06/08/2025
kesilapan-paling-besar-yang-forex-trader-sering-lakukan

Tahu tak apa kesilapan paling besar yang forex trader sering lakukan, yang akhirnya melingkupkan atau menjahanamkan akaun trading mereka?

Jawapannya adalah kerana mereka PROFIT SEDIKIT tetapi LOSS BANYAK!

Hah, macam mana tu? Begini…

Ramai trader suka kejar profit yang sedikit. Mereka selalunya mengejar 5 – 10 pips profit. Target mereka ialah nak profit sikit banyak kali. Pantang position Buy / Sell mereka bertukar menjadi profit, terus mereka rasa tak sabar-sabar nak Close Position. Masalahnya di sini, apabila mereka rugi, mereka lebur pula 30 – 50 pips.

Anda jangan sesekali trade macam tu. Bayangkan, kalau anda dah profit 5 kali sebanyak 10 pips, anda dah ada profit 50 pips dalam tangan. Betul?

Kalau anda Loss 1 Kali sahaja dah 50 pips, kesemua profit tadi akan lebur dan anda akan tinggal modal sahaja! Lebih parah dari itu, loss tersebut akan menghakis pula modal anda. Sia-sia sahaja anda profit 5 kali sebelum ni!

Inilah punca utama kenapa seseorang trader itu tidak pernah merasai nikmat profit dan withdrawal. Sebab bila mereka loss, mereka hilang kesemua atau sebahagian besar daripada modal mereka.

Forex Trading ni sama juga macam jenis-jenis trading yang lain. Terimalah kenyataan, LOSS MESTI ADA PUNYA! Mustahil tak ada loss. Kita kenalah realistik dalam trading. Sebab itulah profit kita kena sentiasa mengatasi loss (PROFIT > LOSS).

Contohnya, anda perlu mengejar profit 60 pips dengan risiko 30 pips. Ertinya, kalau Loss, anda loss 30 pips. Kalau profit, anda profit 60 pips. Anda kena sentiasa target untuk mendapatkan profit sekurang-kurangnya 2 kali ganda daripada risiko anda. Barulah anda boleh buat duit dengan forex ni. Barulah modal anda boleh berkembang pesat! Profit 60 pips tolak Loss 30 pips, anda masih ada nett profit 30 pips. Itulah yang kita nak, sebab tak ada trader yang boleh profit dalam kesemua trade mereka 😉

>>> Cara Lock Profit Dalam Forex Trading

Nak lagi senang faham, kalau gaji kita RM2,500 sebulan, tak boleh lah kita nak belanja RM5,000 sebulan kan? Gaji > Perbelanjaan barulah kewangan kita stabil ye tak 🙂

Sebenarnya banyak lagi kesilapan lain yang traders selalu lakukan, especially newbies.

Cara-cara untuk mengatasi semua kesilapan-kesilapan ini dan seterusnya menjadi SMART AND KNOWLEDGEABLE TRADER ada diterangkan dalam TEKNIK FOREX SEBENAR.

Sekiranya anda berminat, KLIK SINI untuk membuat tempahan.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE dengan rakan traders anda yang lain. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 😀

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

15 thoughts on “Kesilapan Paling Besar Yang Forex Trader Sering Lakukan

  1. Terima kasih tuan… Sy dah buat tempahan.. Hari ni sy pergi ambik buku TFS kat pejabat pos ke. Terengganu..

  2. Asslmu’alkm Tuan,
    muga sll sukses dlm urusan ygvberterusan,
    pertanyaan saya,boleh kah saya menempah hanya satu naskah buku TFS tu,
    Tq

  3. SETUJU……………….
    SANGAT SETUJU……………..
    SEMUA TIDAK BISA MENGHINDAR DARI LOSSSS………….

    SALAM TFS

  4. Asalamualaikum sifu.boleh tak sifu share cara kiraan pips setiap major pairs.saya belum pandai nak kira sifu.hehe

    1. ws tuan. senang kira, standard account volume (lot) 1.00 = USD1.00 per pips untuk pairs yang USD di sebelah kanan (xxx/USD). kalau harga EUR/USD contohnya naik dari 1.1000 kepada 1.1001, ia kenaikan 0.0001 atau 1 pips, so tuan profit USD1.00 terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *