06/08/2025
darwinex-zero-ranking-mk-nombor-10-dari-9000-trader-dunia-cover

Pernah tak dengar tentang Darwinex Zero? Kalau tak pernah, baca post ni betul-betul ya.

Sebab anda boleh dapat modal besar dan payout melalui D-ZERO ni!

APA ITU DARWINEX ZERO?

apa-itu-darwinex-zero-homepage

Darwinex Zero ialah program langganan bulanan untuk mengukur kemahiran anda sebagai seorang trader.

Anda akan diberi modal trading virtual sebanyak USD $100,000 untuk membuktikan kemampuan anda.

Yuran bulanan yang dikenakan cuma EUR 38.00 sahaja (dalam MYR 190.00).

Bila prestasi anda terbukti bagus, anda akan diberi modal trading untuk diuruskan.

CARA DAPAT MODAL MELALUI DARWINEX ZERO

D-ZERO ada sistem rating dan ranking, di mana anda akan trade sebaik mungkin untuk mengumpul markah.

Jika markah (rating) anda melepasi 75.00, anda akan diberi modal trading untuk diuruskan.

Modal permulaan yang anda akan terima ialah EUR 30,000, dan amaun modal ini akan meningkat apabila markah atau rating anda semakin tinggi.

“DAPAT PAYOUT TAK MELALUI D-ZERO?”

Ya, anda boleh dapat payout melalui program ini! Ia akan dibayar setiap 3 bulan.

(Ada juga pilihan untuk payout setiap bulan dengan yuran langganan lebih tinggi)

Profit sharing yang anda akan terima ialah 15% daripada profit yang anda hasilkan.

Contohnya anda profit 10% atas modal EUR 30,000, anda akan dapat payout sebanyak EUR 3,000 x 15% = EUR 450.00.

SISTEM RANKING DUNIA D-ZERO

Untuk Darwinex Zero, ada 2 kategori iaitu SILVER dan GOLD.

Anda akan bermula dengan SILVER, dan jika anda mencapai KPI tinggi yang diberi, barulah anda akan layak masuk ke GOLD.

(Secara umumnya, trader GOLD akan mendapat allocation yang lebih tinggi berbanding SILVER, sebab susah nak capai kriteria yang diberi)

Untuk SILVER, ada kira-kira 9,000 trader dari seluruh dunia untuk kategori ini. Modal maksimum yang anda boleh dapat ialah EUR 375,000.

Ranking anda akan ditentukan oleh markah anda. Senang cerita, semakin tinggi markah, maka semakin tinggilah ranking anda.

RATING & RANKING DARWINEX ZERO MK

darwinex-zero-ranking-mk-nombor-10-dari-9000-trader-dunia
darwinex-zero-ranking-mk-nombor-10-dari-9000-trader-dunia-email-screenshot

Baru-baru ini, syukur Alhamdulillah, saya telah berjaya menjadi TOP 10 TRADER DUNIA dalam kategori SILVER.

Ini bukan ranking calang-calang ya, sebab ada hampir 9,000 trader dari seluruh dunia untuk Silver!

Dari segi rating pula, rating saya ialah 95.04, iaitu jauh melepasi rating minimum yang ditetapkan (75.00).

MODAL YANG DITERIMA MK MELALUI DARWINEX ZERO

darwinex-zero-ranking-mk-nombor-10-dapat-modal-eur100000

Seperti yang telah diterangkan di atas, jika rating anda melepasi 75.00 pada hujung bulan, anda akan menerima EUR 30,000.

Disebabkan rating saya tinggi iaitu 95.04, saya telah menerima modal trading sebanyak EUR 100,000. Syukur!

Rating dan ranking akan sentiasa berubah-ubah, dan akan disemak pada setiap hujung bulan.

NAK DISKAUN LANGGANAN D-ZERO?

Melalui D-ZERO ini, anda boleh membina reputasi yang hebat, kerana anda akan bersaing dengan para trader dari seluruh dunia.

Malah, anda akan diberi modal trading dan payout juga secara berkala dengan yuran yang sangat rendah.

Kalau anda nak berminat untuk menyertai D-ZERO, klik sini untuk daftar, dan masukkan kod DWZ2323404MGM untuk dapatkan diskaun 25%!

PENUTUP

Nak untung besar, modal pun kenalah besar kan? Darwinex Zero boleh membantu anda untuk tujuan itu.

Ia juga akan mengukur kemampuan anda sebagai seorang trader di peringkat dunia.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *