10/08/2025
buat-duit-gbp-dengan-brexit-tanpa-perlu-menjadi-forex-trader-2-1

Semalam dan hari ni kecoh satu dunia mengenai isu British Exit (Brexit) di mana rakyat Britain diberi pilihan samada mahu kekal dalam European Union (EU) atau tidak. Hari ni, rakyat telah bersuara dan memilih untuk keluar EU dengan majoriti 3.8% (51.9% – 48.1%). Baik kekal mahupun keluar, kedua-dua pemimpin Brexit & Bremain (British Remains, kekal dalam EU) telahpun menyampaikan hujah masing-masing.

buat-duit-gbp-dengan-brexit-tanpa-perlu-menjadi-forex-trader-1

OK, sekarang tentu anda nak tahu bagaimana kita boleh mengaut keuntungan dari peristiwa ni kan? TAPI, KENA CEPAT! Begini… saya percaya sebuah negara maju seperti Britain boleh berdikari tanpa perlu bergantung kepada EU. Jadi, sejauh mana pun kadar tukaran GBP/MYR turun, saya yakin ia akan patah balik.

>>> NAK DUIT RAYA TFS RM100? KLIK SINI

Lihat carta di bawah. Baru beberapa hari lepas kadarnya mencecah RM6.0500. Harga setakat saya membuat post ini ialah RM5.6190, tapi sebelum tu pagi tadi ia turun sehingga RM5.4605! (UPDATE: 28 Jun 2016, Low = RM5.3877!)

buat-duit-gbp-dengan-brexit-tanpa-perlu-menjadi-forex-trader-2

Bayangkan, jika ia naik semula ke paras asal iaitu RM6.0500, anda akan berjaya membuat keuntungan sebanyak RM0.59 bagi setiap GBP (Pound Sterling) atau 10.8%! Ni belum tolak spread (beza harga Buy & Sell) lagi ya, sebab spread adalah berlainan untuk setiap money changer. Kena rajin survey lah mana murah mana mahal orait.

“PERNAHKAH IA BERLAKU SEBELUM INI?”

Ya, pernah. Pada 15 Januari 2015, Bank Negara Switzerland menaikkan kadar faedah mereka, yang telah mengejutkan market. Kadar tukaran CHF/MYR melonjak hampir RM4.80! (sebelum ditutup sekitar RM4.15). Namun begitu, dalam tempoh 3 bulan kadarnya turun semula ke sekitar RM3.65. Turun semula sebanyak RM1.15 tu!

buat-duit-gbp-dengan-brexit-tanpa-perlu-menjadi-forex-trader-3

Lihat exchange rate dari Bank Negara Malaysia sendiri. Dalam masa 1 hari, kadar CHF/MYR pada 16 Januari 2015 (1 hari selepas event) ialah RM4.1048 berbanding hari sebelumnya 3.4862. Naik RM0.6186 SEHARI! Tak ke kaya kalau beli CHF masa tu? 🙂

Untuk GBP ni pula, 1 Jun 2016 ialah RM5.9934. 21 Jun RM5.9544. Hari ini setakat sesi petang ialah RM5.6884. Semalam RM5.9401. Drop RM0.2517 dalam masa 1 hari. Wow!

buat-duit-gbp-dengan-brexit-tanpa-perlu-menjadi-forex-trader-4

“KENAPA IA AKAN KEMBALI SEMULA KE PARAS ASAL?”

Tiada kerajaan dalam dunia yang mahu matawang nya lemah. Kan? Jadi, di samping kekuatan ekonomi, bank negara masing-masing akan melakukan sesuatu untuk menguatkan matawang mereka. Tahukah anda hari ini Gabenor Bank of England (BoE), Mark Carney mengumumkan yang BoE akan menyuntik GBP 250 billion untuk support financial market mereka? Beliau juga menyatakan yang BoE mungkin akan mengubah beberapa lagi polisi mereka dari semasa ke semasa. (Itu yang dari RM5.46 dia naik sikit ke RM5.62 tu haha). Senang cerita, tiada kerajaan yang mahu matawangnya lemah. Ok?

CHF naik, GBP turun. Selepas beberapa ketika, ia kembali semula ke paras asal. Nampak?

Tempoh recovery yang dijangka ialah antara 3 – 6 bulan. Kalau mengikut sejarah CHF sebelum ni, 3 bulan je dia dah kembali ke paras harga asal.

“KALAU BELI EUR OK TAK?”

Jangan, bahaya! Bila 1 ahli dah keluar, ia mungkin disusuli oleh ahli yang lain pula. Main bola, kalau sorang dah kena red card, kebarangkalian kalah tu akan jadi makin tinggi. Matawang Euro dijangka akan terus melemah.

“APA RISIKO YANG BAKAL SAYA HADAPI?”

Ya, soalan yang bijak kerana pelabur yang kurang bijak akan fikir untung saja hehehe… risikonya ialah jika kadar tukaran GBP terus turun TETAPI, anda tetap pegang duit tu. Jika ada ahli keluarga atau kawan-kawan nak pergi UK bolehlah jual kat diorang. Tak pun anda gunalah sendiri pergi melancong ke UK huhu..

