Ini 2 trade terakhir saya untuk tahun 2016 ni. Sharp entry di pucuk. 2 entry ini menghasilkan 424 pips. Pairs yang slow macam AUDUSD pun boleh jejak 209 pips. Siapa kata pairs slow tak boleh makan ratus-ratus pips? 🙂
Market dah start perlahan sekarang ni sebab majority traders menyambut Krismas dan New Year. So, tahun depan pulalah kita gegar market orait 😀
Tahun depan khabarnya ekonomi dijangka mencabar, tetapi forex traders tak perlu risau kerana forex adalah market 2 hala. Naik atau turun dua-dua boleh untung. Kalaulah Bursa Malaysia boleh Sell, dah lama dah saya sell lot dinosor sekarang ni hehehe 🙂
Nak trade forex dengan lebih berjaya di tahun 2017? Ini 7 tips ikhlas daripada saya:
1) TRADE PAIRS YANG SENANG PROFIT SAHAJA
Janganlah pergi balun semua pairs. Fokuslah pada pairs yang senang bagi profit iaitu EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY. Ada sebab kenapa pairs ni begitu popular di kalangan traders. 2 sebab utamanya ialah (i) pergerakannya lebih mudah dibaca, dan (ii) ia jarang melanggar prinsip “price action”. Selain itu, nak buat perbandingan analisis pun senang sebab ramai traders yang buat analisis major pairs ni.
Gold, Silver, Oil tu tinggal je lah jauh-jauh. Forex ni pun tak cukup makan bila dah kuasai. Saya sendiri kadang sampai tak cukup margin nak entry hahaha 😀
Kita semua trade sebab nak profit, bukan nak tunjuk hebat kan? 😉
2) WAJIB TAHU BACA CANDLESTICKS & SUPPORT AND RESISTANCE (SNR)
Dah lebih 400 tahun ianya digunakan. Pelajarilah kedua-dua ilmu di atas secara mendalam. Inilah yang dikatakan Price Action, iaitu apabila harga sampai di level-level tertentu, ia akan U-turn atau meneruskan perjalanannya. Kalau anda newbies, kuasailah terlebih dahulu 2 ilmu teknikal ni. Tak susah pun, senang aje. Tak kiralah apa pun teknik anda pelajari atau gunakan, 2 ilmu asas ini wajib dikuasai.
3) TRADE LAH PADA WAKTU YANG BETUL
Forex ni bukan asal bukak MT4 je kena cari entry. Kita bukan market maker! Forex ni bukan all the time laju pergerakannya, ada waktunya dia slow juga. Contohnya EUR/USD. Anda tengok chart waktu pagi di Malaysia memang lah dia gerak sikit je, sebab pada waktu itu orang Europe & US tengah syok tidur. Basic geografi je ni, tapi masih ramai traders yang tak tahu. Kalau nak trade waktu pagi, trade la pairs macam AUD & NZD.
Namun begitu, the best time is always night time. Waktu lain tak trade pun takpe. Fokuskan trade anda pada pukul 8PM – 12AM (waktu Malaysia). Ini adalah waktu aktif di mana (i) Lepas entry, kejap je boleh profit banyak dalam masa singkat, dan (ii) Lagi senang nampak dia nak pergi ke mana. Selain itu, time ni juga banyak news-news USD yang boleh boost lagi profit (ataupun loss) trade anda.
4) LOSS BOLEH BERLAKU DALAM FOREX, MONEY MANAGEMENT WAJIB TAHU
Trade kena ada Stop Loss (SL), iaitu di mana kita akan exit trade kita dengan kerugian. Jangan ego, jangan bodoh sombong, jangan ingat anda boleh control market. Modal anda kalau ada $100,000 sekalipun mana boleh nak control market bernilai USD 5 trillion. Biarlah loss sikit hari ini, tapi esok lusa boleh berjuang lagi. Jangan loss sampai terkorban terus. Sebab tu lah kena faham apa itu Money Management.
Katakan anda loss 3% dari modal bila 1x loss. Anda masih ada baki modal 97% untuk teruskan trade. 33 kali anda loss berturut-turut baru modal tu habis. Tak ada trader yang malang sebegitu, jadi dalam 33x cubaan tu pasti akan ada yang profit banyak mengatasi loss-loss terdahulu. Masalah majority trader ialah, bila dia loss, 30% – 50% modal dia habis. So, 2 – 3 kali loss je dah habis modal. Macam mana nak survive?
Ingat, tak ada trader yang boleh profit dalam semua trade. Kalau anda bertahan lama dalam market, makin lama ia akan jadi makin mudah. Ramai tewas dalam tempoh singkat, sebab tu tak sempat nak faham movement market ni betul-betul.
5) BIAR TRADE SIKIT TAPI PROFIT BANYAK, JANGAN TRADE BANYAK TAPI PROFIT SIKIT
Saya pun tidak faham, traders lebih suka profit 10 pips sebanyak 10 kali untuk dapat 100 pips. Mungkin sebab ianya lebih “thrill” dan nampak lebih hebat bila “show-off profit” 😀
Buat apa lakukan kerja 10x lebih susah untuk hasil yang sama? Seminggu 1 trade berkualiti yang menjana 100 pips kan lebih mudah? Fokus pada KUALITI, bukan kuantiti. 10x anda trade, anda boleh jamin ke semua tu anda boleh profit? Kalau profit 8x dapat 80 pips, tapi 2x loss tu jumlahnya 80 pips, at the end tak dapat apa-apa. Sia-sia sahaja anda profit 8x tu huhuhu… Ingat, always go for quality trades!
6) KAJI SEBELUM ENTRY, MESTI ADA TRADING PLAN
Kita trade bukan sebab malam semalam dapat firasat dalam mimpi. Sebelum trade kenalah buat analisis. Pairs apa nak trade, di mana nak entry, di mana nak set SL, di mana nak set Target Profit (TP), berapa lot nak guna dll. Itu semua SEBELUM, bukan selepas Entry. Itulah yang dikatakan Trading Plan. Jangan jadi trader gatal tangan atau trade berpandukan “nafsu serakah”. Bila ada plan, kita akan trade dengan lebih tenang dan setiap keputusan buy atau sell itu dibuat dengan teliti.
7) START DENGAN MODAL MINIMUM DAHULU
Kalau modal $50 pun asyik MC, adakah anda akan berjaya menggunakan modal $5000? Tentulah tidak. Kalau anda boleh kawal modal kecil, anda tentu boleh kawal modal besar. Step yang betul ialah demo account (sekadar untuk faham cara guna MT4) >>> real modal kecil (untuk biasakan diri dengan “emosi” real account) >>> real modal besar ikut kemampuan (bila dah boleh besarkan modal kecil). Ingat, tak ada beza kawal $5000 atau $50 selagi mana ia berpaksikan money management yang betul. Kalau anda boleh gandakan $50 menjadi $100, anda tentu juga boleh menukar $500 menjadi $1000.
OK itu je lah 7 tips daripada saya. Semoga tahun 2017 kita profit lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ni. Tak mau depo lagi dah, nak withdraw je k. Aminnnn… 🙂
NAK BELAJAR ILMU FOREX TRADING PALING LENGKAP?
Tunggu promosi kami sempena 5 tahun TFS pada 25 – 31 Disember 2016 ni! Diskaun RMxxx dan hadiah eksklusif percuma menanti anda!
Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
All the best for 2017 dear traders! Yang ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

Thank you for the sharing.
Happy New Year 2017. semoga profit dan sehat selalu di samping family tercinta.
Tq MK for the tips.. Moga terus maju menuju tahun 2017
Sama2 tuan. same to u too 🙂
Sama2 tuan. same to u too 🙂
Thank you Tuan. Awesome tips lead to greater pips!
Terbaiikkk
Terima kasih tuan … looking forward to 24dec2016 Menara PKNS
Tq tuan MK. nk join next kelas la kalu ada rezeki dn masa. bergerak kearah FTT.
terbaik info
Thank u for the tips.
Happy New Year.May 2017 more traders will suceed in forex trading.
Thank You Masta
terima kasih dengan panduan yang berguna…
TQ.sifu lid
Inshaallah bos..
Gud info makasih tuan guru
TERIMA KASIH, sebab, x da yg nk TOLONG kami smpi mcmni….. Selamat Tahun Baru
Tq. Tuan Khalid my Sifu…terbaik
Terima kasih tuan.
“Selamat Tahun Baru 2017”
Selamat Berkenalan tuan Khalid Hamid. Saya Ismail Hassan. Terima kaseh atas tips2nya.
Semoga cemerlang tahun 2017.
Terima kasih Tuan,, Amiin,,
Terima kasih tuan.
“Selamat Tahun Baru 2017”
Terima kasih banyak-banyak Master Khalid atas nasihat yang sangat berguna, humble dan sangat praktikal.
Thanks for sharing
Happy new Year 2017
Tq tuan, In syaa allah 2017 lebih baik dari 2016, tq
Peringatan yang berguna dan mesti ambil manfaat dari pengalaman orang lain. Terbaik Tuan MK
tips terbaik tuan…tfs memang awesome
Terima Kasih Tuan atas tips nya!
Tips terbaik tuan,terima kasih …..
salam sifu??200,300pips yg tuan profit tu hasil day trade or swing trade?brapa lama tuan hold position??2,3hari or max sampai jumaat market close?ataupon lebih seminggu utk dptkan profit 200,300pips per trade mcm ni??
beberapa hari hold tuan. sehari memang tak dapat punya hehehe. habis kuat major pairs sehari utk 1 pairs boleh pergi 60 pips sahaja
Assalammualaikum tuan..Saya berumur 20 tahun dan saya betul2 nak ilmu forex tuan..saya dah tengok bermacam-macam video tuan dekat youtube..tapi saya dah trade tetap tak menjadi..boleh x tuan beri tunjuk ajar di whatsapp..saya teringan nak ke class tuan tapi tak berduit nak pergi..Saya tinggal di melaka..
ws tuan. kena belajar secara formal lah. maaf tiada pengajaran melalui whatsapp. aduh boleh ke ajar forex pakai whatsapp? ajar depan2 pun orang tak paham hahaha… ada modal kena labur kat ilmu dulu, baru labur kat market. takde modal, cari modal dulu. tak nak cari modal, selongkar lah 1,001 ilmu yang ada dalam internet seperti babypips, carigold dsb ya. ada sebab kenapa yang mengajar ni caj yuran, sebab ia bukannya mudah. banyak perkara perlu dikorbankan. segala pertanyaan akan kami jawab selagi mana anda commit nak kuasai fx trading ni orait. masuk tadika pun kena bayar kan kalau tak siapa nak mengajar hehehe…
Tq for sharing tuan. Selamat menyambut tahun baru 2017. Semoga TFS dapat membantu trader newbies superti saya.
TQVM tuan di atas panduan dan tunjukajar yg diberikan…..moga lebih suscess lg
bila nk buat kelas forex
next year suku pertama 2017 tuan
Terima kasih sifu khalid .
Thank You very much. Sama2 kita menjana dari TFS dan menggunakan ilmu yang disampaikan untuk tujuan kebaikan diri dan umat sekeliling. Semoga Allah(swt) mempermudahkan urusan tuan Khalid.
TQ Bos!
All the best for upcoming 2017!!
tq masta khalid hamid…sbb dh bgi tips tuk sye yg nubis kubis
Tq terima kasih MK atas nasihat dan sumbangan ilmu yg tak jemu jemua memberinya…semoga ianya bermanfaat untuk group group trder TFS…amin….good luck u all n smt tahun baru 2017…..tajam kn lh smngat forex anda semua….jgn lupa kuasai fair USD….
dah lebih setahun trade….tapi withdraw belum lagi…nasib baikla depopun baru sekali…trade dah beribu ribu kali.lepas ni nak nak cuba praktis ilmu yg tuan kali bagi…tips diatas akan cuba dikuasai semuga tahun ni murah rezeki…
alhamdulillah,syukur dan terimakasih tidak terhingga buat tuan Khalid Hamid atas setiap perkongsian tips dan pengalaman trading,semoga memberi manfaat kepada semua traders -traders kental diluar sana..juga semoga kita semua peroleh kejayaan dan suksess dalam trading pada tahun 2017…
Terima kasih kongsi ilmu MK…Selamat Tahun Baru 2017
Terima kasih Tuan Khalid Hamid. Satu nasihat yang sangat berguna. Saya akan simpan 7 perkara tersebut dengan baik dan berharap tahun 2017 masih mendapat tips2 forex trading dari Tuan.
tq sifu…
Assalamualaikum..
Terima kasih atas nasihat dan tip2 yg berguna dari KH.
