Baru-baru ini, saya mencari kata kunci “malaysia top forex trader” di Google.
Rupanya, tanpa saya sedari, banyak juga artikel yang ditulis mengenai saya. 🙈
KENAPA CARI MALAYSIA TOP FOREX TRADER?
Jangan salah faham. Saya bukan nak syok sendiri. 😂 Sebenarnya saya tengah nak cuba dapatkan verified status (blue tick) untuk akaun media sosial saya.
Antara syarat mereka ialah kena berikan URL artikel mengenai diri kita. Mereka nak tahu, adakah kita ni layak bergelar “authority” untuk bidang kita ataupun tidak.
Tapi, dah submit pun tak dapat juga yang percuma. Akhirnya, saya bayar sahaja bulan-bulan. Dapat juga blue tick. Hahaha~!
ADAKAH SAYA LAYAK DIGELAR MALAYSIA TOP FOREX TRADER?
Ada artikel yang menyebut saya sebagai antara yang terkaya (richest) forex trader di Malaysia.
Ini tidak benar sama sekali kerana saya masih ada banyak komitmen dan hutang. 😂
Jadi, mereka pandai-pandai sahaja kata yang saya ni kaya. Mereka tak pernah pun minta penyata bank atau senarai harta saya.
Dan mereka juga tak pernah minta trade history saya. Mungkin mereka pun main “google” je. Hahaha~!
Apapun, saya dah jadi trader sejak 2007 (18 tahun lalu) dan mengajar traders lain sejak 2011 (14 tahun yang lalu). Terlalu banyak usaha yang telah saya lakukan, demi melahirkan trader yang berkaliber dan profitable.
Saya tulis buku, buat video tutorial, menghasilkan podcast, tulis artikel, buat webinar, seminar, program jangka pendek, program jangka panjang, dan macam-macam lagi.
BEST TRADING GURU IN MALAYSIA 2018 & 2019
Saya pernah diundi sebagai BEST TRADING GURU IN MALAYSIA, dalam satu anugerah yang dianjurkan oleh FINEXPO, selama 2 tahun berturut-turut.
Untuk mengambil trofi yang berat di bawah, saya perlu terbang ke Vietnam untuk mengambilnya!
(Tapi saya hantar my apprentice, Mr Allen Thee, untuk mengambilnya sebab tak dapat nak tinggalkan keluarga)
4 PETIKAN ARTIKEL MALAYSIA TOP FOREX TRADER BERKAITAN KHALID HAMID

#2 – Daily Forex

#3 – Trading Beasts

#4 – WikiFX

KESIMPULANNYA…
Pengiktirafan dalam dan luar negara yang diterima, adalah hasil dedikasi saya dalam dunia pendidikan trading di Malaysia, terutamanya forex trading.
Ketika saya bermula, tidak banyak bahan rujukan dalam Bahasa Melayu. Jadi, sayalah yang mempeloporinya. Kalau bukan saya, siapa lagi yang akan buat, kan?
Saya bersyukur kerana ramai yang dah berjaya menjadi consistently profitable trader melalui ilmu, pengalaman dan panduan yang dikongsikan. Alhamdulillah. 😇
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.
1 thought on “Malaysia Top Forex Trader: Khalid Hamid “MK” Dalam Senarai”