17/02/2025
traders-fair-malaysia-2020-blogpost-cover

Traders Fair Malaysia is back! Ini bukan event beshe-beshe k! ☝️

Finexpo, iaitu penganjur Traders Fair yang merupakan sebuah organisasi global, pada tahun ini bakal mengadakan Traders Fair di 5 buah negara iaitu Thailand, MALAYSIA, Filipina, Singapura & Vietnam.

Kita seharusnya bertuah kerana dalam banyak-banyak negara di dunia, Malaysia merupakan salah satu tempat persinggahan mereka. Yeah!!!

Traders Fair Malaysia 2020 bakal diadakan di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur pada 4 APRIL 2020. Ingat tarikh keramat tu ya!

Tahun ini saya diberi slot selama 2 jam juga, cuma pukul berapa tak pasti lagi. Nanti dah ada waktunya kami akan update blogpost ni ya.

Talk saya dalah PERCUMA! Tapi kena register dulu kat sini tau: https://malaysia.tradersfair.com

Serius, tahun lepas sambutan hangat giler! Seminar kami FULL HOUSE🔥🔥. Kalau anda tak percaya, boleh tengok gambar-gambar ni. 😱

full-house-tfs-price-action-trading-seminar-during-malaysia-traders-fair-2019
Seat penuh sampai ada yang berdiri selama 2 jam

NOTA: Saya akan mengajar dalam English tau. Tajuknya “FOOL PROOF NO BS PROVEN WAYS TO YOUR TRADING SUCCESS” 

khalid-hamid-seminar-during-traders-fair-malaysia-2019
Gambar ketika saya memberi talk tahun lepas

Selain daripada saya, sepanjang satu hari ini, ramai lagi speaker akan mengajar. Boleh rujuk jadual yang disediakan di laman web Traders Fair Malaysia ya.

traders-fair-2020-malaysia-qr-code
Anda boleh scan QR code Traders Fair ini untuk mendaftar secara pantas Nota Masa yang dipaparkan belum muktamad lagi ya
khalid-hamid-with-attendees-of-traders-fair-malaysia-2019
Beberapa peserta yang hadir Traders Fair Malaysia tahun lepas Terima kasih atas sokongan anda

APA LAGI YANG ADA DI TRADERS FAIR MALAYSIA?

1) PAMERAN DAN TAKLIMAT DARIPADA BROKER TERNAMA DUNIA

2) PERKONGSIAN ILMU DARIPADA PARA PENGAJAR TERKENAL TANAH AIR

3) CABUTAN BERTUAH YANG GRAND-PRIZE NYA SUPERBIKE🤑

4) DAPAT GOODIE BAG YANG ADA MACAM-MACAM DI DALAMNYA

5) PROMOSI DAN HADIAH ISTIMEWA TFS PRICE ACTION TRADING

Dan banyak lagi manfaat yang anda akan dapat. So, rugi besar kalau anda tak join! 😘

Ingat ya, event ni 1x je setahun. Apa salahnya korbankan 1 hari daripada 365 hari setahun anda tu untuk menyertai event berilmiah macam ni kan?

Apa-apapun, pastikan anda register dulu di sini orait: https://malaysia.tradersfair.com

Silakan SHARE this event dengan rakan-rakan anda. Semuanya 100% FREE, tapi manfaatnya infiniti. 

Terima kasih dan jika tiada aral melintang, kita jumpa di sana nanti ya. 😊

Oh ya, nanti bila pencalonan dah dimuktamadkan, jangan lupa vote kami DI SINI tau untuk Traders Awards 2020 (buat masa ini mereka belum update lagi).

khalid-hamid-with-traders-awards-best-trading-guru-trophies

KHALID HAMID @ MK, TFS PRICE ACTION TRADING
Pemenang Traders Awards Malaysia’s Best Trading Guru & Best Traders FB Community 2018 & 2019

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

3 thoughts on “Jom Ke Traders Fair Malaysia 2020 Pada 4 April 2020 Di KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *