Dalam post sebelum ini (yang saya tanya nak buat apa kalau anda ada RM 30 juta tu), ramai yang kata akan guna untuk MELABUR DALAM EMAS, tapi tahukah anda ia merupakan satu pelaburan yang sangat merugikan!
Tengok rajah tu. Kalau anda beli emas 999 10g hari ni RM 1,515, on the spot anda terus rugi RM 121 (8%) disebabkan oleh SPREAD (beza harga jual vs beli). Itu emas 999. Kalau emas 916 (barang perhiasan) pula, spread “trade-in” selalunya 15-20% daripada harga anda beli. Maksudnya, kalau on the spot anda beli kemudian nak trade-in, nilainya akan jatuh 15-20% (upah barang perhiasan kira belanja hangus lah ye, sebab emas 916 ni ada harga upah + emas tu sendiri). Itu baru TRADE-IN.
Kalau anda nak jual emas tu secara tunai, lagi parah sebab tokey emas ambil jauh lebih rendah dari tu (drop value sekitar 30-40%). Itu belum masuk lagi tokey cakap “owh you punya emas ini brand tak laku punya lah. kualiti tak baik. sebab tu i ambil murah” (padahal patut semua emas sama je ye tak?). Kalau tak percaya, anda boleh tanya sendiri di kedai-kedai emas berhampiran anda tentang harga beli VS jual ni.
Habis tu, apa bezanya dengan kereta? Beli hari ni esok value drop 20% dah. Kalau jual cash dapat jauh lagi sikit. Sama je lah ye tak?
“KO APA TAHU. MEMANG LAH ON THE SPOT AKAN RUGI. KENA BELI LEPAS TU HOLD. EMAS NI LONG TERM LAH!”
Baiklah. Sekarang bayangkan anda beli emas masa zaman kemuncaknya iaitu September 2011. Masa tu harga tertinggi emas setiap ounce adalah USD 1,920. Kalau anda beli pada waktu tu dan hold sampai sekarang (harga semasa USD 1,150), anda sedang mengalami kerugian USD 770 atau 40% dalam masa 4 tahun. Tak cukup lama lagi ke tu? Nak long term berapa lama lagi untuk cover balik Loss tu pulak?
Mereka-mereka yang untung emas sekarang ni dah beli emas 10 – 20 tahun yang lepas, itu pun untung sikit je pasal kalau jual / trade-in tokey emas tak akan ambil nilai tinggi disebabkan oleh spread dan juga atas budi bicara tokey emas tu sendiri. Jadi, kalau anda tak akan guna duit anda untuk jangkamasa yang lama, bolehlah beli emas.
Untuk dana kecemasan, emas langsung tak sesuai sebab nilainya makin lama makin drop, dan kalau nak dicairkan pun pembeli akan main harga dengan anda. Anda akan ditekan untuk jual emas anda pada harga yang serendah mungkin. Pasti anda akan rugi besar!
“EMAS NI SUATU HARI NANTI DIA AKAN NAIK PUNYA!”
Saya juga percaya, tetapi persoalannya BILA? Dalam jangkamasa terdekat saya tak nampak lagi. Lihat analisis yang saya buat, harga masih lagi dalam Bearish mode (trend menurun) sejak 2011. Setiap bulan sejak Mei 2015 ia turun lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Belum ada lagi tanda-tanda market akan membuat reversal untuk naik semula dalam masa terdekat. Kalau anda nak beli emas, sekali lagi tanyakan diri anda, adakah anda akan menggunakan duit tersebut dalam masa terdekat?
“NAK UNTUNG EMAS TAKAT BELI SIMPAN MEMANG LAH LAMBAT. KITA KENA OVERLAP GUNA AR-RAHNU LAH BAGI DIA BERANAK LAGI BANYAK!”
Ar-Rahnu adalah sistem pajakan Islam, di mana emas boleh dipajak untuk dapatkan tunai sekitar 60% daripada nilai emas yang dipajak. SETIAP BULAN kena bayar 0.7% upah simpan. Ada yang overlap berlapis-lapis sampai beratus ribu. Contohnya daripada RM 10,000, bila pajak dapat RM 6,000. RM 6,000 cash tu buat beli emas lagi dan ulang proses sama berulang kali sampai tahap dah tak boleh nak overlap.
Jangan lupa, hakikatnya semua itu adalah HUTANG yang perlu dibayar balik! Kalau dah sebulan 0.7% kena bayar upah simpan, setahun dah 8.4%. Over the past 4 years, value drop 40%. Makin lama dah la nilai emas makin susut, kena pulak bayar upah simpan 8.4% setahun! Tak ke sia-sia tu? Kalau anda “lipat” sampai RM 100,000, sebulan bayar upah saja dah RM 700. Berapa lama larat nak bertahan begitu untuk sesuatu yang “makin lama makin susut nilai”? Bila tak dapat bayar, akhirnya ramai yang jatuh muflis. Ye lah, duit dah habis, upah simpan pun tak mampu nak bayar kan.
“DALAM ISLAM CAKAP SURUH SIMPAN EMAS WOI!”
Ya, memang lah. Ada beza LABUR EMAS vs SIMPAN EMAS. Bila kata “LABUR” tentulah kita mengharapkan pulangan. Kalau simpan ni kita tak harapkan apa-apa pulangan. Anda simpan duit tunai kat bank pun anda tak harap apa-apa pulangan kan? Kalau hari ni beli esok nak jual harga drop sampai 20% pelaburan apa namanya tu? Baru start dah rugi dah. Kalau anda nak cairkan emas tu pun kena tukar dengan tunai juga akhirnya. Takkan beli jajan bayar pakai emas kot? Bila tukar cash memang gila-gila lah kena tekan.
Jemput SHARE post ni dengan masyarakat di luar sana mengenai emas. Ramai yang masih taksub dengan emas. Sekali lagi saya tegaskan, ada beza LABUR vs SIMPAN emas. Jika anda pelabur “surface” (yang tak ada ilmu mendalam tentang pelaburan emas), elok jangan melabur dalam emas berdasarkan fakta-fakta yang saya kemukakan. Kalau anda advanced gold investor, mungkin ada lubang dan lubuk emas lain yang mungkin saya sendiri pun tak tahu. Apapun, pastikan anda cukup berilmu sebelum melabur ya.
TIPS: Kalau nak beli emas, tanya banyak-banyak kedai sebab lain kedai lain harga. Harga tu boleh nego. Harga emas yang murah ada di Kelantan, tapi saya tak pasti kenapa di sana boleh jual lagi murah dari KL / Selangor.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
4 thoughts on “Tidak Seperti Forex, Emas Adalah Pelaburan Yang Merugikan!”