Cuba bayangkan, anda beli Euro. Tengok-tengok, EU dibubarkan terus. Currency Euro jadi tak laku. Macam mana? Kalau UK, memang GBP tu currency negara mereka so ia akan tetap wujud sampai bila-bila.

Sekian sedikit perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua. Esok bolehlah serbu kaunter money changer berhampiran anda untuk beli GBP ya. 🙂

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE post ni dengan rakan-rakan anda. Peluang buat duit jangan makan sorang yer hehehe 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

48 thoughts on “Buat Duit GBP Dengan Brexit Tanpa Perlu Menjadi Forex Trader

  1. Salam Tuan,
    Tuan, mana nak dapat broker yang menyediakan platform GBP/MYR Tuan?

    1. tuan pergi money changer je tuan. GBP/MYR memang tak boleh trade. Ni kami ambil chart dari Investing.com je untuk rujukan

  2. Tuan Khalid maksud nya kita beli matawang GBP di money changer dan menjual nya semula slps kadar semakin stabil dlm tempoh 3-6 bulan ? Begitu ya maksud nya?

    1. modal besar untung besar. modal kecil untung kecil. standard arr tuan Ariffin. nak modal kecil untung besar? baca ni yer:

      http://www.forexsebenar.com/blog/panduan-melabur-untuk-mereka-bermodal-kecil-nak-untung-besar/

  3. Tuan sememangnya telah menampilkan satur petunjuk yang amat memberangsangkan. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang pembimbing yang berpandangan futuristik seperti tuan.
    Terima kasih tuan.

  4. Cadangan agak logik. Berapa boleh beli untuk menjana keuntungan yang lumayan ?

    1. kena tunggu jejak bottom dulu. for now bottom dia masih jauh lagi boleh pergi ni tuan. silap2 RM4.xx per GBP wooo

    1. by next year gak nih tuan, itupun kalau ekonomi dunia tak collapse disebabkan GBP & EUR ni. sebab ekonomi cycle setiap 10 tahun akan berlaku market crash.

  5. terimakasih sifu,tuan khalid…perkongsian yg sangat bermanfaat,semoga memberi manfaat kpd rakan traders yg lain…

  6. Tuan saya dah cuba fahamkan dan belajar Ebook tuan,tapi saya tak dapat fahamkan apa 2 yg. tuan ajar saya ni orang kena one to one couching boleh tuan!

  7. terima kasih tuan MK kerana sentiasa memberi ilmu yg berguna…semoge tuan akan sentiasa dilimpahkn rezeki oleh Allah..
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TUAN MK

  8. Baik tn..saya amat stuju…sempena raya dah dekat ni saya mengambil kesempatan tuk mengucapkan selamat hari raya..mohon maaf atas segala yg terkhilaf..

  9. TERIMA KASIH DI ATAS INFORMASI YANG BERGUNA SEMOGA TUAN DI LIMPAHKAN REZEKI DAN

  10. Terima Kasih Tuan.. Sumpah Anda lah idola saya.. Walaupun saya hanya mampu dapat ebook yg percuma dari tuan tapi banyak ilmu yang saya dapat.Insyaallah klau ada rezeki saya akan beli Ebook tuan.. Di kesempatan ini saya nak ucap Selamat Hariraya semoga tuan d murah kan rezeki dan sehat selalu.

    (Newbie)

  11. terima kasih di atas info berguna. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan tuan.

  12. Terbaik tuan, peluang dah terhidang tinggal kita nak amik ja… good sharing.. thumb up…

  13. Terima kasih atas perkongsian idea.,..masih bnyk saya kena belajar…paling saya takut ialah kerugian, paling saya benci ialah penipuan dan penyamaran,.,

  14. Terima kasih tuan. Semoga teruskan menulis artikel2 berilmiah begini..terima kasih dengan kesudian tuan selama ini berkongsi tip2 penting forex & rahsia kejayaan tuan tanpa jemu.. terus terang sy katakan inspirasi saya membara setiap kali membaca post2 tuan…… diharap pd masa akan datang tuan dapat kongsikan pula buku2 yg boleh menambah pengetahuan kami tentang dunia trading dan yg berkaitan dgnnya. Semoga tuan diberikan kesihatan yang baik dan diberkati Allah selalu. Selamat Hari Raya Aidilfitri sy ucapkan untuk tuan sekeluarga. Maaf zahir & batin ^_^.

    1. alhamdulillah tq atas sokongan. salam aidilfitri juga buat tuan sekeluarga ya 😀

  15. Terima kasih Encik Khalid sudi berkongsi info yang berguna. Semoga Encik Khalid sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Amiin Ya Rabbalamiin..

    Bagaimana saya kita nak tau bila nak BUY & SELL untuk mengaut keuntungan dari Brexit.

  16. Pound dah retrace berminggu2 sebelum ni sebelum jatuh semula. Kami sentiasa update perkembangan dalam TFS private group. Post ni dah nak masuk 4 bulan dah pun. Anyway, kalau nak profit sepanjang masa, jangan trade lah tuan. Sebab dalam trading ni kita tak akan profit dalam semua trade kita. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *