Aduh aduh aduh, sejak balik umrah hari tu ada 4 isu panas pasal forex ni sampai kat saya. Orang yang terlibat bukan calang-calang, semuanya nama besar dalam industri. Ok jom saya highlight satu per satu. Silakan SHARE artikel ni untuk peringatan bersama yer.
ISU 1 – COACHING INDAH KHABAR DARI RUPA
Ada orang add saya masuk group yang mengutuk coaching Teloq Jumpee (bukan nama sebenar). Katanya tak berbaloi dengan yuran RM15k-20k yang dikenakan. Group tersebut ditubuhkan oleh mereka yang pernah menyertai coaching tersebut dengan niat agar orang ramai tidak terpedaya untuk menyertai coaching Teloq Jumpee tersebut.
Saya tak pernah join & tak tahu apa yang diajar. Pada saya senang je. Kalau dah bayar sebanyak tu, dapatkanlah bimbingan semaksimum mungkin sampai berjaya. Premium price should get premium value, right? Kalau pengajar tak dapat nak commit membantu anda, mintalah refund secara baik. Jika ada 1 pihak yang tak redha, bagaimana mungkin kita boleh hidup dengan aman kalau kita dah menganiaya orang lain? Elok pulangkan je lah duit mereka yang tak puas hati tu. Rezeki lain mesti banyak lagi kan? 🙂
Untuk TFS yang tak sampai RM700 ni pun saya boleh bagi jaminan refund sampai 3 bulan (90 hari), apatah lagi kalau coaching sampai belas puluh ribu? Saya tak minta penjelasan atau suruh pulang balik pun buku & CD tu. Saya akan terus refund. Saya tak nak susahkan mereka yang dah memiliki TFS. Satu kerja la pulak nak pergi pos office tu.
Saya tak nak hidup dengan “duit yang tidak diredhai”. Kalau TFS tidak memuaskan hati anda, saya lebih rela pulangkan duit anda sebab saya tak nak hidup dalam keadaan saya menganiaya orang. Doa orang teraniaya ni jangan buat main. Ramai dah nama besar yang angkuh akhirnya tersungkur disebabkan perkara sebegini. Hidup susah satu hal, lepas tu maruah tercemar. Bukan seorang, tapi seluruh keluarga terpalit sama!
Soal “dah ajar tapi mereka tu yang malas”, itu memang salah pelajar tu sendiri lah. Ini di luar kuasa sesiapa pun. Saya dah pernah menyaksikan peserta “program kejayaan” bayar puluhan ribu tapi tetap tak jadi apa. So, yuran mahal tak menjamin orang tu akan komited, begitu juga yuran murah tak bermaksud orang tu jenis yang tak berusaha keras. It has to come from within. Lain orang, lain semangat dia. Kan? 🙂
In the future kalau terdetik nak join kelas ribu-ribu ni, semak dulu background pengajar. Tengok ada negative review ke tak. Minta rekod trading dan withdrawal, kalau boleh duit masuk akaun bank sekali. If pengajar tak nak bagi atas apa jua sebab, at least kena la ada money back guarantee SECARA BERTULIS. So, kalau tak puas hati anda boleh minta duit balik. Sebelum join, cuba email / PM / SMS / Whatsapp tanya soalan tengok dia jawab ke tak. Kalau tak berjawab atau banyak berahsia elok cari orang lain je lah.
The best is, belajar sikit dari sumber percuma, dan baru belajar dari sumber berbayar tapi jangan terus jump ke ribu-ribu. Banyak je panduan yang berharga kurang dari RM1,000. Pada saya coaching forex ni max RM5,000 je untuk 3 hari. Lebih dari tu saya kira itu lebih kepada “mengambil kesempatan”. Baik buat modal trading, ye tak bang?
KLIK SINI dan buat tempahan TFS kalau nak T-shirt special macam saya pakai 😉
ISU 2 – PENGANJUR DAN TENAGA PENGAJAR TIDAK LAGI BEKERJASAMA
Saya tak tahu apa puncanya. Saya ni pemerhati sahaja, saya hanya dapat info on the surface. Penganjur ni memang banyak buat program seminar / kelas / coaching forex bersama-sama tenaga pengajar yang hebat-hebat belaka. Saya tak dapat komen siapa salah siapa betul, sebab saya tak tahu cerita sebenar.
Cuma, saya merayu agar mereka yang terlibat tidak berputus asa untuk terus mengajar para traders yang dahagakan ilmu trading yang betul. Kalau anda semua dah membawa haluan masing-masing sekalipun, janganlah berhenti mengajar. Anda semua mempunyai pengikut masing-masing. Buatlah program sendiri. Bukan susah pun nak menganjurkan seminar / kelas / coaching ni. Saya dulu sorang-sorang boleh buat semua.
Ingatlah, kalau yang mengajar makin kurang, maka makin ramailah scammer yang ajak join skim forex (suruh tunggu profit bulan-bulan). Ye lah, takde siapa nak ajar kan? 🙁
ISU 3 – SKIM-SKIM CEPAT KAYA MAKIN BERLELUASA
Ni isu lama sejak dulu lagi, cuma sekarang ni inovasi dia memang dahsyat. Selepas emas dan forex, kini skim cepat kaya rolling duit pakai rumah pula. Selain itu, ramai trader minta duit orang untuk tolong trade. So, dia makan komisen atau kongsi untung.
Ciri utama skim penipu ialah dapat pulangan setiap bulan tanpa perlu buat kerja. Semua tu bohong je! Bank yang duit berbillion trade pakai duit simpanan anda pun berani bagi 0.5-1.0% je SETAHUN. Trader kenal kat Fesbuk nak bagi anda 10% SEBULAN. Takkan senang sangat anda percaya kot? Jumpa pun tak pernah dah berani lebur sampai puluh ratus ribu. Kalau masuk USD100, sebulan baru dapat USD10. Nampak memang lambat kaya. Nak cepat kaya kenalah ajak orang lain join jadi mangsa sama-sama. Huhuhu…
Sebenarnya, kalau anda masih tak sedar, duit profit bulanan yang kononnya anda terima tu, sebenarnya datang dari pelaburan anda sendiri! Katakan anda masuk $1,000. Setiap bulan dapat $100 (10%). Apa yang berlaku, penganjur ambil $100 daripada duit pelaburan anda ($1,000), dan pulang balik kepada anda. Dengan taktik ini, mereka boleh survive selama 10 bulan ($100 x 10 = $1,000). Dalam tempoh ini, anda yang dah dapat 2 – 3 bulan “profit” tu semakin yakin dengan penganjur, lalu mengajak rakan-rakan & keluarga anda untuk join. Bila dana terkumpul dah cukup besar, penganjur tutup website, bagi alasan ramai yang dengki, tukar nombor telefon dan cabut lari… 🙁
Anda nak report kepada pihak berkuasa? Report kepada mereka pun tiada gunanya sebab dari awal lagi mereka dah melakukan kesalahan. Hanya bank & institusi kewangan sahaja yang boleh mengambil deposit daripada orang ramai.
Pasal tolong trade ni, jangan percayalah. Kalau orang tu pandai trade, dia dah trade pakai duit sendiri dah. Buat apa dia nak pakai duit orang. Ni selalunya demo trader yang gatal nak trade real account tapi modal takde. So, diorang mintalah duit “investor”. Risiko kerugian semuanya pelabur tanggung. Dia rilek je la lenjan macam demo. Habis duit sebab MC dia suruh la top-up lagi. Dia peduli apa bukan dia pun tanggung rugi. Kan? Hahaha…
ISU 4 – BROKER PELIK-PELIK
Ni salah satu broker pelik yang saya jumpa. Dengar nama pun dah kelakar kan? Hahaha…
Sebenarnya berlambak lagi broker-broker “kelakar” di luar sana. Broker memang banyak sekarang ni. Yang saya berani recommend ada a few seperti Instaforex, Exness, XM, Liteforex, Easy-Forex dan FXCM sebab dulu saya pernah guna. Kalau anda nak guna broker yang saya gunakan sekarang, boleh pilih FxCitizen. Untuan panduan percuma FxCitizen 2016, sila KLIK SINI ya.
PENUTUP
Itulah dia isu-isu panas yang melanda industri forex trading di Malaysia sekarang ni. Semoga kita sama-sama dapat elakkan dan jadikan panduan dan pengajaran ya.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE post ni dengan rakan-rakan anda supaya sama-sama alert.
Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap okeh!
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

Info yg sgt berguna tima kasih tfs
Tq en khalid atas info
Terbaikkk…info ni Tn..
Terima kasih, cerah sikit mata ni hehehe
Macam² cara skarang ni ye org nk buat ‘easy money’..blajar lebih kurg,pastu kencing sana-sini..isu² camni la yg memburuk kan nama Forex dan traders kat M’sia ni..yg xfhm selok belok Forex pun terus labelkan ‘haram’..
betul tu tuan. sedihnya… 🙁
terbaik…. satu peringatan yang berguna
Terima kasih tuan.
Baik masuk sugus boleh gak makan gula2 free.hahahaha….org lain kau bilang broker cap ayam.takde stp lah.market maker lah.apa nanti kau punya tak pasal 2 jadi kilang gula2 bagi budak nanti baru kau tau.Salute pada guruku MK yg cute.info terbaaaiiiikkkk
Hahaha tq tuan 🙂
terima kasih tuan…..dah lama saya mengikuti perkembangan tuan sangat teruja saya dgn TFS ni…insyaallah jika ader rezeki syaa nak beli TFS ni