Bulan depan dah masuk tahun 2018. Adakah azam dan target profit anda telah tercapai untuk tahun ni (2017)? Forex ni kena anggap macam bisnes juga. Kenalah ada target harian, mingguan, bulanan, sukuan, separuh tahun dan tahunan. Tapi janganlah sampai nak kena ada target 1 jam, 15 minit, 5 minit tu semua pula.
Dah macam Time Frame lah pulak. Hahaha…Â 🤣
Market akan bergerak perlahan bulan Disember sebab majority traders bakal menyambut Krismas dan New Year. Jadi, berhati-hatilah bila trade. Ingatlah orang tersayang. Baik kita set target untuk tahun depan pula, kan? 😊
Krisis Ekonomi Akan Berlaku Tahun 2018?
Tahun depan khabarnya ekonomi dijangka mencabar, tetapi forex traders tak perlu risau kerana forex adalah market 2 hala. Naik atau turun dua-dua boleh untung. 😁Â
Tahun 2018 semua pelabur wajib berjaga-jaga. Anda mungkin pernah dengar, krisis ekonomi berlaku setiap 10 tahun. Kali terakhir adalah sub-prime mortgage crisis di US pada tahun 2007 – 2008. Tahun 2018 genap 10 tahun sejak krisis terakhir melanda.
Apakah yang bakal menjadi punca krisis ekonomi 2018?
1) Sebab Bitcoin naik mencanak dan “mencabar” sistem kewangan sedia ada?
2) Sebab hutang negara kuasa besar dunia makin tak terkawal (hutang US dah lebih USD 20 trillion, manakala Japan pula dah cecah 250% daripada KDNK!)
3) Sebab Brexit dan krisis ekonomi Eropah? (negara-negara PIGS terutamanya, Portugal Italy Greece Spain)
4) Sebab semua benda sekarang Made In China, yang menyebabkan mereka bakal menjadi gergasi ekonomi dunia dan tapau negara lain?
5) Sebab perang di sana sini yang mungkin mencetus Perang Dunia Ke-3? (Korea Utara, US, Israel, Turkey, Qatar, Arab Saudi, China, Jepun, Timur Tengah dll)
6) Sebab tahun depan PRU 14 di Malaysia?! Haha OK yang ni saya melawak je 😅
SEJUJURNYA, anda pun tentu macam saya. Kita tengok ekonomi atau keadaan global sekarang ni huru-hara kan? Dalam negara kita sendiri, tahap pendapatan tak naik sejak 10 tahun lalu. On average, gaji fresh grad masih range RM2,000 – 2,500, sama macam saya start kerja tahun 2008 dulu. Itu fresh grad tu. Yang tak grad tentu lebih teruk.
Ditambah pula dengan lambakan warga asing, tenaga buruh tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Grad pula jutaan dihasilkan setahun. Yang dah kerja, 30 tahun lagi baru bersara. Itu yang orang kata “orang yang tengah kerja pun cari kerja lain, macam mana grad nak dapat kerja?”. Belum kerja, dah ada hutang pendidikan. Paling menyedihkan, pendapatan tak naik TAPI KOS SARA HIDUP MENCANAK-CANAK NAIK! Setuju kan?
Sekarang ni kalau cerita tentang penawaran pekerjaan, seriously tengah SUPPLY > DEMAND. Grad berjuta dilahirkan setiap tahun, tapi peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan amat-amat terhad. Lebih mencabar, zaman sekarang “tenaga manusia” semakin kurang diperlukan. Semua kalau boleh nak automate je. Betul kan? Macam kutip tol lah. Dulu manusia standby untuk kutip, now banyak plaza tol dah 100% guna sistem Touch N Go dan Smart Tag lalu menghapuskan kebergantungan terhadap pekerja. Kos guna sistem pun jauh lebih rendah. Betul tak? 🤔
Habis Tu Apa Kita Boleh Buat?
Biasa lah kak bang, nasihat cliche je saya boleh bagi. CARI DUIT LEBIH la jawabnya. Kenaikan harga barang kita tak boleh kawal, tapi pendapatan kita sendiri kita boleh kawal, kan? Macam-macam boleh buat sekarang ni.
Ada kereta, boleh buat Grab / Uber. Muka hensem / cun melecun, boleh jadi instafamous buat review. Ada laptop, boleh jadi trader atau jadi usahawan internet. Banyak lagi sebenarnya. Cuba lah explore ya. Peluang terbuka luas. Anda je kena set mindset positive berusaha untuk cari. Jangan tadah tangan tunggu peluang datang. Ok? 💪🏻
Tips Forex Trading Untuk Tahun 2018
Nak trade forex dengan lebih berjaya di tahun 2018? Ini 7 tips ikhlas daripada saya:
1) Trade Pairs Yang Senang Profit Sahaja
Janganlah pergi balun semua pairs. Fokuslah pada pairs yang senang bagi profit iaitu EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY. Ada sebab kenapa pairs ni begitu popular di kalangan traders. 2 sebab utamanya ialah (i) pergerakannya lebih mudah dibaca, dan (ii) ia jarang melanggar prinsip “price action”. Selain itu, nak buat perbandingan analisis pun senang sebab ramai traders yang buat analisis major pairs ni.
Gold, Silver, Oil tu tinggal je lah jauh-jauh. Forex ni pun tak cukup makan bila dah kuasai. Saya sendiri kadang sampai tak cukup margin nak entry hahaha 😀
Kita semua trade sebab nak profit, bukan nak tunjuk hebat kan? 😉
2) Wajib Tahu Baca Candlesticks & Support and Resistance (SNR)
Dah lebih 400 tahun ianya digunakan. Pelajarilah kedua-dua ilmu di atas secara mendalam. Inilah yang dikatakan Price Action, iaitu apabila harga sampai di level-level tertentu, ia akan U-turn atau meneruskan perjalanannya. Kalau anda newbies, kuasailah terlebih dahulu 2 ilmu teknikal ni. Tak susah pun, senang aje. Tak kiralah apa pun teknik anda pelajari atau gunakan, 2 ilmu asas ni wajib dikuasai.
3) Trade Pada Waktu Yang Betul
Forex ni bukan asal bukak MT4 je kena cari entry. Kita bukan market maker! Forex ni bukan all the time laju pergerakannya, ada waktunya dia slow juga. Contohnya EUR/USD. Anda tengok chart waktu pagi di Malaysia memang lah dia gerak sikit je, sebab pada waktu itu orang Europe & US tengah syok tidur. Basic geografi je ni, tapi masih ramai traders yang tak tahu. Kalau nak trade waktu pagi, trade la pairs macam AUD & NZD.
Namun begitu, the best time is always night time. Waktu lain tak trade pun takpe. Fokuskan trade anda pada pukul 8PM – 12AM (waktu Malaysia). Ini adalah waktu aktif di mana (i) Lepas entry, kejap je boleh profit banyak dalam masa singkat, dan (ii) Lagi senang nampak dia nak pergi ke mana. Selain itu, time ni juga banyak news-news USD yang boleh boost lagi profit (ataupun loss 😓) trade anda.
4) Loss Adalah Lumrah Dalam Forex, Money Management Wajib Tahu!
Trade kena ada Stop Loss (SL), iaitu di mana kita akan exit trade kita dengan kerugian. Jangan ego, jangan bodoh sombong, jangan ingat anda boleh control market. Modal anda kalau ada $100,000 sekalipun mana boleh nak control market bernilai USD 5 trillion. Biarlah loss sikit hari ini, tapi esok lusa boleh berjuang lagi. Jangan loss sampai terkorban terus. Sebab tu lah kena faham apa itu Money Management.
Katakan anda loss 3% dari modal bila 1x loss. Anda masih ada baki modal 97% untuk teruskan trade. 33 kali anda loss berturut-turut baru modal tu habis. Tak ada trader yang malang sebegitu, jadi dalam 33x cubaan tu pasti akan ada yang profit banyak mengatasi loss-loss terdahulu. Masalah majority trader ialah, bila dia loss, 30% – 50% modal dia habis. So, 2 – 3 kali loss je dah habis modal. Macam mana nak survive?
Ingat, tak ada trader yang boleh profit dalam semua trade. Kalau anda bertahan lama dalam market, makin lama ia akan jadi makin mudah. Ramai tewas dalam tempoh singkat, sebab tu tak sempat nak faham movement market ni betul-betul.
5) Biar Trade Sikit Profit Banyak, Jangan Trade Banyak Profit Sikit
Saya pun tidak faham, traders lebih suka profit 10 pips sebanyak 10 kali untuk dapat 100 pips. Mungkin sebab ianya lebih “thrill” dan nampak lebih hebat bila “show-off profit” 😛
Buat apa lakukan kerja 10x lebih susah untuk hasil yang sama? Seminggu 1 trade berkualiti yang menjana 100 pips kan lebih mudah? Fokus pada KUALITI, bukan kuantiti. 10x anda trade, anda boleh jamin ke semua tu anda boleh profit? Kalau profit 8x dapat 80 pips, tapi 2x loss tu jumlahnya 80 pips, at the end tak dapat apa-apa. Sia-sia sahaja anda profit 8x tu huhuhu… Ingat, always go for quality trades!
6) Buat Analisis Sebelum Entry & Mesti Ada Trading Plan
Kita trade bukan sebab malam semalam dapat firasat dalam mimpi. Sebelum trade kenalah buat analisis. Pairs apa nak trade, di mana nak entry, di mana nak set SL, di mana nak set Target Profit (TP), berapa lot nak guna dll. Itu semua SEBELUM, bukan selepas Entry. Itulah yang dikatakan Trading Plan. Jangan jadi trader gatal tangan atau trade berpandukan “nafsu serakah”. Bila ada plan, kita akan trade dengan lebih tenang dan setiap keputusan buy atau sell itu dibuat dengan teliti.
