
Susah kan nak kawal emosi? Kalau tanya trader apa cabaran utama mereka dalam trading, mereka tak akan jawab risk management atau teknik.
Sebaliknya, mereka selalu sebut EMOSI atau PSIKOLOGI. Memang betul, kerana kejayaan anda dalam trading, 80% adalah bergantung kepada psikologi trading.
KENAPA KENA KAWAL EMOSI DALAM FOREX TRADING?

Jawapannya ialah kerana trading is a mental game. Ia tidak bergantung kepada kekuatan fizikal anda.
Refleks mental kita juga terlalu pantas, terutamanya dalam keadaan yang kita tak suka (floating loss, kena SL dan sebagainya).
Bila anda gagal kawal emosi, tangan anda akan bergerak secara automatik, dan emosi akan menguasai serta mengawal diri anda. Bukan sebaliknya!
Sebab itu anda kena kawal tindakan refleks mental anda dalam trading.
TIP KAWAL EMOSI DALAM FOREX TRADING
Ingat pesanan penting ni: Market tidak boleh menyakiti anda. Anda yang menyeksa dan menyakiti diri sendiri!
Kalau anda MC, loss besar, terlalu tamak dan sebagainya, semua itu adalah 100% hasil dari tangan anda.
Market adalah cerminan kepada pemikiran dan sikap anda. Kalau anda inginkan profit konsisten, tindakan anda perlu konsisten terlebih dahulu!
NAK KAWAL EMOSI, KENA KAWAL HIDUP
Mentor saya selalu berpesan, how you do anything is how you do everything.
Anda tak akan boleh berdisiplin dalam trading kalau anda tidak berdisiplin dalam kehidupan anda. Segalanya bermula dari situ!
KENAPA SUKAR KAWAL EMOSI DALAM TRADING?

Cuba anda fikirkan dalam-dalam, kenapa anda sukar mengawal emosi ketika trading?
Jawapannya mudah sahaja, iaitu kerana ANDA MELIHAT CHART ATAU BALANCE YANG BERGERAK-GERAK!
Kalau anda tak tengok chart, saya percaya anda akan berasa lebih tenang. Begitu juga dengan balance. Kalau anda tak tenung balance yang turun naik, sudah pasti anda tiada masalah untuk mengawal emosi.
CARA MUDAH KAWAL EMOSI DALAM FOREX TRADING
Di bawah ini, saya kongsikan 5 tip cara mudah kawal emosi dalam forex trading:
TIP #1 – KURANGKAN SCREEN TIME!

Lagi banyak tengok chart, lagi serabut fikiran anda. Amalkan “set and forget” dalam trading. Dah jumpa setup & signal terbaik, set entry + SL, kemudian tutup platform trading anda.
Emosi anda akan mudah terganggu apabila anda merenung chart dan balance akaun anda yang sentiasa bergerak-gerak.
Daya tarikan chart adalah amat kuat. Kuasa godaannya memang dahsyat! Pantang tengok lama sikit, mesti kita FOMO. Tahu-tahu je sekelip mata dah ada entry!
Tapi, kalau tak tengok chart, macam mana nak tahu apa yang sedang berlaku terhadap position anda?
TIP #2 – GUNAKAN ALERT!
Letak alert di paras harga entry, SL dan potential TP anda. Kalau PO anda trigger, trade anda hit SL / TP, anda akan dapat notifikasi di smart watch atau smart phone anda.
Gunakan plan Tradingview berbayar untuk memudahkan anda set alert.
Apabila anda memanfaatkan fungsi alert dengan betul, anda dah tak perlu nak tengok chart selalu. Kurang tengok chart, profit pasti meningkat.
TIP #3 – RISK FIRST REWARD LATER!
Dalam fikiran anda, perlu sentiasa utamakan risiko. Fikirkan berapa banyak anda bakal rugi, berbanding berapa banyak anda bakal untung.
Pastikan setiap trade anda mempunyai Stop Loss (SL) untuk mengawal risiko anda. Take Profit (TP) tak perlu set. Benda baik (profit), buat apa nak halang, kan?
Bila anda jaga risiko dengan baik, profit akan datang dengan sendirinya kemudian. Bak kata Dr Alexander Elder, “Make the best trade. Money is secondary”. Anda juga akan berasa lebih tenang dalam trading.
TIP #4 – JOURNALING & REVIEW!

Pernah tak setiap kali anda trade, anda senaraikan sebab-sebab kenapa anda nak Buy atau Sell? Itulah yang dinamakan journaling.
Setiap trading decision yang kita buat, perlu ada sebab-sebabnya. Barulah kita boleh trade dengan lebih yakin.
Simpan screenshot atau ambil gambar chart trade yang anda buat. Letakkan sebab-sebab dan penerangan di dalam chart tersebut, berserta entry price + SL + potential TP.
Setelah trade tersebut ditutup, catatkan hasilnya, dan adakah anda melakukan tindakan yang betul. Proses post-mortem ini dipanggil TRADE REVIEW.
Jika anda berjaya melakukan journaling & review, maknanya anda tak FOMO atau buat keputusan berlandaskan emosi semata-mata. Good job!
TIP #5 – KURANGKAN SOCIAL TRADING!
Kita akan mudah rasa tergugat (atau cemburu) bila tengok screenshot profit orang lain. Kalau ada trader lain bagi signal, kita mesti rasa nak ikut.
Sebab apa? Sebab kita belum boleh bertanggungjawab 100% terhadap kerjaya trading kita.
Anda perlu left semua group signal, unfollow atau unsubscribe orang tertentu, dan jangan lagi berkawan dengan trader yang toxic.
Ramai berani tunjuk yang indah atau menjadi sahaja. Banyak tipu daya dalam bidang trading ni. Lebih baik anda fokus kepada usaha anda sahaja, atau dapatkan bimbingan dari trading mentor yang berpengalaman.
Nak banyak lagi rahsia strategi, risk management & psikologi dalam trading? Belajar selanjutnya di sini.
KESIMPULANNYA…
Psikologi trading dan kawalan emosi yang jitu, adalah penentu sama ada anda akan berjaya atau tidak dalam trading.
Ingat, anda akan mudah tercabar bila anda terlampau banyak tenung chart dan melihat baki akaun anda bergerak-gerak. Daya tarikan chart amat kuat. Oleh itu, langkah pertama dalam mengawal emosi, ialah dengan mengurangkan screen time anda.
Seterusnya, fokus kepada apa yang anda boleh kawal (seperti risiko), pastikan setiap trade ada journaling, dan leave the rest to the market!
Ingat, anda hanya perlu win 30% – 40% sahaja dari keseluruhan trade anda.
Saya akan sambung lagi topik psikologi trading dalam blogpost akan datang kalau ramai yang komen NAK LAGI PLEASE dalam ruangan komen di bawah.
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.
nak lagiiiiii
nk lagi
nak tips lagi…
tq for support!
nak lagi plsss
tq for support!
NAK LAGI PLEASE.THANK YOU FOR SHARING MK..
Nak lagi. Please
Thanks Priser!
NAK LAGI PLEASE
Tq Sunny for the support & love.