Mungkin anda tertanya-tanya, ada tak trader dari Malaysia yang dah jadi jutawan melalui program Axi Select ni?
Jawapannya ialah ada! Sejak program ini bermula pada tahun 2023, bulan Mei 2025 yang lepas kita dah ada trader dari Malaysia yang berjaya mencapai tahap USD $1 JUTA!
PERINGKAT DALAM AXI SELECT
Sebelum tu, ini adalah apa yang telah beliau lalui untuk bergelar jutawan USD melalui AXI SELECT.

INI DIA JUTAWAN AXI SELECT PERTAMA DI MALAYSIA!

Sekalung tahniah diucapkan buat puan Sofea / Looi Sook Yen kerana telah berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama yang mencapai tahap tertinggi dalam program ni!
Saya cuba juga “google” untuk mencari info lebih lanjut tentang beliau, tapi ternyata beliau merupakan seorang silent trader yang hebat. Tak banyak info yang saya jumpa.
VIDEO INTERVIEW BERSAMA PUAN SOFEA
Kalau anda nak ilmu macam mana nak capai tahap tertinggi dalam program ini, jemput tonton temu ramah beliau bersama KATHY LIEN di atas.
Video temu ramah tersebut berdurasi 18 minit sahaja, tetapi ada banyak tips yang mereka kongsikan!
Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, yang telah menjadi trader selama 15 tahun, dan hanya trade satu instrumen sahaja iaitu Gold.
PAYOUT LUAR BIASA JUTAWAN AXI SELECT MALAYSIA

Selain bergelar jutawan USD, beliau juga telah menjana payout lebih USD $108,000 dalam bulan Mei 2025.
Perghhh, gila lumayan kan? Dekat setengah juta MYR tu! Apapun, program ni dianjurkan oleh broker terkenal dunia iaitu broker Axi. Payout besar pun tak ada masalah untuk mereka bayar.
Semoga kejayaan puan Sofea menjadi inspirasi buat kita semua. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai program Axi Select, boleh baca post ni.
PENUTUP
Di Malaysia ramai silent trader yang hebat, contohnya macam Sofea ni. Semoga beliau terus berjaya dalam kerjaya trading beliau.
Siapa tahu, beliau mungkin bergelar pengajar atau mentor trading juga suatu hari nanti untuk membimbing traders yang lain supaya jadi hebat macam beliau.
Doakan saya berjaya jadi “lelaki Malaysia pertama” menjadi jutawan Axi Select ya. Hahaha~!
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.
1 thought on “Siapakah Jutawan AXI SELECT Pertama Dari Malaysia? Ini Dia!”