19/05/2025
kisah-mk-withdraw-1-btc-bitcoin-suatu-ketika-dahulu

Tahukah anda, suatu ketika dahulu, saya pernah mempunyai hampir 1 Bitcoin (BTC)?

Ketika itu September 2023, nilainya ialah kira-kira USD $26,000 untuk 1 BTC.

Kalau dalam MYR, ia bernilai kira-kira MYR 120,000 lah pada waktu itu.

APA ITU BITCOIN?

contoh-cryptocurrency-selain-bitcoin-iaitu-ethereum-ripple-doge

Bitcoin atau BTC merupakah salah satu daripada ribuan cryptocurrency yang wujud di dunia.

Antara contoh cryptocurrency lain yang popular ialah seperti Ethereum, Ripple, Doge dan Tether.

Tetapi dari segi nilai dan kebolehgunaan, Bitcoin lah yang paling bernilai dan boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan.

BERAPAKAH HARGA BITCOIN SEKARANG?

harga-semasa-btc-mac-2025-dan-harga-all-time-high-bitcoin-jan-2025

Sekarang ini, pada hujung Mac 2025, harga BTC ialah USD $87,000 (dalam MYR 390,000).

Pada Januari 2025, ia mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah, iaitu hampir mencecah USD $110,000! (dalam MYR 495,000) 🤑

MACAM MANA MK BOLEH ADA BITCOIN?

Saya dapat Bitcoin tersebut dari payout prop trading, melalui prop firm Funded Peaks (tapi dah berkubur). Mereka bayar ke crypto wallet.

Ketika itu, saya gunakan BYBIT kerana exchanger lain tak boleh digunakan di Malaysia (contohnya seperti Binance dan Coinbase).

Jadi dari Bybit, saya pindahkan pula ke Luno, dan seterusnya ke akaun bank.

duit-withdraw-mk-1-btc-bitcoin-masuk-ke-luno

CARA LAIN UNTUK DAPAT CRYPTO

Anda boleh beli BTC atau cryptocurrency lain melalui crypto wallet seperti Bybit, Bincance, Luno dan sebagainya. Dalam tu ada exchanger untuk jual-beli crypto (macam local depositor lah kalau broker).

Kalau nak beli 1 BTC, harganya kira-kira RM400k sekarang ni.

Tapi kalau tak mampu, anda boleh beli berapa banyak yang anda mampu.

Contohnya 0.10 BTC (RM40k), 0.01 BTC (RM4k) dan seterusnya.

APA JADI DENGAN BTC MK SEKARANG?

Lepas dapat je BTC tu, saya terus jual. Sebab tak minat, dan tak akan invest dalam apa yang saya tak faham.

“If you can’t see or touch it, it does not exist.”

Hahaha tak tau lah tu quote daripada siapa, tapi saya berpegang kepada benda tu. Nak invest apa-apa, biarlah sesuatu yang kita boleh nampak, sentuh dan faham. Kan?

Lagipun, selagi duit tu tak mendarat di akaun bank, saya rasa tak selamat. 😅

NAK MERASA PAYOUT / WITHDRAWAL BESAR?

Jujur cakap, trading melalui modal besar, akan mengubah hidup anda. Kalau sebelum ni anda loser, cubalah trade menggunakan modal besar seperti prop trading.

Hampir pasti anda akan jadi profitable bila ada rules & discipline. 👍

TETAPI, kenalah belajar cara yang betul dulu ya. Masuk program macam F.I.R.E. ONLINE ni. Kalau tak, asyik bayar challenge fees je.

Tak pun lepas susah-payah funded dan dapat payout, rupanya kena scam. Kesian… 😭

PENUTUP

Cryptocurrency seperti BTC adalah legit, dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Ia dikategorikan sebagai “aset digital”, yang boleh anda wariskan kepada keluarga anda.

Sama ada anda nak melabur ke BTC atau tidak, ia bergantung kepada risk tolerance anda. Kalau saya, memang saya tak berani dan tak suka lah. 😂

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *