06/08/2025
jangan-trade-forex-guna-forex-real-account-premium-ecn

Jika anda membuka akaun FxCitizen, jangan sesekali memilih jenis account Premium ECN atau MAM! Ada banyak keburukannya. Saya pernah “bertukar” ke ECN disebabkan akaun saya telah melepasi had Standard atau Mini Account iaitu USD10,000.

Kenapa saya tak suka akaun ECN? Sebab…

TIADA ISLAMIC ACCOUNT!
Anda akan dicaj rollover fees bagi semua position yang tidak ditutup selepas US session close. Kalau Islamic Account anda tidak akan dicaj apa-apa.

IA HANYA MENAWARKAN PLATFORM 5 DECIMAL!
Kiraan 5 decimal adalah lebih mengelirukan dan sukar untuk dikira. Yang paling saya benci ialah pergerakannya di chart kelihatan seperti banyak, rupanya hanya decimal ke-5 sahaja yang bergerak. Ia membuatkan saya jadi serabut kepala bila tengok chart! Lebih baik guna platform 4 decimal, kurang sikit rasa “jiwa kacau” tu.

ANDA DICAJ DENGAN COMMISSION YANG TINGGI!
Walaupun spread ECN kecil tetapi anda akan dicaj dengan commission yang tinggi. Bagi setiap 1.00 lot, caj nya ialah USD10.00 sehari selagi anda tidak close position anda. Anda akan dicaj seperti rollover fee, iaitu pada setiap US session close.

MODAL PERMULAAN TINGGI DENGAN LEVERAGE YANG KECIL!
Leverage maksimum 1:200 dan minimum deposit USD3,000. Untuk Mini dan Standard Account, anda boleh bermula serendah USD50 sahaja jika anda membuka akaun melalui Introducing Broker (contohnya seperti kami, hehehe…).

TIADA BONUS DIBERIKAN UNTUK DEPOSIT!
Kalau Mini & Standard boleh dapat 30% atau 100% bonus di atas berapa deposit yang anda buat. Kalau depo USD100, margin anda akan menjadi USD130 (30% bonus). ECN tak bagi bonus langsung. Bonus memang tak boleh withdraw (tiada “cash value”), tapi ia boleh menguatkan margin anda. Kalau tak ada bonus memang rugi lah.

Nasihat kami, jika modal anda lebih besar daripada USD10,000, anda perlu membuka beberapa akaun. Jika anda ingin buka real account FxCitizen, sila pilih Mini atau Standard Account sahaja ya. Kalau forex demo account mana-mana pun tak kisah. Banyak kelebihan broker ni. Yang paling kami suka ialah bila withdraw duit akan masuk akaun dalam masa 24 jam. Setakat dah guna hampir 3 tahun ni mereka tak pernah gagal 🙂

Untuk mendapatkan panduan khas yang telah kami sediakan, sila klik banner di bahagian atas atau kanan blog ini ya. Ianya PERCUMA sahaja!

OK itu sahaja untuk post kali ini. Macam biasa jangan lupa SHARE dengan rakan traders yang lain sebelum mereka menyesal macam saya hehehe 😛

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

13 thoughts on “Jangan Trade Forex Guna Forex Real Account Premium ECN!

    1. Tak ada lagi buat masa ni tuan. Mungkin lepas Raya baru nak buat kelas. Ofis kami di rumah sahaja. Hahaha…

  1. terima kasih tuan atas info yg sangat berguna….buat masa sekarang sy guna XM.com…

  2. Saya hanya trade pada akaun demo,masih diperingkat belajar.Saya trade utk gbp/usd,bukak 2 akaun demo.1 broker pkai 5 decimal,1 broker pkai 4 decimal.set entry & tp pada snr yg sama.nilai 1 lot 1usd.kenapa dengan broker 5 decimal keuntungN lg banyak dr broker 4 decimal?harap dpt menjawab persoalan sy.trm ksh

    1. sebenarnya sama saja tuan. decimal ke-5 boleh diabaikan kerana nilainya kecil sahaja. 1 pips kalau decimal ditulis 1, tapi 5 decimal ditulis 10. utk newbies mahupun oldbies, guna 5 decimal lebih bagus. tq

  3. Makin banyak saya baca makin kurang ilmu saya ni, begitu banyak perkara perkara yg memerlukan perhatian , agak takut juga nak masuk forex ni . Kena banyak belajar niiiiiii Waaaaaaaaaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *