Ayda (nama tipu ler…) ada mesej saya baru-baru ni mengadu duit beliau dah lebur RM150,000 disebabkan group rolling. Banyak tu woihhhh! Ni petikan mesej nya…
Saya sendiri tertanya-tanya, apakebenda GROUP ROLLING tuh? Ni 1st time saya dengar. Saya andaikan ianya macam “pool trading” lah kot. Trader minta duit orang ramai untuk tolong trade. Sebagai balasan, keuntungan dibahagikan antara trader & investor mengikut kadar yang dipersetujui. Biasanya 30% trader 70% investor.
Itu untung. Kalau rugi? Rugi 100% ditanggung oleh investor lah! Trader tak tanggung apa-apa pun. Bunyi macam tak adil kan? Tapi itulah hakikatnya. 🙁
Maaf, saya cukup benci dengar orang sebut “main forex”, lepas tu guna istilah “player” instead of investor. Aduh, forex tak boleh dibuat main. Istilah betul ialah TRADE FOREX. Pernah dengar orang “trade judi” tak? Habis tu kenapa orang sebut “main judi”? Sebab kejayaan dalam judi ni bergantung kepada nasib semata-mata. Tak payah belajar pun, kalau nasib baik boleh untung. Dalam forex mana ada gitu bang kak oiii…
Tak tau boleh belajar. Kalau tak nak belajar inilah padahnya. Ada modal baik trade sendiri. Orang yang minta duit investor ni selalunya tak ada modal. Kalau ada modal orang tu dah trade sendiri dah sebab 100% profit (atau loss) dia tanggung. Buat apa dia nak kongsi. Pada saya tak masuk akal langsung lah (melainkan duit komisen trade jauh mengatasi profit dia trade sendiri. Ada saya sentuh DI SINI).
>>> Cerita Ni Lagi Dahsyat, Rugi Dalam Forex Sampai RM500,000!
Saya tak kenal atau pernah jumpa pun pengadu ni. Macam mana dia boleh percayakan saya dengan mudah? Hurmmm… then dia kata modal dia tak besar tapi boleh pula bagi orang sampai RM150,000. Well, mungkin tu sebelum dia rugi lah kot kan. 🙁
Jadikan kisah ni pengajaran. Jangan mudah percayakan sesiapa. Tak tahu boleh belajar. Apa bidang pun dalam dunia ni boleh dipelajari dan dikuasai. Jangan cepat mengalah. Jangan tau nak kerja mudah sahaja. There’s no shortcut to success!
Tolong SHARE artikel ni untuk peringatan bersama. Saya tak mahu ada lagi yang terkena. Boleh? Thanks.
Kesian bile tgok masih ade lg yg kena scam..mcm2 nama skim plak skang ni..
ni katanya kutu forex. aduhai, forex pun dibuat kutu skrg ni 🙂
Syabas Tuan. Kat Malaysia, Hal-hal forex ni, hanya Tuan saja yang saya percaya. Keikhlasan tuan “peturunkan” ilmu forex tiada tolok bandingnya. Anyway saya turut bersimpati dengan pengadu tu. Kesian…
tqvm atas sokongan boss 🙂
Good job
Bersimpati dengan apa yang berlaku….kesian duit hangus mcm tu je….dah byk ebook saya beli, dalam dan luar negara pun ada…tapi jujur saya katakan..TFS adalah ebook terlengkap yang pernah saya beli.Penerangan sangat terperinci dan mudah difahami…The best part…ac trading saya dah membiru…Tq Mr Khalid
Hi Mesah Miku tqvm for ur complement. Syukur 🙂
assalam,
boleh share tak ebook t. nk beli tapi takde modal. klau boleh nk bljar dri skrang mcm mne nk buat bisnes fx ni. tq
salam. ia dalam bentuk buku + CD, bukan ebook cik. macam mana nak share? hehehe…
Aduhh! Koyakk… Segala-galanya rabak… Tapi macam tu lah lumrah dunai / manusia, sebelum naik jatuh dulu, bila dah dekat sejuta kali jatuh ahh baru dapat berdiri betul²…
Harap pengajaran ni dapat membantu orang macam saya dimasa depan kelak…
(Perghhh nasib baik modal $5 pastu trade dekat 2bulan perghh dapatlah $20 hahaha… Sabar je la… Pastu nasib baik lerr jumpa Tuan Khalid kalau tak … Aduhaiii alamat ke longkang la saya…
ok bang tima kasih
Saya berminat dengan forex ni…tapi modal tak banyak…
Boleh bermula serendah usd50. kat blog ni banyak2 ilmu2 free terutamanya ebook percuma di sebelah kanan tu. 😀
0k tuan terimakasih
betul 200 % abg lid…pokok pangkalnya kena ada ilmu dulu…baru boleh beramal…macam forex jgk…kalau tidak…kelaut jualh sudahnya
Tq tuan bersetuju dgn kami 🙂
Baik..boss
Baiklah..boss
ni konsep lebih kpd fund manager
ya betul tu