06/08/2025
tagline-baharu-tfspat-aktiviti-penjenamaan-tahun-2025-cover

Jika anda belum tahu, TFSPAT atau TFS Price Action Trading, telah diasaskan pada tahun 2011.

Daripada ebook, ia berevolusi kepada video, seminar, workshop dan sebagainya.

TAGLINE TFSPAT SELAMA INI

Untuk pengetahuan anda, tagline TFSPAT yang diguna pakai selama ini ialah:

PANDUAN LENGKAP TRADE CARA PRO

Ini kerana melalui panduan yang dihasilkan, seseorang trader itu tidak hanya akan belajar strategi teknikal semata-mata.

APA TRADERS AKAN BELAJAR DARI TFSPAT?

Sebaliknya, traders akan turut didedahkan dengan ilmu risk management dan psikologi trading yang lebih mendalam.

Kalau anda belum tahu, boleh dikatakan 80% kejayaan trading anda, akan ditentukan oleh tahap psikologi trading anda.

Methodology (strategi + risk management) hanya 20% sahaja. Sebab itu 90% traders are losers, sebab mereka fokus kepada bahagian yang salah.

TAGLINE BAHARU TFSPAT

tagline-baharu-tfspat-aktiviti-penjenamaan-tahun-2025

MEMPERKASA TRADERS SEJAK 2011

Saya mencari terjemahan perkataan “empowering”, jadi saya terjumpa perkataan MEMPERKASA tersebut.

Saya lebih suka MEMPERKASA berbanding sekadar MENDIDIK. Kemudian, tambahkan tahun ia dimulakan supaya orang ramai tahu yang kami dah berbelas tahun pengalaman dalam mendidik traders.

Oh ya, kalau untuk diri saya sendiri, saya mulakan kerjaya trading saya sejak tahun 2007 ketika berusia 22 tahun, iaitu 1 tahun sebelum saya graduasi dari Universiti Malaya.

AKTIVITI PEMASARAN & PENJENAMAAN TAHUN 2025

Selama ini, saya tumpukan aktiviti hebahan dan pemasaran melalui media sosial. Namun begitu, engagement serta visibility semakin lama semakin teruk.

Jadi, tahun ni, saya cuba buat offline marketing pula….

aktiviti-penjenamaan-tfspat-tahun-2025-billboard-papan-tanda-besar-tfs-price-action-trading
aktiviti-penjenamaan-tfspat-tahun-2025-billboard-frim-tasik-kepong

Selain itu, saya teruskan menghantar email, serta banyak berkongsi dalam channel Telegram.

Saya juga merancang untuk kembali aktif blogging. Setakat ini, saya masih lagi di landasan yang saya rancang, iaitu 5 blogpost baharu setiap bulan.

Mengenai Youtube dan Podcast, saya pun nak kembali aktif berkongsi melalui platform tersebut.

aktiviti-penjenamaan-tfspat-tahun-2025-artikel-blog-atau-blogpost

BARANGAN EKSKLUSIF TFSPAT

aktiviti-penjenamaan-tfspat-tahun-2025-offline-marketing-merchandise-barangan-eksklusif

Tahun ini juga kita akan buat banyak merchandise (barangan eksklusif) untuk mereka yang mendapatkan panduan TFSPAT, atau menyertai program-program TFSPAT.

Contohnya seperti program F.I.R.E., R.A.G.E. dan sebagainya.

PENUTUP

Tagline baharu TFSPAT ialah Memperkasa Traders Sejak 2011.Tagline baharu TFSPAT ialah Memperkasa Traders Sejak 2011.

Untuk tahun 2025, saya kembali kepada asas untuk melakukan aktiviti penjenamaan, seperti blog, website, email, youtube, podcast dan offline merchandising.

Selagi ada kudrat dan ilham, saya akan terus membuat perkongsian mengenai trading.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *