
Sebenarnya saya dah pernah kongsi dah sebelum ni, tapi tak apa lah. Saya kongsi sekali lagi sebagai peringatan kita bersama ya. π
Sebelum buka Real Account, kenalah kuasai DEMO ACCOUNT terlebih dahulu. Sebelum trade Demo Account, kenalah ada ilmu. Bagaimana nak mula berlatih main basketball kalau kita tak dapat bezakan bola basketball dengan bola jaring kan? Hahaha…
Flow dia patutnya begini: ILMU > DEMO ACCOUNT > REAL KECIL > REAL BESAR
Logik di sebaliknya ialah, kalau Demo pun kita tak dapat kuasai macam mana nak trade Real Account? Real tu duit sendiri, bukan duit virtual. Kemudian, kalau real modal kecil (contoh USD50) pun tak boleh nak profit, takkan kita nak guna modal USD1,000 pula? Kecil tak boleh handle, besar lagi lah tak boleh handle ye tak?
Sebab itulah penting untuk ILMU FOREX TRADING anda betul-betul mantap dulu agar pelayaran dari demo ke real besar tu jadi lancar. Real Besar tu bukanlah kena modal sampai puluhan ribu, ia bermaksud modal maksimum ikut kemampuan masing-masing. Forex ni minimum USD50 pun dah boleh start dah.
Jangan jadi macam majoriti trader pula iaitu:
REAL BESAR > REAL KECIL > DEMO > ILMU
Maksudnya, terus trade Real Account modal besar sampai puluhan ribu USD. Disebabkan trade tanpa ilmu, modal makin lama makin susut, dan akhirnya habis. Bila dah habis modal, trade demo pula sampai mengalah. Akhir sekali, bila dah tak tahan, barulah nak cari ilmu. Ramai dah saya jumpa macam tu. Yang rugi sampai RM500,000 pun ada! Ini semua sebab ego nak “BELAJAR SENDIRI”. Jangan sesekali jadi macam tu, ok?
ANDA DAH BELAJAR TEKNIK FOREX SEBENAR?
Ia merupakan sumber ilmu forex trading yang mengajar anda A-Z mengenai forex. Daripada teknik, money management, kawalan emosi, pemilihan broker dan macam-macam lagi semuanya ada diajar di dalamnya. Analisis teknikal yang diajar sememangnya berkesan dan telah digunakan sejak 400 tahun dahulu lagi.
Oh ya, kami menyediakan jaminan pemulangan wang selama 90 hari (3 bulan). Lama lah tu kan? π
Jika anda belum memilikinya, anda masih boleh mendapatkannya DI SINI sementara stok masih ada dan promosi masih lagi berjalan.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer π
Yang Ikhlasβ¦
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.TFSPRICEACTION.com
Tips yg baik sekali Tuan
Terima kasih boss Zulkipli π
Tq masta d atas nasihat yg amat berguna
Tima kasih.. tuan Khalid tips terbaik saya akan baca berkali2 n ingatkan diri sendiri… terima kasih lagi skali tuan
TERIMA KASIH ENCIK KHALID NASIHAT YANG BERGUNA
Terima kasih tuan memberi peringatan…
Thanks Mr. Khalid, yes your right. I have both acc (Real & Demo)
Your tips are very useful. Thanks again. π
Demo acc pun mc….nak guna panduan apa utk berjaya
Ada ilmu baru boleh berjaya tuan. Baca post ni sebelum terlambat ya: http://www.forexsebenar.com/blog/belajarlah-ilmu-forex-trading-yang-betul-akan-ada-bezanya/
Tuan. Modal kecil $20 tak boleh ke?
Boleh tuan. Kena buka akaun dengan broker Liteforex ya. Google Liteforex utk info lanjut. Tq
terima kasih tuan. sangat bermanfaat.
Terima Kasih Master Khalid Hamid dgn NASIHAT yg sangatx10 betul..
Sama2 tuan π
salam bang khalid….maaf lambat baca….stiap kata2 yang bang khalid share saya ingat….bang khalid salah seorang trader saya hormat selain cg ayong saya…..saya skarang cube grow acc real bermula spuluh dollar….stiap ari saya cuba kutip 10usd…paling kurang 5usd….Alhamdulillah stakat ni bejaya lg…kadang2 terlebih profit…saya bersyukur…smoga bang khalid xpuas dalam menasihati saya sebagai trader baru….ada masa saya nak jumpa bang khalid…kalu bang khalid sudila jumpa trader baru mcm saya….hehehehe….skali lagi terima kasih bang khalid…
Terbaikk Bro,
InsyaAllah Tuan sy mmang tringin sngt mmilki ilmu TFS ini .
mcm mna nk set current prices dlm meta4..
current price = harga semasa. buka chart dan tengok je la kat harga. berapa harga yg dipaparkan, tu lah harga semasa