USD BAKAL MENJEJAK MYR 4.20 dan INDEKS KLCI BAKAL MENJUNAM!
17 Disember 2014 (rujuk rajah di atas) saya pernah alert kawan saya yang indeks Bursa Malaysia (KLCI) akan turun lebih jauh bila dah turun di bawah paras 1,700. Ketika itu ramai yang masih rancak membeli secara besar-besaran (sebab ingat retracement je, turun kejap pastu naik balik). Semalam, KLCI turun menjunam melepasi “harga psikologi” Support level 1,600 mata (close 1,596.82, low 1,590.57). Kalau tengok chart Daily & Weekly memang gerun. Sebatang Candlestick (CS) merah panjang yang dinamakan Marubozu. Ia menandakan harga dijangka akan terus turun lagi!
Tengok chart Monthly, harga dah pun berada di bawah Support 1,600. Jangkaan saya, jika hujung bulan ni harga kekal di bawah 1,600, KLCI dijangka akan terjun lagi 150 mata ke 1,450 pula iaitu Support level terdekat. Prinsip Support & Resistance (SNR) ni, kalau dia dah tembus satu SNR, selalunya dia akan cari SNR seterusnya.
Saya dulu aktif trade saham tapi sejak saya “hidu” KLCI nak turun, saya dah stop dan fokus pada forex trading sahaja. Forex lah best, market turun atau naik tetap boleh trade. 😀 Buat masa ni belum ada petunjuk untuk Buy. Zaman 2008, indeks mencecah paras 800+ mata. Masih jauh lagi indeks boleh turun. Bila ada petunjuk di Monthly chart barulah sesuai untuk Buy. Jadi, saya syorkan untuk stop trade saham buat masa ni.
Untuk USD/MYR pula, 12 Ogos lepas saya ada buat jangkaan kadar tukaran USD akan menjejak RM 4.20. Boleh tengok analisis asal DI SINI.
Namun begitu, saya tak sangka ianya naik dengan begitu cepat! Semalam High (paras tertinggi) dah 4.1516, lagi 5 sen je nak cecah target saya! Berdasarkan Bullish momentum yang kuat di chart Daily & Weekly buat masa ni, mungkin minggu depan target RM 4.20 tersebut akan sampai. Sama-sama kita saksikan. 😉
BOLEH KE BERGANTUNG PADA ANALISIS TEKNIKAL SAHAJA TANPA MERUJUK KEPADA ANALISIS FUNDAMENTAL?
Ya, boleh. Pernah dengar teori “Price Discounts Everything”? Ia bermaksud apa yang berlaku dalam market ditunjukkan oleh pergerakan harganya (PRICE ACTION). Saya bagi contoh mudah. Katakan syarikat anda bekerja tersenarai di KLCI, dan anda tahu syarikat anda telah dianugerahkan projek bernilai RM 1 billion. Anda, para Director, CEO, CFO, COO, para pekerja dan mereka yang tahu mestilah akan beli saham syarikat tersebut sebanyak yang mungkin kan? Sebab anda tahu bila berita ni diketahui ramai, harga akan melonjak naik. Jadi, dalam chart, anda boleh lihat harga tiba-tiba mula menaik disebabkan mereka mula membeli. Bila dah ada Bullish movement pada chart, pihak luar yang tak tahu berita tersebut pun boleh hidu yang harga saham tersebut mungkin nak naik. Minggu depan nya, selepas syarikat buat press conference untuk mengumumkan berita tersebut, harga terus melonjak tinggi. Kesimpulannya, melalui analisis teknikal kita boleh jangka ke mana harga nak pergi sebelum ia bergerak.
Trade At Your Own Risk (TAYOR) & Trade Rugi Untung Sendiri Tanggung (TRUST) 🙂
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE analisis ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
301 Moved Permanently
301 Moved Permanently>>>