10/08/2025
Cara Analisis Pergerakan Minggu Hadapan Dalam Forex Trading

Untuk menjangka pergerakan forex pairs pada minggu hadapan, cara paling mudah ialah dengan melihat kepada WEEKLY CHART. Weekly bermaksud setiap Candlesticks (CS) dalam chart akan menunjukkan pergerakan harga untuk 1 minggu. CS ini akan bergerak-gerak selama 1 minggu, sebelum ditutup awal pagi Sabtu, dan akan muncul CS baru pada awal pagi Isnin minggu seterusnya. Dalam forex, inilah time frame paling besar yang boleh dirujuk. Ia memberi gambaran “big picture” pergerakan sesuatu pairs dan jarang berlaku false movement.

Lihat contoh USD/CAD dalam rajah. CS dalam bulatan merupakan CS weekly yang baru sahaja close awal pagi Sabtu. Daripada bentuk CS tersebut, ia boleh ditafsirkan sebagai Bullish CS kerana harga Close lebih tinggi daripada Open (sebab itu ia berwarna hijau). Sejak 4 minggu lepas pun harganya dah pun semakin menaik (diwakili oleh 4 CS yang saya zoom-in tu. 4 CS = 4 minggu). Jadi, jangkaannya, minggu hadapan USD/CAD dijangka akan meneruskan kenaikannya. Itu sahaja. Senang kan? 🙂

>>> Kenapa Kami Hanya Menggunakan Chart Broker FxCitizen sahaja

Mungkin anda tertanya-tanya, Habis tu nak entry Buy di mana?” Jawapannya, anda perlu melihat movement dalam TF lebih kecil seperti Daily & H4. Kalau nak belajar skill ni sila KLIK SINI. Dengan praktis berterusan, anda boleh mendapatkan entry yang tepat tanpa banyak reversal. Barulah anda boleh JUAL DI PUCUK, BELI DI AKAR!

UPDATE HASIL ANALISIS DI ATAS (02 OGOS 2016)

cara-analisis-pergerakan-minggu-hadapan-dalam-forex-tradingUSD/CAD meneruskan kenaikannya seperti yang dianalisiskan. Ia telah naik sebanyak 117 pips (bulatan biru, High 1.3252 – Open 1.3135) sebelum turun membuat retracement. Kotak putih ialah candlestick semasa manakala kotak kuning adalah minggu selepas itu.

So, suka tak tips macam ni? Kalau suka, sila komen “WE WANT MORE!” ya haha 😉

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE post ni dengan rakan-rakan traders anda. 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

78 thoughts on “Cara Analisis Pergerakan Minggu Hadapan Dalam Forex Trading

  1. minggu nie lah aku beli TFS !!! Dah Jemu dah baca dengar Kejayaan org. Forex market nanti kau rasa…. hehehehe

  2. Saya dah bli..masalahnya dah lebih 10tahun tinggalkan buku..so…bila start study tu mata mula mengantuk..

  3. Please Post more Blog analysis like this. It really help us especially newbie in Forex. Thank you.

    We want more!

  4. Tuan..sy blom dapat lagi link untuk ebook percuma…ke sudah habis tempoh…heheheh

    1. tuan kena klik confirmation link. cuba check email tuan ya. tengok dlm inbox / spam utk email tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *