06/08/2025
apa-itu-diversification-dalam-forex-trading-dan-kepentingannya

Diversification dalam forex atau trading mungkin merupakan istilah asing untuk anda.

Saya pun baru belajar dari my bro CZ KEE dari EITFM.

(Sebelah kiri dalam gambar di bawah. Yang sebelah kanan tu Jack, staf Pepperstone di Melbourne).

lawatan-mk-ke-hq-broker-pepperstone-di-melbourne-bersama-cz-kee-dan-jack

DIVERSIFICATION DALAM FOREX TRADING

Anda mungkin biasa dengar mengenai diversification (atau pemelbagaian) dalam investment atau pelaburan.

Warren Buffet pernah berpesan: Never put all egg in one basket.

warren-buffett-quote-on-diversification-dalam-forex-trading

Bila kita diversify pelaburan kita, risiko atau volatility pada sesuatu industri, tidak akan mempengaruhi prestasi keseluruhan portfolio pelaburan kita.

Portfolio tu apa pulak? Hahaha. Portfolio tu macam keseluruhan pelaburan kita lah.

DIVERSIFICATION DALAM PELABURAN

contoh-diversification-dalam-forex-trading-dan-pelaburan-atau-investment

Contohnya, anda melabur kepada sektor hartanah, beli emas fizikal, beli saham, menyimpan di unit trust, mencarum kepada PRS (private retirement scheme), memegang beberapa cryptocurrency, simpan dalam fixed deposit, cash, melabur di indeks, dan lain-lain lagi.

Anda tidak tertumpu kepada satu kelas aset sahaja, tetapi “tabur” duit anda kepada beberapa jenis pelaburan, untuk mengurangkan risiko atau kebergantungan kepada satu jenis pelaburan sahaja.

DIVERSIFICATION DALAM FOREX MACAM MANA PULA?

definisi-dan-contoh-diversification-dalam-forex-trading-serta-manfaatnya

Untuk forex trading (dan market lain), anda boleh pelbagaikan objektif trading anda.

Jangan hanya bergantung harap kepada satu akaun trading DAN satu objektif sahaja.

Anda kena diversify. Barulah anda akan sentiasa rasa trading ni menyeronokkan kerana ada pelbagai challenge dan sasaran yang anda nak capai.

Kalau mendatar atau buat benda sama sahaja, lama-lama anda akan bosan!

KEPENTINGAN DIVERSIFICATION DALAM FOREX

Pada saya, bila anda mengamalkan diversification, anda akan menjadi lebih berdisiplin dalam trading.

Contohnya, anda boleh buka satu akaun trading, yang mana anda akan trade pada hari Selasa hingga Khamis sahaja.

Kemudian, untuk 3 hari tersebut, hanya trade 1 position dalam sehari. Risk per day pula cuma 1%.

Selain itu, anda ada akaun lain, yang anda akan risk 5% sehari. Akaun satu lagi, mungkin risk 10% sehari. Begitulah seterusnya. Anda boleh trade serentak, ataupun secara giliran.

CONTOH PECAHAN DIVERSIFICATION DALAM FOREX

diversification-dalam-forex-trading-melalui-pelbagai-akaun-dan-trading-style

#1 – DAILY / WEEKLY WITHDRAWAL

Anda boleh gunakan trading style scalping atau day trading. Ini akaun yang anda akan selalu trade. Setiap kali ada profit, anda akan withdraw.

Objektifnya ialah guna modal kecil, untuk hasilkan untung yang besar, dalam masa yang singkat.

#2 – COMPOUNDING / BINA TRACK RECORD

Akaun ini anda tidak akan withdraw. Anda set target tertentu, contohnya 10% sebulan. Bila dah hit target, anda tak akan trade lagi akaun tu.

Kalau profit terlajak daripada target, barulah anda boleh withdraw lebihan tersebut.

#3 – PROP TRADING / AKAUN BESAR

Akaun ini mungkin anda trade 3x sahaja seminggu, dengan risiko yang rendah.

Objektifnya ialah untuk mendapat payout besar setiap 2 minggu, dengan kawalan risk vs reward yang ketat.

Kalau anda tak diversify, mungkin anda akan overtrade akaun seperti ini!

#4 – JOIN COPY TRADE / FUND MANAGEMENT

Sambil-sambil buat sendiri aktiviti trading, anda juga boleh serahkan kepada trader lain untuk menjana pulangan buat anda.

Ada ketikanya, anda melalui fasa drawdown untuk akaun sendiri. Tetapi, trader lain sedang melalui winning streak.

Jadi, anda tetap boleh menjana pendapatan sampingan daripada kemahiran trader lain.

#5 – GUNAKAN EXPERT ADVISOR (ROBOT TRADING)

Anda juga boleh jadikan strategi trading dan risk management anda sebagai EA.

Buka satu akaun khas, kemudian pasangkan EA tersebut. Biarkan ia berjalan secara automatik.

DIVERSIFICATION DALAM FOREX MELALUI TRADE COPIER

Anda boleh trade setiap akaun tersebut secara manual. Kalau guna mobile app, senanglah sikit berbanding desktop.

Tapi kalau rasa leceh dan penat, boleh gunakan trade copier.

Saya highly recommend SOCIAL TRADER TOOLS sahaja, sebab ini yang terbaik pernah saya guna.

DIVERSIFICATION DALAM FOREX INI BERBEZA DENGAN BLOGPOST SEBELUM INI

Dalam post ini, saya menerangkan tentang cabang pendapatan dalam forex trading yang anda boleh buat.

Untuk post ini pula, ia khusus untuk trading atau dalam kategori #10 iaitu CAPITAL GAIN.

Bagaimana dalam capital gain itu sendiri (sebagai seorang trader sejati), anda boleh pelbagaikan dan perbanyakkan lagi income anda.

Instead of go wider, you go deeper!

Dan seperti saya beritahu sebelum ini, diversification boleh menjadikan anda lebih berdisiplin.

Anda tak akan usik akaun compounding / prop trading terlalu kerap bila anda ada akaun-akaun lain untuk anda trade.

PENUTUP

Anda perlu amalkan diversification dalam forex trading atau apa jua trading yang anda lakukan.

Selain boleh menjana pendapatan lebih (kerana anda pelbagaikan risiko dan reward), anda juga boleh menjadi lebih berdisiplin, dan seterusnya menjadikan anda seorang profitable trader.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *