Sejak saya mula mempromosikan program Axi Select, banyak sungguh Axi Select FAQ (soalan yang sering ditanya) yang timbul.
Jangan risau, kerana saya akan berikan jawapan yang sejelas mungkin kepada anda dalam blogpost ini.
Are you ready? Let’s do this!
AXI SELECT FAQ #1: APA ITU PROGRAM AXI SELECT?

Axi Select adalah funding program daripada broker terkemuka dunia iaitu Axi.
Melalui program ini, anda akan diberi allocation (atau funded) account, di mana anda boleh mendapat payout (profit sharing) sehingga 90%, dan modal sehingga USD $1 juta!
AXI SELECT FAQ #2: BAGAIMANA CARA UNTUK MENYERTAI AXI SELECT?
Anda perlu buka akaun broker Axi DI SINI, dan pastikan anda tandakan kotak AXI SELECT yang dipaparkan.
Setelah akaun Axi Select anda berjaya dibuka, buat deposit $500 ke akaun tersebut, dan buat 20 trade pertama untuk dapatkan EDGE SCORE > 50.
Kemudian, anda boleh mulakan stage pertama Axi Select iaitu SEED.
AXI SELECT FAQ #3: MACAM MANA CARA UNTUK LULUS SETIAP STAGE?

Caranya mudah sahaja! Inilah cara paling senang untuk anda dapat modal USD $1 JUTA.
Sediakan modal minimum, hit target +7%, jangan loss -10%, kemudian cukupkan Edge Score, tempoh matang dan bilangan trade yang ditetapkan.
AXI SELECT FAQ #4: BERAPA AKAUN AXI SELECT YANG BOLEH SAYA BUKA?
Hanya satu sahaja akaun Axi Select yang dibenarkan untuk dibuka bagi setiap ID individu.

AXI SELECT FAQ #5: BOLEH TAK SAYA GUNAKAN EXPERT ADVISOR (EA) DAN TRADE COPIER UNTUK AXI SELECT?
Penggunaan EA dibenarkan, tetapi maaf, penggunaan trade copier tidak dibenarkan sama sekali.
PDF 30 FAQ AXI SELECT
5 soalan yang dijawab di atas, merupakan petikan kepada PDF 30 FAQ AXI SELECT yang telah saya hasilkan.
PDF ini adalah PERCUMA, dan ikhlas saya buat untuk membantu anda agar lebih faham mengenai bagaimana program ini berjalan.
PDF tersebut boleh dimuatturun (download) DI SINI
VIDEO PENERANGAN 12 MINIT MENGENAI AXI SELECT
Jika anda inginkan penerangan dalam bentuk video, boleh tonton video di bawah juga.
PENUTUP
Di kala industri prop trading mengalami pelbagai cabaran, Axi Select boleh menjadi “penyelamat” kepada traders yang mahukan modal besar.
Tiada broker lain yang menganjurkan program sebegini. Hanya broker Axi sahaja. Dan program ini pun tidaklah terlalu susah untuk kita lulus.
Jadi, jangan berlengah lagi, dan sertai program ini segera ya!
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.