17/02/2025
profit-besar-bila-guna-modal-besar-dalam-trading-tfs-price-action-ftmo

Lebih kurang 10 tahun terawal saya sebagai trader, saya tak pakai modal besar, sebaliknya hanya menggunakan modal yang kecil iaitu kurang dari USD $500. Bila ada profit, kita withdraw. Bila loss, kita trade selagi boleh trade. Kalau loss sampai MC atau total loss, kita cari duit untuk deposit lagi. 😆

Saya percaya di negara serantau lain (Brunei, Singapura & Indonesia) pun kebanyakannya begitu. Tiada siapa jadi trader berbekalkan modal USD $10,000 (MYR 45,000). Kita jadi trader sebab kita nak cari duit lebih (ataupun sebab kita tak ada duit untuk buat benda lain 😂). Belajar pun kalau boleh nak free je kan? 😈

MODAL KECIL, TAPI ANGAN-ANGAN BESAR

Ramai yang berangan nak jadi kaya pakai modal kecil (atau amat kecil, serendah USD $10 pun pernah saya jumpa). Modal $100, nak digandakan sampai $1,000 dalam seminggu. Sepanjang pengalaman saya dan anda, adakah ianya membuahkan hasil berpanjangan? Tidak! Kerana ia amat bergantung kepada “NASIB” (LUCK).

10 kali cuba, mungkin sekali sahaja menjadi. Yang tak menjadi, jauh lebih banyak berbanding yang menjadi. Saya dulu siap pakai “Other People’s Money” untuk trade. Saya buat personal loan dan swipe kad kredit, sebab saya fikir “nanti dapat profit besar aku tutup lah balik lubang tu”. Rupanya, sampai ke sudah tak menjadi, sehingga saya yang jatuh dalam lubang!

wajah-tertekan-asyik-depo-mc-tapi-masih-tak-boleh-jadi-profitable

BILA ANDA TRADE GUNA MODAL KECIL

Anda tak akan pernah rasa cukup atau puas. Tak akan boleh buang sikap tamak. Langsung tak boleh terima loss dan hanya mengharapkan win. Bila loss, anda akan teramat kecewa dan tertekan (lalu mencari “holy grail”). Anda akan fikir anda lemah atau buat silap. Anda tak akan boleh hidup tenang. Kalau tengah running profit sekali pun, anda akan sangat takut market berpatah balik. Ini bukanlah cara yang betul untuk anda berjaya dalam trading.

JAWAB DENGAN JUJUR, ANDA TAK PENAT KE?

Trade pakai modal kecil, lepas tu nak kena entry bertalu-talu, kemudian tengok-tengok rugi lagi banyak daripada untung. Kalau untung pun, merasa sekejap sahaja. Esok lusa kena trade lagi dengan “kegilaan” yang sama. Saya yang tengok ni pun rasa penat tau!

RUGI BERATUS RIBU GUNA MODAL KECIL

Dulu-dulu, trader yang loser ni tidaklah loss besar. Tak sampai MYR 10,000 pun. Tapi sekarang ni, loss mencecah ratusan ribu tu perkara biasa. Cuba tengok di bawah…

contoh-trader-yang-loss-rm100000-tfspat-tfs-price-action-trading

Kenapa jadi sampai macam tu sekali? Sebab follow signal channel Telegram, dan terlampau percaya dengan “game”  yang ditonjolkan di media sosial. Sebenarnya, amalan mereka tu salah sama sekali. Entry bertalu-talu tanpa SL, dan nak grow akaun dalam masa yang terlalu singkat. ITU GAMBLER, BUKAN TRADER!

Mereka menunjukkan kononnya dengan modal kecil, anda boleh menjana pulangan yang sangat besar dalam masa yang singkat. Of course, mereka tunjuk yang menjadi sahaja. Yang tak menjadi semua sorok tepi. Bila anda loss $100, anda fikir ia angka yang kecil, dan anda mampu untuk deposit lagi. Namun begitu, disebabkan “revenge trading”, anda deposit berkali-kali, lalu tanpa disedari, kerugian terkumpul anda mencecah sehingga ratusan ribu ringgit! Sudah-sudahlah guna modal kecil ni. Anda tak akan ke mana pun.

CUBA BUAT LATIHAN RINGKAS DI BAWAH…

cara-kira-berapa-modal-trading-yang-anda-perlukan

Melalui formula di atas, kalau anda nak USD $1,000 sebulan (hampir MYR 5,000), anda perlukan modal sebanyak USD $20,000. 5% – 10% ROI sebulan adalah sesuatu yang boleh anda capai secara konsisten menggunakan SKILLS dan bukannya LUCK.

Namun begitu, persoalan yang lebih penting ialah…

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MODAL SEBANYAK USD $20,000?

Mesti jawapannya TIDAK, kan? Sebab itulah anda jadi loser! Impian atau sasaran anda tu tak selari dengan kemampuan anda. Ia ibarat anda berniaga gerai di tepi jalan, tetapi mahukan pendapatan seperti francais dalam mall. Mana boleh macam tu!

Ramai trader nak pulangan besar dalam trading, tetapi bila ditanya berapa modal yang mereka mampu sediakan, ianya tak masuk akal langsung! Nak USD $5,000 sebulan, tapi modal USD $200. Nak USD $1,000 sebulan, tapi modal USD $500 sahaja. Cuba anda kira sendiri. Kalau modal $500 nak dapat $1,000, itu adalah 200% sebulan. Kalau anda boleh capai ROI sebegitu setiap bulan, sudah tentu nama anda masuk Wall Street Journal!

Hakikatnya, memang tak ada. Dan anda akan sangat tertekan untuk mencapai target sebegitu setiap bulan. Tiada ruang langsung untuk anda loss atau buat kesilapan. Nak profit besar guna modal kecil, sudah tentulah anda perlu mengambil risiko yang tinggi. Itu yang jadi MC tu. Sebab dengan 1 – 2 kali loss sahaja, boleh habis keseluruhan modal anda.

JIKA MODAL ANDA USD $100,000…

Anda hanya perlu profit 5% sahaja untuk dapat USD $5,000. Ini selari dengan prestasi realistik yang saya nyatakan di atas. Anda juga tak perlu mengambil risiko yang besar untuk setiap trade. Cukup sekadar risk 0.50 – 1.00% per day sahaja. Kalau anda boleh win 3x dari risk, anda dah pun dapat 3%. Dengan 2 win sahaja, anda dah pun hit target bulanan anda!

Sebagai perbandingan, jika anda profit 10% daripada modal $100, ia hanyalah $10 sahaja. Apa sangat anda boleh beli dengan $10 sebulan? Mesti kita akan hentak lot besar melalui leverage yang tinggi. Sebab tu susah nak kawal “nafsu” bila guna modal kecil!

PRESTASI TRADING AKAN BERUBAH SECARA DRASTIK

Bila anda menggunakan modal besar, anda tidak lagi risau mengenai loss. Anda juga tak perlu nak trade secara agresif. Ditambah pula dengan trading rules yang ketat, anda akan secara automatik menjadi lebih berdisiplin. Anda akan kira risk, kemudian lot size, dan meletakkan SL untuk setiap trade anda. Selain itu, anda juga akan berkebolehan untuk hold position lebih lama, kerana anda sudah mula mengamalkan mindset RISK FIRST REWARD LATER.

Kalau bukan kerana modal besar, saya tak akan boleh nak dapat reward sebegini…

profit-besar-bila-guna-modal-besar-dalam-trading-tfs-price-action-ftmo
profit-besar-bila-guna-modal-besar-dalam-trading-tfs-price-action-fundedpeaks

CARA UNTUK MENDAPATKAN MODAL YANG BESAR

Dulu, modal $100K atau $200K hanya ada dalam demo account sahaja. Kini, ia bukan lagi mustahil. Anda boleh dapat modal $25K dan ke atas dengan mudah melalui PROPRIETARY atau PROP TRADING. Kalau anda nak tahu apa itu prop trading, boleh tonton video penerangan di bawah:

Dengan prop trading, ramai trader yang hidup mereka mulai berubah. Mereka jadi lebih berdisiplin, dan segala penat lelah mereka dalam menguasai trading, akhirnya menjadi berbaloi. Mereka tidak lagi terpengaruh dengan sandiwara dan tipu daya di media sosial. Profit 5 ke 6 angka sebulan kini menjadi kenyataan.

Saya percaya, amaun sebeginilah yang anda perlukan untuk bahagiakan insan tersayang, dan untuk mencapai segala impian anda. Tak perlu lagi gelojoh dalam trading bila anda ada modal besar.

Kalau anda betul-betul serius dengan trading, dan nak jadi profitable dengan lebih mudah dan cepat, ikutilah jalan prop trading ini. Percayalah, anda tak akan menyesal. Ianya sangat berbaloi. Anda boleh buat wang besar tanpa menanggung risiko modal. Ianya kedengaran tak masuk akal, tetapi ia memang 100% benar. Ini prop trading firm yang kami syorkan iaitu FTMO.

recommended-by-tfspat-prop-trading-firm-ftmo

GUNA MODAL BESAR, AMBIL RISIKO RENDAH, WIN 40% REWARD 3R.

Saya tak akan cerita kalau saya sendiri belum pernah merasa. Ingatlah kawan, MODAL BESAR = UNTUNG BESAR. Ambil risiko yang rendah, kemudian win 30% – 40% dari keseluruhan trade anda sebanyak 3R (3x ganda dari risiko). Setelah sebulan, anda pasti tersenyum melihat hasilnya positif. Profit $2,500 pun dah bernilai 5 angka bila anda convert kepada MYR. 🤑

JALAN LAIN SELAIN PROP TRADING

Selain prop trading, anda juga boleh berlatih serta dapatkan modal besar melalui DARWINEX ZERO. Ia merupakan program langganan bulanan, dan jika anda mencapai skor yang diberi, anda akan diberikan modal untuk diuruskan. Lagi tinggi skor, dan lebih lama anda dalam program, lagi besar modal yang anda boleh dapat.

[Masukkan kod DWZ2323404MGM jika nak diskaun 25%]

recommended-by-tfspat-darwinex-zero-kalau-nak-modal-besar-dalam-trading

Satu lagi cara ialah melalui private investor dan copy trade. Kalau anda dah ada track record yang cemerlang, anda boleh dapatkan modal besar melalui cara ini. Walau bagaimanapun, saya kurang recommend kerana anda perlu manage expectation investors.

KESIMPULANNYA…

Sebagai penutup, modal terlalu kecil merupakan salah satu “pembunuh” traders daripada awal. Mereka cuba mencapai sesuatu yang tidak realistik, dan ia akan memberi 1,001 masalah psikologi trading kepada mereka. Berpijaklah di bumi yang nyata. Fahamkan betul-betul aliran prop trading / Darwinex Zero. Nescaya, segala penat lelah anda dalam menguasai trading, akhirnya menjadi berbaloi. Dan tiada apa yang akan menghalang anda, untuk mendapatkan seberapa banyak modal yang anda mahu melalui prop trading.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu. Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

6 thoughts on “Gunakan Modal Besar Kalau Nak Jadi Profitable Lebih Mudah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *