07/08/2025
tips-ftt-cikgu-juhary-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-1

Workshop Teknik Forex Sebenar (TFS) Sabah telah diadakan 04 Mac 2017 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Dah hampir 4 tahun ia tidak dibuat di sini.

Selain Khalid Hamid yang mengajar, setiap workshop TFS kita akan panggil trader berpengalaman underground (dan juga terkenal, hehe) untuk memberikan perkongsian bermanfaat selama 1 jam.

Pada hari tersebut, kami telah menjemput sifu Cikgu Juhary Julai atau lebih dikenali sebagai CJJ. Beliau diterbangkan khas dari Kuching, Sarawak. Teknik trademark beliau ialah Teknik 7 Petala Langit dan Bumi. 🙂 “Otai” dalam TFS tuan Mohd Hanafi juga turut memberikan perkongsian bermakna dalam workshop berkenaan. Kedua-dua mereka merupakan Full Time Trader (FTT). 

Berikut merupakan intipati perkongsian mereka tempoh hari:

1) lmu forex boleh dapat free, tapi macam mana anda nak tahu ianya boleh dipercayai atau tidak? Dengan mempelajari ilmu berbayar, kita boleh buat pengesahan. Takkanlah ilmu berbayar tu diorang baru nak test drive ye tak?

2) Trader perlu kenal personaliti & trading style mereka (scalper, day, swing atau position trader), kerana tiada 1 style yg sesuai untuk semua.

3) Asingkan akaun untuk personaliti yang berlainan. Jangan gunakan satu akaun sahaja (nasihat ini untuk trader yang dah advanced sahaja).

4) Forex ni macam mana pun akhirnya berbalik kepada MONEY MANAGEMENT SAHAJA, iaitu bagaimana kita mengawal aliran keluar masuk modal kita.

5) Prinsip beliau dalam trading ialah DEPO KECIL, WITHDRAW BESAR!

6) Teknik paling power yang sentiasa tidak mengecewakan beliau? Bullish / Bearish Engulfing di TF Daily. Kenapa pilih Daily? Sebab sekali trade makan profit ratus pips terus, tak perlu trade banyak kali. Fokus kepada major pairs sahaja sudah memadai.

7) Kuasai ilmu candlesticks dan SNR. Dua teknik tu sudah cukup bagus.

8) AUD & NZD susah nak profit kalau sell. Lagi senang profit kalau buy, sebab mereka punya interest rate adalah yang tertinggi ketika ini. Currency tersebut sentiasa menjadi pilihan big traders untuk Buy (carry trade).

9) TIPS MAHAL: Bila CS semasa melepasi High / Low CS sebelumnya (di semua TF), ia petanda awal harga nak terus pergi ke arah tersebut.

10) TIPS MAHAL: Pagi market tak gerak sangat. Petang – malam baru market mula bergerak laju. Jadi, trade pada waktu ini lebih cepat & mudah untuk profit.

11) Elakkan sindrom “asal buka chart je nak entry, asal buka chart je nak entry, asal nak entry je buka chart”. Kita bukan market marker. Modal USD 50 ada harapan nak gerakkan market USD 5 Trillion ke? Hahaha… jadi, follow the flow.

12) Major news menggerakkan market, dan untuk memahami ilmu fundamental dengan lebih mudah, kita perlu faham MONETARY POLICY sesuatu negara.

13) Pelabur JPY kebanyakannnya melabur di luar negara, kerana interest rate mereka -0.1% ketika ni. Maksudnya, rakyat mereka simpan duit di bank, mereka pula yang kena bayar bank. Terbalik pulak! Sebab tu mereka invest di luar Jepun. Selain itu, negara pengeksport seperti Japan lebih suka matawang mereka lemah kerana mereka akan dapat hasil yang lebih bila eksport barang mereka.

Saya dapat rekodkan perkongsian beliau dengan bantuan workbook TFS ni. Dah la siap dapat pen, non-woven bag & t-shirt eksklusif TFS plak tu. Perghhh 

tips-ftt-cikgu-juhary-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-2

Otai TFS tuan Hanafi merupakan seorang pesara tentera yang telah berjaya menjadi Full Time Trader. Beliau telah bersama TFS sejak tahun 2012 dan telah membantu saya menganjurkan seminar di Sabah pada tahun 2012 – 2013. Saya terharu beliau masih menyimpan baju kemeja limited edition TFS. ☺️

Beliau banyak tekankan soal Money Management. Beliau turut menekankan supaya trader trade mengikut trend, bukannya melawan trend dengan harapan position kita akan mengubah arah market. Beliau hanya menggunakan asas dalam TFS sahaja untuk trade. Beliau percaya matlamat kita semuanya sama iaitu kita nak PROFIT. Jika ada cara mudah dan masuk akal, kenapa tak nak guna?

tips-ftt-cikgu-juhary-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-3

Itulah dia serba sedikit perkongsian mereka. Itu baru kejap je tu dah belajar macam-macam. Bayangkan apa anda akan belajar dalam workshop sehari suntuk? Haa….

tips-ftt-cikgu-juhary-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-4

NAK JOIN WORKSHOP TFS SETERUSNYA PADA MEI 2017?

tips-ftt-cikgu-juhary-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-4

Next workshop di Miri pada 14 Mei 2017. Promosi TFS juga akan dibuat di sana bagi mereka yang mahu mendapatkan TFS. Info lanjut >>> KLIK SINI

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. Banyak nasihat ada dalam tu.

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer

Yang ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

12 thoughts on “Tips FTT Cikgu Juhary Dalam Workshop Teknik Forex Sebenar

  1. Assalamualaikum tuan..
    Sye nk tnya.. Hmm tuan ade ckp”Bila CS semasa melepasi High / Low CS sebelumnya (di semua TF), ia petanda awal harga nak terus pergi ke arah tersebut” soalannya.. Klo cs tu dh lpas dri cs sbulmnya tp close sebagai rejection.. Mcm mne ye..?? Sye keliru..

    1. ws. ya soalan yg baik. sebab itu kena tunggu CLOSE dulu. kalau sekadar rejection, tak ada confirmation lagi. mungkin ia nak ke arah bertentangan. always tunggu close, sebab bila dah close, baru kita tahu “cerita selanjutnya” okeh 😀

  2. Assalammualaikum tuan..Saya berumur 20 tahun dan saya betul2 nak ilmu forex tuan..saya dah tengok bermacam-macam video tuan dekat youtube..tapi saya dah trade tetap tak menjadi..boleh x tuan beri tunjuk ajar di whatsapp..saya teringan nak ke class tuan tapi tak berduit nak pergi..Saya tinggal di melaka..

    1. ws tuan Rahman. kena belajar secara formal lah. maaf tiada pengajaran melalui whatsapp. aduh boleh ke ajar forex pakai whatsapp? ajar depan2 pun orang tak paham hahaha… ada modal kena labur kat ilmu dulu, baru labur kat market. takde modal, cari modal dulu. tak nak cari modal, selongkar lah 1,001 ilmu yang ada dalam internet seperti babypips, carigold dsb ya. ada sebab kenapa yang mengajar ni caj yuran, sebab ia bukannya mudah. banyak perkara perlu dikorbankan. segala pertanyaan akan kami jawab selagi mana anda commit nak kuasai fx trading ni orait. masuk tadika pun kena bayar kan kalau tak siapa nak mengajar hehehe…

  3. asalammualikum tuan khalid,nma sy Hakim umur 19 dh trade forex selaman6 blan,sy nk tnya stu soalan, contoh sy tgk weekly candle close sbagai bullish pda mnggu lepas, dan hrga pda mnggu ni akn dijangka naik,tpi sblum naim dia akn retrace dlu,jdi bolehkah sy trade hnya berpndukn tf weekly, atau sy patut berpndukn tf daily mna lbih baik bagi pendapat tuan khalid

    1. salam. tak boleh tuan. kena follow daily ya. sebab weekly movement dia besar tu. tq

  4. Salam tuan..
    Di D1bullish
    H4 bearish

    Macam mana tu tuan..nak open sell ikut h4 atau buy ikut d1.

    Mohon penjelasan..

    1. salam. always follow daily. kalau h4 bearish, maknanya nak turun lagi tapi jangan sell. sebab mungkin turun sikit saja sebelum naik semula ikut daily. tq

  5. Hi Mr Khalid Hamid.I would glad to enroll in your trading class in malaysia either in Ipoh or penang as I am orang Perak.Do u have any class coming in soon.

    1. Hello Mr Gurdeep yes please join Traders Fair in KL this 27 April 2019. Sorry we don’t do programs out of KL for Peninsula Malaysia. Thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *