH ANDA DAPAT MANFAAT SEBENARNYA.

6) Dapat business loan RM 50,000, guna untuk beli mesin pemproses yang boleh menghasilkan untung bersih RM 10,000. Kalau monthly bayar loan RM 4,000, kat situ dah boleh dah dapat untung RM 6,000 kan?

Itulah dia beberapa contoh manipulasi hutang. Anda tak perlu kejar bebas hutang, sebaliknya manipulasi kan lah hutang-hutang tersebut untuk memberi anda duit extra setiap bulan (cash flow). Daripada duit-duit extra tu barulah anda beli sesuatu yang anda impikan. Duit anda bekerja untuk anda secara automatik, anda tidak lagi bekerja untuk duit. Jika anda tidak memanfaatkan fasiliti bank, anda memang susah nak memiliki harta disebabkan faktor MASA. Iyelah, kalau nak beli rumah cash RM 250,000 kumpul 2 tahun lebih kan ke rugi masa tu? Pinjaman dari bank adalah satu LEVERAGE yang jika dimanfaatkan secara bijak dan berilmu boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Ingat, tak kira la hutang apa pun, IA WAJIB DIBAYAR BALIK. Kita yang kena control hutang tu, bukan sebaliknya. Jangan buat hutang lepas tu tak bayar balik pulak yer. Susah hidup anda nanti diorang kejar sampai rumah & pejabat! 🙁

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Moga ia membuka mata anda tentang manfaat pengurusan hutang.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE tips ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips buat duit yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
www.KayaMuda.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *