19/05/2025
cara-buat-profit-banyak-dalam-trading-setiap-minggu

Bagaimana cara buat profit banyak setiap minggu?

Blogpost kali ini ringkas sahaja, dan semoga dapat memberi anda idea untuk mencapai objektif di atas.

CARA BUAT PROFIT BANYAK SECARA MINGGUAN

gambar-pancing-ikan-kecil-untuk-dapat-ikan-besar

Caranya ialah “pancing ikan kecil, kemudian gunakan ikan kecil sebagai umpan untuk menangkap ikan besar”.

Maksudnya, anda kumpul profit kecil dahulu di awal minggu, kemudian di akhir minggu (akan diterangkan di bawah), anda risikokan kesemua profit tersebut.

CONTOH PENGIRAAN CARA BUAT PROFIT BANYAK DALAM SEMINGGU

Katakan modal anda $200. Anda risk 10% sehari (-$20), untuk mendapatkan reward 20% – 30% sehari ($40 – $60).

Maksudnya, reward anda 2R – 3R.

Katakan pada hari Isnin hingga Rabu, anda berjaya mengumpul profit sebanyak $100.

P/S: Kalau modal kecil, memang normal untuk risk 5% ke 10% sehari.

HARI TERBAIK UNTUK CARA BUAT PROFIT BANYAK

Hari terbaik setiap minggu ialah Rabu dan Khamis.

Jika ilmu dan skills anda bagus, anda akan lebih mudah profit dalam New York session pada kedua-dua hari tersebut.

Menyambung contoh sebelum ini, equity (modal + profit) anda ialah $300.

Anda akan risikokan $100 sahaja, iaitu profit terkumpul anda.

MODAL MENJADI DUA KE TIGA KALI GANDA

cara-grow-akaun-dengan-cepat-buat-profit-banyak-dalam-satu-minggu-sahaja

Jika trade anda berjaya, anda akan meraih profit sebanyak $200 – $300, iaitu 2R – 3R dari risiko anda (-$100).

Jika tak berjaya? Anda loss profit terkumpul anda, tetapi masih berbaki modal $200. Anda masih boleh trade pada hari-hari berikutnya.

Inilah cara paling cepat dan selamat kalau nak grow akaun anda. Jangan risikokan kesemuanya. Bukan setiap hari kita akan menang (profit).

PETIKAN BUKU TFSPAT PACER

Risk Management Strategy (RMS) ini telahpun diterangkan dalam buku TFSPAT PACER di muka surat 341.

Ia dikenali sebagai RMS #3 BUDAK NAKAL (Pengorbanan Profit).

cara-buat-profit-banyak-dalam-seminggu-tfspat-pacer-rms-#3-budak-nakal-pengorbanan-profit

NAK BELAJAR CARA BUAT PROFIT BANYAK SETIAP HARI?

poster-tfspat-rage-risk-all-gain-exponentially

Sertai program TFSPAT R.A.G.E.!

Anda akan belajar cara yang tepat untuk grow modal kecil menjadi besar dalam masa yang singkat.

Untuk info lanjut dan pendaftaran, boleh terus ke laman R.A.G.E. di sini.

PENUTUP

Cara paling selamat dan pantas untuk grow account anda ialah dengan merisikokan profit terkumpul.

Kumpul profit pada awal minggu, kemudian risikokan kesemua profit tersebut di akhir minggu.

Kalau menjadi, dapat untung besar dan grow lebih cepat. Kalau tak menjadi, anda masih ada modal asal untuk cuba lagi pada minggu berikutnya.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

6 thoughts on “Cara Buat Profit Banyak Dalam Trading Setiap Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *