Selasa ni, 8 November 2016, warga US akan ada pilihanraya untuk memilih Presiden baru menggantikan Barack Obama. Calon-calonnya mesti anda dah tahu siapa kan? Mewakili Parti Democratic ialah Hillary Clinton manakala Parti Republican diwakili oleh “You’re Fired!” Donald Trump.
Kenapa Barack Obama tak bertanding lagi? Sebab undang-undang negara mereka tidak membenarkan seseorang itu menjadi presiden lebih dari dua kali. Beliau dah jadi presiden selama 2 penggal berturut-turut. So, cukup-cukup lah tu ye tak? Hahaha…
Tahukah anda, bahawa simbol Democratic Party ni adalah seekor keldai? 😂
Republican ok sikit, simbol mereka gajah. Beginilah rupa simbol-simbol mereka…Â 😝
Now anda kutuk parti PAS simbol bulan, DAP simbol roket, PKR simbol mata & BN simbol dacing?! Tengok simbol siapa lagi kelakar sekarang? Muahaha…Â 😈
Ok ok saja nak melawak. Sekarang jom baca fakta yang lebih penting! 👍
So, anda tentu nak tahu apa bakal jadi minggu ni kan? Senang je. Ingat gini:
Democratic (Hillary Clinton) = Parti kerajaan
Republican (Donald Trump) = Parti pembangkang
Kalau Hillary menang, USD bullish. Jadi USD/XXX (seperti USD/JPY & USD/CHF) akan terbang, manakala XXX/USD (seperti EUR/USD & GBP/USD) akan turun menjunam. Kalau Trump menang, USD akan bearish. Keadaan sebaliknya akan berlaku.Â
“KENAPA JADI CENGGITU PLAK ABANG LID?”
Sebab traders dan investors tak sukakan KETIDAKTENTUAN atau UNCERTAINTY. Jika Trump menang, Trump ni mewakili Pembangkang yang akan “mengambil alih” tampuk pemerintahan daripada parti pemerintah sedia ada. Jadi, besar kemungkinan banyak polisi negara mereka akan ubah, yang tentunya akan menjejaskan keyakinan trader dan pelabur. Ini kerana mereka tak ada track record. Pelabur tak tahu samada mereka ni boleh memerintah negara dengan lebih baik atau tidak.
Sebaliknya, kalau Clinton menang, semuanya lebih kepada “meneruskan legasi sedia ada” sahaja. Saya dengar dalam berita pun kata Hillary akan mengekalkan 90% polisi sedia ada. Berdasarkan track record pun pelabur akan rasa lebih selamat. Kan?
“AGAK-AGAK SIAPA MENANG EK?”
Wahahaha orang US sendiri tak tau inikan pula saya yang dok KL nih. 😅
Serius, pertandingan kali ni sengit. Online polls setakat ni Clinton mendahului. Ala, tapi itu online je pun. Ia tidak memberi apa-apa makna terhadap undian sebenar nanti. Kedua-dua calon ada manifesto hebat, dan juga kontroversi masing-masing. Kita yang tak tau mende nih tak payah la fikir siapa akan menang.
Cukuplah sekadar kita tahu apa akan jadi kalau diorang menang. Orait?
Analisis teknikal forex ini juga sangat menarik untuk dihadamkan.
Jika anda nak tahu tentang US presidential election dengan lebih lanjut KLIK SINI
“ABIH TU CAMNE NAK TRADE NI?”
Lebih baik sayangi modal anda dan elakkan trade ketika market bergelora ni. Kalau nak trade pun, gunakan sebahagian kecil sahaja daripada modal anda. Jangan pergi hentak lot gaban pulak. Takpe la bila “laut dah tenang” boleh je trade balik kan. 🙂
Akak Ni Profit 70% SEHARI Woo!
Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan traders anda yang lain orait. Bimbang ada yang “dibadai ombak” akibat tak tahu apa-apa. 😀
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

Thanks info…time x jd trader x kisah sgt pun apa keputusannya bila dh join ni kena la amik tau…ye idak…bahaya tu…
Yup. bila jadi forex trader ni bisnes kita international so benda2 mcm ni memang akan ada impak, so kena ambik tau. bila sembang kat kedai kopi kita sembang isu-isu camni meja sebelah sembang pasal suri hati abang pilot semua terlopong je lah hahaha
Pair lain selain usd mcm eur/aud ke nzd/jpy ke tu nnti ada terkesan juga ke masta..
sudah tentu tuan sebab US ni kuasa besar dunia
T.kasih info ini sangat berguna…
Terima kasih abg khalid hamid, setiap info yg dkongsi amatlah manfaat bagi kami. Salam dari Brunei Darussalam
Salam, info yg sangat berguna utk panduan kita trade. Mohon tunjuk ajar sifu….
Assalamualaikum
Sy setuju dng cadangan tuan supaya tidak trade dlm minggu ini buat apa nak bagi akaun hancus. Biar Elections kt US tu clear baru kita trade semula tu pun sy kira kene berhati-hati juga sebab belum stabil lagi untuk pasaran trade dunia.
Tq Tn bagi info yg berfaedah kepada sy yg baru mula belajar trade.
Assalamualaikum
miggu ni laya acc demo sudah la…
Minggu ni kita rest
bagus info ni…kalau berani kita terjun dgn labu labunya
Terima kasih …..info berguna.hati-hati trade minggu ni.
Assalamualaikum…info terbaik & sgt brguna tuan tima kasih
Terimakasih TFS Terbaik adalah orang bijak
Terimaksih TFS memang Sangat Bijak
Terima kasih Tuan sebab share info ni…harap Tuan dapat share info lagi pada saya
Terima Kasih
Thanks for the good info sifu khalid, saya dpt link ni drod kawan saya, mcm mana saya nak dptkn email drpd sigu khalid selalu ya..?ad kena isi borang x..? saya pon baru nak berjinak2 dgn forex ni slpas belajar dr tfs khalid
salam tuan wan. owh nak email dari kami boleh masukkan email dalam kotak merah tu ye. nanti dapat sekali ebook percuma TFS 95 muka surat. PERCUMA tapi banyak ilmu di dalam nya! 🙂
This is a comment to the Waspada Trade Forex Minggu Ni Sebab US Presidential Election | Blog Teknik Forex Sebenar Belajar Forex Dalam Bahasa Melayu Oleh Khalid Hamid webmaster. Your website is missing out on at least 300 visitors per day. Our traffic system will dramatically increase your traffic to your site: http://segundaibc.com.br/go/1i – We offer 500 free targeted visitors during our free trial period and we offer up to 30,000 targeted visitors per month. Hope this helps 🙂 Unsubscribe here: http://pcgroup.com.uy/2a