Salam sayang semua. Terima kasih kepada 7,212 orang yang sudi follow saya. Mungkin tidak sebanyak Ayda Jebat, tapi saya tetap bersyukur dan akan sentiasa berkongsi perkara bermanfaat serta berilmiah dalam posting posting saya. π
Saya selalu fikir post saya ni tak ada siapa yang baca, dan tak mungkin hidup seseorang akan berubah dengan hanya membaca post saya. Tetapi… saya lupa bahawa hidup saya berubah pada hari ini pun kerana saya banyak membaca suatu ketika dahulu (zaman tu tak canggih macam sekarang). Salah satu buku yang mengubah hidup saya ialah buku tuan Azizi Ali, Millionaires Are From Different Planet. Free je sebab pinjam buku dekat library UM. Atas kesedaran itulah, saya akan terus berbakti kepada mereka yang nak mengubah hidup mereka ke satu tahap yang lebih tinggi dalam hidup mereka π
Zaman sekarang jauh lagi senang nak berjaya sebab ilmu tersedia di hujung jari. Saya dulu belajar pakai desktop lagi, tumpang makmal komputer. Student sekarang dah advanced pakai laptop. Smartphone pun ada. Zaman saya mana ada semua tu. So, anda ada data, smartphone, unlimited wealth of knowledge (via google, blog, artikel dll), adalah mustahil kalau anda tak boleh tukar semua tu kepada KEKAYAAN. Jika anda sedang berada dalam masalah kewangan ketika ini, fikirkan apa yang anda ada di tangan dan gunakanlah ianya untuk menjana pendapatan. Just start with what you have! Ramai saya tengok pakai smartphone untuk stalking kat FB & IG je huhu…
Setiap tahun, semua orang ada azam. Tapi, adakah anda menuliskannya? Jika belum, tuliskan dan belajar untuk meluahkan perasaan dalam buku. Apa anda nak capai dalam hidup, cabaran yang sedang anda lalui, penghinaan dari ex-girlfriend anda, TULISKAN. It took me years to figure this out. π APA YANG ANDA TULIS AKAN JADI KENYATAAN! Ingat, kena tulis tau. Tak main lah taip dalam notepad save dalam smartphone… π
Intipati pesanan 2016 saya adalah “JADILAH KEDUA-DUANYA”. Apa yang saya maksudkan dengan JADILAH KEDUA-DUANYA? Begini…
1) Ada yang miskin tapi baik, ada yang kaya tapi jahat. Pilihlah untuk jadi kaya DAN baik
2) Ada yang bekerja, ada yang bisnes. Pilihlah untuk bekerja DAN buat bisnes
3) Ada yang kaya tapi kedekut, ada yang miskin tapi pemurah. Pilihlah untuk jadi kaya DAN pemurah
4) Ada yang bisnes makanan, ada yang bisnes minuman. Pilihlah untuk buat bisnes makanan DAN minuman
5) Ada yang ada duit tapi tak ada masa, ada yang ada masa tapi tak ada duit. Pilihlah untuk ada duit DAN ada masa (projek belum siap saya, www.kayamuda.com huhuhu…)
Kesimpulannya, tak perlu pilih salah satu. Boleh je jadi kaya dan beriman / baik. You can enjoy the benefits of both worlds. Kalau anda ada contoh sila kongsikan dalam komen π
Sebagai penutup, saya ingin kongsikan sebuah quote powerful dari Napoleon Hill iaitu:
βMore gold had been mined from the mind of men than the earth it self”
Maksudnya, minda anda boleh menghasilkan lebih banyak emas daripada kesemua emas yang ada di dalam perut bumi. Ingat, MINDA ANDA! Segalanya bermula dari situ. π
Sekian terima kasih, selamat maju jaya dan let’s achieve more success in 2016!
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips buat duit yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlasβ¦
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
www.KayaMuda.com
4 thoughts on “Pesanan 2016 Dari Khalid Hamid Pengasas Teknik Forex Sebenar”