Tips no. 6 betul2 kena batang hidung sya sb dah dua kali akaun mc.
Hu..hu..
Hehehe sama2 tuan 🙂
Assalamualaikum…
macam mana sy nk dapatkan buku TFS?
dimana sy nk rujuk?
boleh tuan emelkan sy dimana sy boleh beli buku TFS?
boleh tuan emelkan sy dimana sy boleh beli buku TFS?
nie emel sy ( khaidin881975@gmail.com )
all the best tuan MK
tq Reyza 🙂
terima kasih tuan khalid ilmu yang saya dapat dari tfs memang terbaik.
sama2 tuan 🙂
TFS adalah penipu…. ramai yg rugi atau xberjaya bila guna teknik dia. Jgn beli la…. KENA KENCING JE
bagi la bukti tuan. takat komen camni sapa2 pun boleh. jadi fitnah nanti. hati2 ya. tq
Rileks je bro diee x tau pape pun pasal forex tuu pasal loss
Tengah tunggu tfs7…ingat nk beli tfs6 tapi terpaksa hold dulu sbb nk tunggu tfs7.
terima kasih tuan kerana setia menunggu. tuan pasti tidak kecewa 🙂
Assalamualaikum Tuan khalid…saya berminat nk main forex nie..cm mne sy nk start?apa first step yg saya kne buat..main forex boleh pergi jauh ke?klau sy brhnti keje dan fokus pd forex bleh brjaya tak?modal ade la sikit…xbnyak..skang tgh confused nk bisnes kedai makan atau main forex..harap tuan dpt membantu sy
ws. forex sesuai part time saja. elok tuan buka kedai makan, kemudian trade utk jana income sampingan. forex boleh pergi jauh jika modal besar. boleh tampung hidup. sebelum nak jadi real trader, sila dapatkan ilmu & praktis secukupnya dahulu ya. itu yang terbaik. ia dapat mengurangkan risiko kegagalan tuan. terima kasih, selamat maju jaya 🙂
Salam boss..saya nak dpt kan khidmat nasihat dan dan beli buku dan cd. Bagaimana nak hubungi tuan.
salam. boleh terus call / sms / WA ke 0172304900 ya tuan. nak email pun boleh ke support at forexsebenar.com tq
Assalammualaikum, terima kasih atas ilmu tersebut tuan.
terima kasih atas perkongsian ilmu
sama2 tuan Payazal
karena itu kita pahami dan pelajari beberapa tips tersebut untuk bisa melakukan trading dengan baik dan benar, dan juga kita bisa memahami dulu di akun demo yang akan membantu memaksimalkannya, karena itu adalah salah satu cara yang bagus supaya bisa lebih mengerti dengan cepat kita manfaatkan di broker gainscopefx
301 Moved Permanently
[url=https://www.viagrapascherfr.com/]Show more…[/url]
Hi,
Nak tanya ni, bilakah TFS nak release EBook terbaru edisi 2017 ?
hi. dijangka dis or jan 2018 ya tuan
Assalamualaikum w.b.t salam 1 malaysia ..sy nak buat satu penyata tentang depo yang sy dah buat RM689.00 untk E-book dan selepas sy membuat depo kenapa baru tuan email pada sy yang e-book edisi 6 telah habis dan tunggu edisi ke 7 tahun depan.sy meminta tuan kembalikan depo sy segera
salam tuan. kami dalam proses nak keluarkan edisi ke-7. edisi ke-6 tuan dapat dalam versi digital dulu, kemudian TFS 7 siap tuan akan terima terus TFS 7. kalau nak duit tuan semula boleh juga. reply email yg tuan terima tu ya. maaf atas kesulitan. tq
salam tuan.. saya guna nine liquidity ok ke.. untuk nak withdraw ada masalah x nanti dekat malaysia.. sbb bnyk saya baca2 dekat google semua kebanyakan problem nak withdraw
ws. maaf tuan no komen sbb tak pernah guna broker tu
Assalamualaikum Tuan.
Saya masih baru lagi dalam dunia forex, jadi bole tak saya minta cth money management yg betul sebelum kita nak entry suatu pair. Tu sahaja. terima kasih
ws jemput baca post ni ya: http://www.forexsebenar.com/blog/bagaimana-1000-menjadi-38338-dalam-20-bulan-dengan-forex/