7) Start Dengan Modal Minimum Dahulu
Kalau modal $50 pun asyik MC, adakah anda akan berjaya menggunakan modal $5000? Tentulah tidak. Kalau anda boleh kawal modal kecil, anda tentu boleh kawal modal besar. Step yang betul ialah demo account (sekadar untuk faham cara guna MT4) >>> real modal kecil (untuk biasakan diri dengan “emosi” real account) >>> real modal besar ikut kemampuan (bila dah boleh besarkan modal kecil). Ingat, tak ada beza kawal $5000 atau $50 selagi mana ia berpaksikan money management yang betul. Kalau anda boleh gandakan $50 menjadi $100, anda tentu juga boleh menukar $500 menjadi $1000.
OK itu je lah 7 tips daripada saya. Semoga tahun 2018 kita profit lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ni. Tak mau depo lagi dah, nak withdraw je k. Aminnnn… 🙂
BILA TEKNIK FOREX SEBENAR EDISI KE-7 NAK SIAP NI ABANG LID?
Hehehe... dalam 1 – 2 bulan lagi siaplah. Bila dah siap nanti, make sure jadi yang terawal memilikinya tau. Pemilik TFS7 yang terawal akan mendapat best price & cenderahati eksklusif daripada kami. Makluman paling awal akan dihantar melalui email (kerana tak semua orang akan nampak post saya di FB).
Nak jadi yang terawal? Daftarkan email anda dengan segera di sini:
https://www.tfspriceaction.com/ebook-forex-percuma
Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda ya! 😀
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah 🙂
All the best for 2018! Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com


this is the very best petuah from bg lid all the best trader from Malay…. sememangnyelah bg lid so smart handsome kind ive ever seen….before…. salam sejahtera selamat maju jaya for this new year ya bang….insyaallah
untuk yang dah place order and bayar akan automatic dapat TFS 7 ke abg lid?
yup. dpt digital tfs6 dulu. nnti terus dpt tfs7. tak perlu tambah apa2 ya 🙂
cenderahati dpt tak?
siapa cepat dia dapat bosss
cantik..
Terbaik perkongsian Tn.Khalid….
tq cik wati 🙂
Excellent tips, clear & simple. Thx for sharing.
tq sir Amin
T.Kasih atas nasihat diatas amat berguna . Sy dah ada tfs6 dan mcm mana nak order tfs7.
Ws. Tuan boleh layari https:www.tfspriceaction.com kalau belum dapat lagi TFS yang paling latest ya
Tuan
Harap selitkan pembayaran cukai melalui pendapatan dari forex. takdelah lembaga kacau nanti heheh..
dan juga cara tanak bank2 kacau time widrawal seperti kena block
Terima kasih TFS
tips2 tu mana boleh share online / dlm buku tuan. kena masuk seminar or coaching baru boleh cerita hehehe
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan…, Terbaikkkkk abg lid…, 🙂
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan.., terbaik abg lid…, 🙂
Terbaik.. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan nasihat nya.. MK. All the BEST..
Terima kasih abg Lid….info yang sangat bermanfaat
best sharing info to welcome 2018 and mind set…insyaa Allah…thank you MK.
Terima kasih Mr Khalid atas prkongsian dan saranan. trbaik bro..
‘Penantian satu penyiksaan”
salam alaik MK,
nak tunggu TFS 7 dan seminar 2018
terima kasih atas info dan nasihat.
Terima kasih Mr Khalid atas Tip tip sebagai panduan dan nasihat menuju kejayaan
Bila nak buat video lagi sebab mudah dan senang difahami …contoh dalam reentry dan hala tuju market…hehehe
Sama2 tuan tq sudi baca. Video baru? Tunggu TFS7 siap dulu lah. Itu priority saya ketika ini. 🙂
Tip yang bagus untuk semua trader…Terima kasih MK…
many thank you mr.khalid
tq abg lid kerana bagi nasihat yg amat berguna..selamat tahun baru abg lid.
Thank you and Happy New Year!
Tak sabar pula nak tunggu TFS7….
Tahniah abg lid dan terima kasih dgn ilmu yg diberikan
Siap utk berjuang Tuan. 2018 here I come….
Terimakaseh Tuan MK
Tq abg lid…banyak nasihat berguna dlm amalan trading..sy cuba kaji apa yg dikongsikan ternyata banyak manfaat dan logiknya…teruskan perjuangan abg lid…ramai yg akan keluar dari masalah kewangan jika benar2 faham apa yg abg lid kongsikan
tq tq tq tuan was yusri 🙂
Berapa harga TFS edisi ke 7 tu abg lid ?… saya masih boleh dapat tak best price tu?
Belum tau lagi tuan sbb masih dalam pembikinan. Daftar email kat sini utk dapat makluman terawal ya: www.forexsebenar.com/ebookpercuma
Assalamualaikum tuan, nak tanya,kalau masi newbie boleh tak ambil tfs7…. Sbb saya still zero..
ws of coz boleh tuan. mmg patut utk newbie pun supaya dari awal expectation tu betul 🙂
Bos.. Ade buat kelas tak?
salam. kalau buat nanti kita inform ya 🙂
Tq bang lid