
Tahniah kerana membaca artikel psikologi trading ini, kerana anda tidak akan jadi seperti saya suatu ketika dahulu.
Dulu, saya fikir dalam trading ni, teknik atau strategi adalah yang paling penting. Kita perlukan “teknik killer” kalau nak berjaya dalam trading.
Rupanya, teknik dan risk management cuma memainkan peranan sebanyak 20% sahaja!
APA ITU PSIKOLOGI TRADING

Menurut Investopedia, definisi psikologi trading ialah:
Keadaan emosi dan mental yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang trader, apabila mereka membuat keputusan trading (trading decision).
Ia bergantung kepada ilmu, kemahiran, pengalaman dan latar belakang seseorang trader.
PSIKOLOGI TRADING ADALAH UNIK & ABSTRAK
Tiada dua trader yang serupa di dunia. Ini kerana cara kita dibesarkan dan menjalani kehidupan seharian, adalah berbeza di antara satu sama lain.
Psikologi trading adalah unik bagi setiap trader. Namun begitu, ada beberapa trading rules yang perlu dipatuhi dan boleh diguna pakai oleh semua trader.
PETIKAN BUKU PSIKOLOGI TRADING TAHUN 1990

Ini petikan buku The Disciplined Trader karya mendiang Mark Douglas. Di awal buku tersebut, telah dinyatakan yang 80% kejayaan anda dalam trading, adalah ditentukan oleh psikologi trading anda!
Tahun 1990 tau! Ini bukan benda baharu. Dan ia terpakai bukan sahaja untuk trading, tetapi juga perkara lain dalam hidup kita.
Ia dikenali sebagai Pareto Principle (80:20 RULE), di mana 20% tindakan kita akan memberikan 80% hasil kepada kita.
Contoh lain ialah seperti nak kuruskan badan. Senaman hanya 20%, yang lebih penting atau 80% ialah pemakanan. Dalam perniagaan juga sama. 20% pelanggan yang menyumbang 80% hasil kepada syarikat.
MASIH RAMAI TRADER YANG ABAIKAN
Sejak tahun 80-an lagi, kalau anda rajin baca buku-buku trading, mereka dah bagitahu yang psikologi trading adalah penentu sama ada anda akan berjaya ataupun tidak.
Namun begitu, sehingga ke hari ini, traders masih terlalu taksub dengan teknik. Kalau boleh, nak cari “holy grail” ataupun teknik yang tak akan loss!
Tak cukup dengan tu, diciptanya pula AI (artificial intelligenec), EA (expert advisor), custom indicator, dan macam-macam lagi untuk “beat the market”.
Semua itu tak berguna, kerana hakikatnya, psikologi trading akan menjadi “the king maker” atau penentu kejayaan anda.
Percayalah, tiada teknik yang boleh memberikan win rate yang tinggi. Anda sememangnya akan loss lebih banyak dari yang anda win.
Namun, dengan psikologi trading yang betul, anda tetap akan berakhir dengan net profit.
DUA PERKATAAN PENTING: KAWALAN & DISIPLIN

Kalau anda mahukan psikologi trading yang baik, anda perlu mengawal sepenuhnya tindakan anda dalam trading. You have to control everything!
Lagipun, anda yang akan klik butang Buy atau Sell tu kan? Anda kena sentiasa cari sebab kenapa anda melakukan sesuatu trade.
Kalau anda mengharapkan AI atau EA, anda tak akan boleh berasa tenang kerana segala trading decision bukan dibuat oleh anda. Kalau loss besar, takkan anda nak salahkan “robot” tu?
Ingat, traders ni manusia, dan ia memerlukan manusia untuk memahami perasaan manusia lain. Chart yang anda lihat, adalah cerminan kepada jutaan emosi traders. Setuju?
Kemudian, anda perlukan disiplin yang kuat untuk mengikuti trading rules anda tanpa keraguan (without hesitation). Misalnya, kalau anda risk 1% sehari, anda kena berdisiplin untuk loss 1% sahaja sehari.
DUA EMOSI DALAM FOREX TRADING YANG PALING KUAT

1) FEAR: Inilah perasaan nombor satu dalam trading iaitu TAKUT (FEAR). Perkara yang paling ditakuti trader ialah loss dan terlepas peluang.
Tiada trader yang trade lalu menjangka mereka akan loss. Sebagai manusia, kita tak suka kepada kekalahan dan kesalahan. Sebab tu kita revenge trading setiap kali kita loss.
Contoh terlepas peluang pula ialah mereka tak entry apabila trading system mereka sudah jumpa peluang, ataupun lepas close dengan profit, price pergi lebih jauh selepas itu.
2) GREED: Perasaan tamak adalah sifat semulajadi manusia. Kita sentiasa rasa nak kaya cepat. Susah untuk kita berpuas hati dalam kehidupan.
Bidang trading menawarkan potensi dan risiko tanpa had. Bila kita tengok di media sosial, ada yang berjaya grow dari $1,000 jadi $10,000 dalam masa 2 hari sahaja. Jadi, kita pun automatik rasa yang kita pun boleh capai kejayaan yang sama.
Bila kita dengki atau cemburu dengan orang lain, dan kita asyik buat perbandingan, memang mudah untuk greed menguasai emosi kita.
CARA MUDAH KAWAL EMOSI DALAM TRADING
Ini petikan paling penting dalam blogpost ini. Ingat, market tidak boleh menyakiti anda. Anda yang menyakiti (atau menyeksa) diri sendiri!
Kalau anda rasa takut atau sakit bila loss, itu salah anda. LOSS ITU PASTI. Mindset anda yang tak selari dengan the nature of trading.
Kemudian, trading bukannya untuk sehari sahaja. Anda akan trade bertahun-tahun lamanya. Sekali sekala anda loss, missed trade, close awal dan lain-lain, itu adalah normal!
Anda kena terima sepenuhnya 1,001 kebarangkalian dalam trading kalau anda nak jadi trader. You have to embrace “ANYTHING CAN HAPPEN IN TRADING”.
Trading menawarkan potensi dan risiko tanpa had, tetapi anda yang perlu tetapkan berapa had yang anda boleh telan. (Baca mengenai Trading Rules di bawah)
Satu lagi tip yang boleh membantu ialah KURANGKAN TENGOK CHART. Kenapa anda emotional? Sebab anda banyak sangat tengok P&L turun naik, ataupun anda tengok candlestick yang bergerak-gerak.
Kalau anda dah buat analisis, dan meletakkan Stop Loss (SL) pada trade anda, terus tutup platform trading anda. Percayalah, anda akan berasa lebih tenang bila dari awal anda dah tahu BERAPA ANDA BAKAL RUGI, berbanding berapa anda bakal untung.
Mengenai reward atau keuntungan pula, bila anda dah kurang tengok chart, anda akan boleh hold position lebih lama. Latih diri untuk close hanya apabila position anda telah profit melebihi +2R (2x ganda risiko).
PERANAN TRADING RULES UNTUK PSIKOLOGI TRADING YANG TEGUH
Market ibarat jalan raya yang tiada peraturan. Tetapi, untuk keselamatan bersama, sebab itulah manusia buat undang-undang jalan raya.
Ada had laju, ada garisan, ada lampu isyarat, ada lampu jalan, ada lesen dan sebagainya.
Sebagai trader, anda perlu tetapkan trading rules anda sendiri. Kemudian, anda kena berdisiplin dalam mematuhinya setiap hari.
Contoh-contoh trading rules adalah seperti:
Risk 1% sahaja sehari
Trade pukul 10 malam sahaja setiap hari
Pilih instrumen yang difahami sahaja
Entry 1 position sahaja sehari
Buat keputusan sendiri 100% tanpa dipengaruhi sesiapa
Setiap trade perlu ada penjelasan (journaling)
Jika trade menjadi, hold sampai minimum reward +2R.
BUKU PSIKOLOGI TRADING YANG DISYORKAN

Ada 3 buah buku psikologi trading yang telah saya baca, iaitu Trading In The Zone (Mark Douglas), The Disciplined Trader (Mark Douglas), dan The Mental Game of Trading (Jared Tendler).
Dalam buku-buku ini, hampir tiada langsung gambar! Hanya deretan perkataan yang banyak sahaja. Tetapi, kata-kata di dalamnya amat bermakna dan memberi satu tamparan kepada saya apabila membacanya.
Kalau anda baru nak mendalami ilmu psikologi trading, saya paling syorkan buku Trading In The Zone. Ia lebih mudah difahami berbanding buku yang lain.
(Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja ya 🙏)
Selain buku-buku di atas, anda juga boleh belajar mengenai psikologi trading dalam panduan keluaran TFSPAT.
KESIMPULANNYA…
Psikologi trading memainkan peranan paling penting dalam menentukan kejayaan anda sebagai seorang trader. Untuk psikologi trading yang baik, anda perlukan strategi dan risk management yang betul.
Ia topik yang sangat mendalam. Mustahil untuk saya terangkan dalam satu blogpost sahaja.
Saya akan sambung lagi topik menarik ini dalam blogpost akan datang kalau ramai yang komen NAK LAGI PLEASE dalam ruangan komen di bawah.
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.
NAK LAGI PLEASE
Terima kasih
Nak lagi please
Terima kasih
TERBAIK SIR, TERUSKAN LAGI
Terima kasih
Terima kasih MK kerana menghidupkan kembali blogpost TFSPAT. Saya memang berminat membaca blog tentang Trading dan terutamanya bahagian psikologi trading. Saya berharap MK akan sentiasa post di blog TFSPAT untuk setiap minggu.
Sama2 Michael. Your comment means a lot to me!
we want more from MK sharing trading knowledge
tq for support!