Jika anda seorang forex trader, anda kena tahu tentang Forex Factory (FF). FF merupakan forex calendar yang paling popular di dunia! Ia akan memberitahu anda apakah data-data yang akan diumumkan oleh negara-negara yang terlibat. Namun begitu, bukan semua news anda perlu ambil tahu.
Sila tonton video di atas, atau ikuti langkah-langkah di bawah untuk memanfaatkan FF dalam analisis fundamental anda ya.
KLIK SINI untuk ke laman rasmi FF. Kemudian, klik jam di sebelah atas kanan untuk seragamkan masa kalendar FF dengan waktu negara anda. Klik je “Match Automatically” lepas tu Save Settings. Dah siap, klik Logo FF di penjuru atas kiri untuk ke Homepage.

Klik pada Today dan pilih This Week > Apply Settings untuk memaparkan kalendar untuk 1 minggu berbanding 1 hari sahaja sebelum ini. Ini adalah penting supaya anda dapat merancang trade mingguan anda dengan lebih mudah.

Akhir sekali, manfaatkan fungsi Filter (di sebelah kanan kalendar). Anda hanya perlukan 3 sahaja iaitu High Impact (merah), Medium Impact (oren) & Non-economic (putih). Low Impact (kuning) tak perlu kerana ia tidak banyak menggerakkan market. Untuk currencies pula, buangkan CNY kerana anda perlu trade major pairs sahaja.

OK, dah siap dah setting FF! 😀 Pertama sekali, tengok sebelah kiri “Legend”. Di sini ada tips penting, iaitu data news akan menentukan currency akan menguat atau melemah. Hijau – Good News untuk currency tersebut. Kalau Merah – Bad News.
(NOTA: Jika Legend tersebut tidak muncul, anda perlu daftar akaun percuma FF terlebih dahulu. Klik pada “join Forex Factory” ketika langkah pertama)
CONTOH: Jika USD bad news, USD/XXX akan turun, manakala XXX/USD akan naik. Ia satu hubungan yang anda kena ingat sampai bila-bila. Ini contoh movement price USD/JPY sebaik sahaja news Personal Spending m/m 8.30pm diumumkan:

Bad news USD (0.1%, warna merah), jadi USD/XXX seperti USD/JPY turun tepat jam 8.30pm 29 April 2016 (waktu MT4 Fxcitizen adalah 12:30). Begitulah impak news. Ini contoh untuk medium impact news. Kalau high impact news, memang berdesup perginya!
“NEWS MANA SATU SAYA NAK TRADE NI?”
Bukan semua news akan memberi impak besar kepada movement pairs. Ada news-news tertentu sahaja. Salah satunya ialah Non-farm Payroll (NFP). 2 Teknik News Trading dan senarai news yang anda boleh trade ada saya terangkan panjang lebar DALAM NI.
Nak tahu satu lagi fungsi FF selain daripada forex calendar? Baca di sini.
Selain FF, ada 2 lagi sumber yang sering saya rujuk untuk membaca analisis pro trader, iaitu Dailyfx & Fxstreet. Misalnya, sebelum news besar seperti NFP, saya akan baca analisis mereka. Adakalanya, anda tak tahu nak Buy atau Sell, anda boleh merujuk kepada analisis mereka untuk tingkatkan keyakinan anda. 🙂 Namun begitu, harus diingat bahawa mereka ni semua long term trader, bukan short term trader. Jadi, adakalanya ia mungkin bercanggah dengan analisis anda, tapi itu tidak bermakna analisis anda salah ya. 😀
Suka tak post ni? Kalau suka, sila berikan komen dalam ruangan komen di bawah ya. Kalau ramai suka next time saya boleh share post yang lebih best dari yang ni. 🙂
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
Tuan Khalid,
kalau boleh, mintak tolong tuan khalid huraikan sikit macam mana nak match antara fundamental dgn technical utk major pairs.
Tq. Teruskan menulis dan update blog tuan khalid nie.
soalan yg bagus. jawapannya ada dalam TFS. terlalu panjang nak hurai dalam ni tuan 🙂
Terbaik
alhamdulillah.. terima kasih atas penerahannya tuan khalid hamid.. ilmu yang sangat berguna..kebetulan sedang mencari2 macammana mahu membaca news.. 🙂
jangan lupa tonton video yg kami baru post ya 🙂
*Pencerahannya
Terbaik….berguna ilmu .
Terima kasih sifu kongsi ilmu. TFS terbaik !
TFS bro Lid memang terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!
terima kasih share ilmu.. saya baru nak belajar forex..
TFS terbaikkÄ·
Saya coment ya…. Tuan boleh ajarkan baca news di myfxbook? Ada kh ia sma dgn ff?
ya tuan sama sahaja. semua forex calendar data nya sama sahaja cuma FF lebih mudah dibaca
Tq..Ilmu yg sgt berguna..MK
Terbaik tuan..bermanfaat
Tq ilmu yg sangat berguna
Perkongsian yang sangat bermanfaat.
Thanks Master… Hehe
TERBAIK ILMU YANG DICURAHKAN
Terbaik Tuan.
Infor yg sgt2 berguna as specially newbie mcm saya.
the best tuan khalid.
Salam dari Bali
satu penerangan yang terbaik, satu ilmu baru bagi saya, begitu bermanfaat
Nice! Tq Tuan Khalid!
Suka suka
Banyak rupanya teknik kena tahu..terima kasih tuan..kena praktik kan selalu..harap tuan dapat beri lagi info dan ilmu lain..semoga urusan tuan dipermudahkan
baik tuannnn
Terbaik Tuan Khalid, share lagi benda best macam ni.
Tuan..berapa modal paling kecil kalau nk mulakan yer..dan bagaimana nak wedrow..kurang faham.suka dengar cuma masih kurang memahami system
salam tuan Syawal. minimum USD50 memadai. belajar control modal kecil dahulu. cara nak deposit, withdraw atau lain2 berkenaan broker, boleh download panduan yg kami sediakan di blog ini. klik pada banner atas sekali atau di sebelah kanan ya. tq
Terima kasih diatas perkongsian tuan, yg berkaitan dngan news forex. Pada saya ianya sngat membantu saya dalam menmbahkan ilmu dalam bidang forex. Harapan saya agar tuan sentisa berkongsi..
Terima kasih; pius mantara. Dari Sabah
Says suka. T. Kasih tuan.
Mantappppp
Terima kasih
Memang bagus post ni..
Terbaik…bru faham mcm mna nak tgk news…
Mantap boss
http://recoverperu.org/
Pencerahan yg Terbaik tuan Kalid..
tq tuan Rahim
Terbaik MK .Banyak info.