Alhamdulillah, tahun ni masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri. Saya beraya di kampung isteri iaitu Pasir Puteh, Kelantan (saya tak ada kampung, family duduk Shah Alam je hahaha). Antara Syawal tahun lepas dengan tahun ni, banyak perkara yang telah saya kecapi antaranya:
– Beraya di rumah baru
– Tambah 1 kereta baru
– Bagi duit raya kepada fans page TFS, dan RM x,xxx kepada ibubapa saya
– Bantuan raya kepada yang memerlukan di kampung
– Sumbangan iftar & infaq lebih RM xx,xxx
– Berjaya menunaikan umrah dan menyambut Ramadhan di Mekah, Madinah dan singgah di Istanbul bersama ayah mertua
– Berjaya turunkan berat badan
Bila rezeki kita bertambah, percayalah yang ia boleh dijadikan saham akhirat kita andai digunakan untuk membantu orang lain, terutamanya mereka yang lebih memerlukan.
Semoga Aidilfitri anda tahun ini lebih hebat & bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika tidak, jangan risau. Selagi nyawa dikandung badan, kita masih ada kudrat untuk terus berusaha mempertingkatkan hidup kita untuk masa akan datang. Teruskan berusaha, jgn putus asa!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🙂
P/S – Nak baca pengalaman saya Raya di Hong Kong? KLIK SINI
Ikhlas daripada…
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
Alhamdulillah tuan
Comment: slmt hri raya aidilfitry kpd abg lid skeluarga.smoga pnjg umur,murah rezeki & d berikn sgala yg terbaik utk abg lid.amin.sgala kata2 smangat n ilmu2 abg lid menjadi inspirasi kpd saya untuk berjaya mcm abg lid.smgoa allah merahmati segala usaha2 abg lid amin…
Terima kasih banyak tuan Ijoy 🙂
Alhamdulillah tuan
Selamat hari raya tuan khalid…
Selamat hari raya abg lid.
Semoga abg lid dimurahkan reseki berlebih2 kerana memberi ilmu kepada org lain..
Selamat Hari Raya tuan .. maaf zahir batin, halalkan perkongsian ilmu forex tuan di blog saya ye.
Terima kasih.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin juga utk tuan Hasrul 🙂
Syukur..alhamdullilah tn khalid..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
❇❇