07/08/2025
anda-mahir-analisis-teknikal-anda-boleh-trade-semua-market

INDEKS BURSA MALAYSIA TURUN LEBIH RENDAH KE 1,562.88 HARI INI!

Ini analisis saya Sabtu lepas 15 Ogos untuk KLCI & USD/MYR:

Analisis KLCI & USD/MYR Khalid Hamid 15 Ogos 2015

Setakat hari ini ia berada di landasan yang tepat. KLCI masih tak henti-henti turun mencipta harga terendah (Low) yang baru, manakala USD/MYR terus naik lagi. Perasan tak, bila kadar tukaran melepasi 4.00, dengan pantas ia terus naik lagi? Macam saya ceritakan sebelum ni, harga 4.00 per USD adalah harga psikologi (Big Round Number). Bila harga dah lepas halangan (Resistance) ni, memang kejap je dia akan kejar Resistance seterusnya di 4.20. Tak sampai seminggu tu dari 4.00 ke 4.11. Perghhh…

Itulah, bila kita faham analisis teknikal, kita boleh buat analisis pada semua market. Saya bukannya pakar ekonomi atau rajin baca berita pun, tapi saya tahu buat analisis teknikal. Jadi, walaupun tanpa mempunyai “insider information” atau “kuat baca berita”, sebagai trader saya tetap boleh buat “informed decision”.

Teknikal dah pun mewakili sebahagian daripada fundamental. Pernah dengar tak teori “price discounts everything”? Kalau tak pernah, anda boleh baca DI SINI ya 🙂

Kalau anda nak jadi trader yang profitable, kuasailah analisis teknikal. Cukup faham Candlesticks & Support and Resistance dah memadai. Ia boleh digunakan pada semua market. Anda pilihlah market yang anda suka. Macam saya, saya pilih forex trading 🙂

Nak tengok saya buat analisis pada harga minyak dunia tak?

SILA KOMEN >>> “Saya Nak!“, cukup 50 komen saya post yer 😀

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE analisis ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

P/S: Kredit chart interaktif kepada INVESTING, sangat mudah dan cepat digunakan untuk semua jenis komoditi dan market di dunia.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

4 thoughts on “Anda Mahir Analisis Teknikal, Anda Boleh Trade Semua Market!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *