Sejak semalam ramai mengeluh kadar tukaran USD dalam MYR (disebut USD/MYR) mencecah MYR 4.00. Katanya, ia merupakan rekod yang tertinggi dalam sejarah negara kita. Sebenarnya, silap tu. Rekod tertinggi adalah pada tahun 1998 di mana 1 USD = MYR 4.71 (tapi dalam chart ditunjukkan MYR 4.88). Rekod terendah pula ialah MYR 2.10 pada tahun 1978. Bilalah agaknya kita boleh merasa kadar forex macam dahulu kan? 🙂
Jom lihat analisis ringkas yang saya buat ni. It’s very simple and straight forward, harap anda semua boleh faham. Sejak melepasi MYR 3.70 (resistance pertama), USD/MYR terus naik ke MYR 3.80 (resistance kedua). Sebaik sahaja harga tutup hujung bulan melepasi MYR 3.80, harga terus naik tak henti-henti sehingga sekarang MYR 4.03. Kalau anda perasan, di sebelah kiri chart harganya mendatar sahaja kan? Itu adalah kerana kerajaan telah mengikat kadar tukaran USD/MYR pada 3.80 selama 6 tahun sehingga tahun 2005.
Kepada yang tak faham istilah trading, Resistance adalah harga tertinggi yang pernah dicapai sebelum ni. Secara prinsipnya, jika harga berjaya ditutup melepasi Resistance, harga akan naik lagi mencari resistance seterusnya.
Jangkaan saya, harga akan menuju ke MYR 4.20 kerana ia merupakan Resistance seterusnya yang telah tercipta pada tahun 1998 – 1999. Momentum bullish sekarang ni sedang kuat sebab ia telah pun melepasi harga psikologi Big Round Number MYR 4.00. Jika harga berjaya melepasi MYR 4.20 pada bulan-bulan mendatang, sejarah 1998 mungkin berulang kerana seperti yang saya katakan, jika Resistance 4.20 ditembusi, ia akan mencari resistance seterusnya.
Siapa yang beruntung kalau USD/MYR jatuh? FOREX TRADER lah. Selain dapat profit, dapat pula exchange rate lebih tinggi bila withdraw. Forex kan withdraw dalam USD? 🙂
[[Nak belajar jana income dalam USD? —> KLIK SINI]]
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE post ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
4 thoughts on “Forex USD/MYR Bakal Menjejak RM4.20? Rekod Tertinggi RM4.71!”