06/08/2025
1410

Ramai trader teringin kongsikan analisis mereka di Facebook / Telegram / Whatsapp dsb. Kesian saya pada trader yang tangkap gambar (pakai smartphone) skrin PC / Laptop mereka. Kan susah nak edit tu huhuhu… πŸ˜€ Ada yang guna fungsi melalui Metatrader 4 (Save As Picture) tapi itu lagi leceh. Ada cara yang lebih senang. πŸ˜‰

Jadi, kali ni saya hasilkan satu video panduan mudah untuk membuat screenshot analisis chart anda menggunakan PC / Laptop. Saya guna Windows 7. Selamat menonton πŸ™‚

>>> Akak Ni Kaut Profit 70% Sehari!

Kesimpulannya, untuk Windows, tekan butang PrtScn / PrtSc (Mac: Apple key ⌘ + Shift + 3), kemudian buka program Paint (Mac: Paintbrush, kena install dulu), dan Paste (CTRL + V untuk shortcut). Lepas tu, edit lah secukup rasa. Masa nak save tu, pilih format PNG ya sebab gambarnya lebih cantik berbanding format JPEG πŸ˜‰

Suka tak video tu? Kalau suka sila berikan komen ikhlas dalam ruangan komen di bawah ya. Kalau ramai suka next time saya boleh share lagi video yang lebih best dari yang ni. 🙂

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang orait.

Silakan SHARE video ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

6 thoughts on “Cara Buat Screenshot Chart Bagi Yang Baru Nak Belajar Forex

  1. Tq Cikgu Khalid ….first time tahu boleh screen shot guna pc…ingatkan dkt smartphone je boleh.
    Tq Cikgu

  2. Terima kasih. Sangat berguna. Baru tahu mac guna paintbrush. Sebab tak pernah install. Baru beli sejak harga mac jatuh. Buy at low. Keh keh keh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *