08/08/2025
kenapa-position-hit-tp-tapi-tak-close-dalam-forex-trading-1

Ramai trader tanya saya, dia dah set target profit (TP). Harga semasa dah cecah TP tapi position dia masih floating dan tak close lagi. Sepatutnya, position tu dah auto-close.

Apa yang berlaku sebenarnya? Biar saya terangkan.

Pertama sekali, anda kena tahu, harga pada chart adalah harga BID @ SELL. So, kalau anda Buy, dan set TP, anda boleh ikut harga di chart. Ini kerana, bila anda BUY (pada harga ASK), profit akan dikira bermula daripada harga Bid.

CONTOH: Anda Buy GBP/USD di 1.0550 (Ask), harga Bid 1.0547 (spread 3 pips). So, profit anda akan dikira bermula pada harga Bid (1.0547). Sebab tu lah, bila anda open je post, terus rugi -3 pips kan? Sebab spread lah.

So, kalau anda BUY, dia senang je. Ikut harga yang terpapar pada chart kerana harga pada chart = harga bid. Ok?

Untuk SELL pula, lain kes nya. 🙂 Rujuk gambar di bawah ni:

kenapa-position-hit-tp-tapi-tak-close-dalam-forex-trading-2

 

Lihat kotak hijau bawah tu. TP set di 1.2267 & harga semasa pada chart pun 1.2267, tapi position masih tak close lagi kan? Ini kerana bila anda SELL, profit anda dikira dari harga ASK. Harga pada chart ialah harga Bid. Jika harga di chart (bid) 1.2267, harga Ask ialah 1.2270 (rujuk kotak merah di penjuru atas kiri). Inilah punca kenapa position anda belum TP walaupun harga pada chart dah tunjuk harga TP. Faham?

So, jom buat kira-kira sikit. Kalau nak TP di 1.2267, berapakah harga yang perlu ditunjukkan pada chart? Ambil 1.2267 tolak spread 3 pips. So, dapatlah 1.2267 – 0.0003 = 1.2264. Ya, itulah jawapannya. Harga di chart perlu 1.2264, kerana bila harga di chart (bid) 1.2264, harga Ask = 1.2267, so barulah dia akan auto-close.

Saya harap anda fahamlah penjelasan saya ni ya. Untuk Pending Order & Stop Loss (SL) pun sama. Tak trigger / hit SL tu sebab spread juga lah. 🙂

NAK BELAJAR ILMU FOREX TRADING PALING LENGKAP?

TFS sedangkan mengadakan promosi sehingga 31 Disember 2016 ni! Diskaun RM100 & percuma t-shirt eksklusif!

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

11 thoughts on “Kenapa Position Hit TP Tapi Tak Close Dalam Forex Trading

  1. Asslmu’alkm Tuan,
    Terimakasih pencerahan yg dikirim sngt berguna saya wlu saya lum mula berdagang,insha’allah akan dtg,

  2. Assalamualaikum, itu bg spread tetap macamana kalau spread dia sentiasa berubah…..

    1. slm. lagi besar leverage, lagi kecil margin diperlukan. margin = usd10,000 untuk volume 1.00 pairs xxx/usd. kalau leverage 1:100, so jadi 1/100 je daripada margin iaitu usd100. ada margin usd100 baru boleh buka position. kalau 1:500, maknanya usd10,000 x 1/500 = usd20 sahaja. leverage tinggi akan lagi cepat melingkupkan akaun. max elok 1:100 sahaja. tq

  3. As salam tuan… Apabila kita nak close order secara manual, tefiba keluar ralat, fault error, kenapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *