10/08/2025
bagaimana-kelebihan-tradingview-menjadikan-anda-profitable-cover

Saya dah gunakan Tradingview sejak tahun 2018. Banyak kelebihan Tradingview (TV) berbanding Metatrader (MT) kalau nak buat analisis.

Anda pun mungkin macam saya. Dari awal kenal forex trading, kita hanya tahu guna Metatrader 4 atau 5 sahaja untuk trade.

Jadi dalam artikel ni, saya akan terangkan apakah kelebihan Tradingview, dan bagaimana cara yang sepatutnya anda gunakan TV & MT.

KELEBIHAN TRADINGVIEW #1: MOBILE SYNC

kelebihan-tradingview-nombor-1-ialah-mobile-sync-antara-desktop-dan-mobile-app

Apa yang anda lukiskan di TV, akan auto-update di mobile app. Kalau Metatrader, ianya tidak bersambung. Apa yang anda buat di desktop, tidak akan auto-update di mobile app MT4/5.

KELEBIHAN TRADINGVIEW #2: ALERT

Salah satu fungsi kritikal TV ialah Alert (atau Alarm). Anda boleh set alert di paras harga yang anda nak. Bila price sampai ke situ, anda akan mendapat notifikasi melalui app TV di mobile atau tablet anda.

Kalau anda pakai smartwatch, notifikasi juga akan terpapar di situ.

Melalui penggunaan alert, anda boleh kurangkan “screen time” anda. Tak perlu dah anda nak monitor harga selalu.

KELEBIHAN TRADINGVIEW #3: CLOUD BASED

Tak perlu install di PC atau laptop. Anda boleh pergi ke laman web mereka dan login di situ.

Kemudian, seperti point #1, apa yang anda buat di desktop, akan auto-update di mobile app.

Sebenarnya, TV pun boleh install di PC. Tapi tak ada keperluan pun nak install.

Saya sendiri sampai ke hari ini, masih login di website mereka, serta menggunakan mobile app.

KELEBIHAN TRADINGVIEW #4: REPLAY (BACK TEST)

Anda boleh buat latihan back test dengan lebih realistik melalui fungsi Replay.

Anda boleh “padam” pergerakan harga masa depan, dan trade seolah-olah pergerakan market tersebut belum terjadi.

Contohnya, anda pilih starting point 15 Mei 2023, pergerakan harga selepas itu akan dipadamkan.

Anda tak akan tahu bagaimana market bergerak selepas itu. Jadi, back test yang anda buat akan menjadi lebih realistik, ibarat LIVE MARKET yang sedang bergerak.

Market bukan kita punya, kan? Tapi dalam mod Replay, anda yang mengawal market. Haha~!

KELEBIHAN TRADINGVIEW KE-5: PELBAGAI PASARAN

kelebihan-tradingview-memudahkan-anda-buat-analisis-boleh-buat-triple-screen-layout

Anda boleh gunakan triple screen layout seperti di atas melalui setting “layout” dalam Tradingview versi berbayar.

Jika anda multi-instrument trader, atau trader yang trade pelbagai pasaran, anda boleh monitor SEMUA pasaran melalui Tradingview.

Jangan terkejut ya, SETIAP SATU SAHAM dalam Bursa Malaysia yang kecil ni pun anda boleh monitor!

Nak monitor harga emas? Crypto? Indeks? Global stocks? Local stocks? Semua boleh brosis!

Cakap je nak market apa. Semua ada. Malah, untuk setiap market, anda siap boleh perincikan lagi, pricing dari broker mana anda nak tengok. Hebat kan?

KELEBIHAN #6 – PELBAGAI TOOLS & INDICATOR CANGGIH

kelebihan-tradingview-mempunyai-advanced-tools-and-indicators-canggih

Kalau anda gunakan pelbagai tools dan indicator dalam strategi trading anda.

Tradingview mempunyai BANYAK tools dan indicator canggih. Fibonacci tu sahaja ada 8 jenis tau (kalau tak silap saya lah hahaha).

Saya tak boleh nak komen banyak sebab saya guna price action trading sahaja (candlesticks, SNR dan trendline). Jadi saya tak berapa nak explore bahagian ni.

BAGAIMANA TRADINGVIEW BOLEH MENJADIKAN ANDA PROFITABLE?

Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan melalui Tradingview, yang Metatrader tak dapat nak bantu anda.

Antaranya ialah latihan back test, latihan screen shot dan journaling.

Selain itu, TV juga boleh kurangkan screen time anda melalui fungsi Alert. Lagi kurang tengok chart, lagi kurang gangguan emosi, dan ini membolehkan anda trade dengan lebih baik. Tak perlu monitor chart selalu. Tunggu sahaja alert sampai, baru anda execute atau take action.

Pemisahan platform membuat analisis dan platform trading juga akan membantu anda untuk bertenang dalam trading process anda. Kalau anda buat analisis dan trade dalam satu platform, laju je tangan kita nak entry, kan?

CARA PALING OPTIMUM UNTUK MENGGUNAKAN TRADINGVIEW

petikan-buku-tfspat-pacer-muka-surat-236-mengenai-tips-dan-kelebihan-tradingview-vs-metatrader

Petikan muka surat 236 buku TFSPAT PACER mengenai Tradingview.

Gunakan Tradingview untuk membuat latihan, analisis, journaling dan set alert. Anda juga boleh buat “demo trading” menggunakan fungsi “Paper Trading”.

Kemudian, gunakan platform Metatrader (atau platform lain yang broker anda gunakan) semata-mata untuk trade dan monitor position sahaja.

Kalau anda nak gunakan Tradingview untuk trade pun boleh. Broker Pepperstone ada jenis akaun yang boleh link dengan Tradingview. Jadi, tak perlu dah anda gunakan Metatrader.

YURAN LANGGANAN TRADINGVIEW

yuran-langganan-bulanan-tradingview-essential-plus-premium

Kadar langganan Tradingview adalah seperti di atas. Saya syorkan pelan pertengahan (Pro) di bawah kategori Non-professional.

Yuran langganan sebulan ialah RM139.90. Kalau nak jimat, anda perlu bayar untuk 12 bulan terus. Boleh jimat 16% atau kira-kira 2 bulan langganan. Kiranya anda cuma bayar untuk 10 bulan sahaja lah.

Nak jimat lagi? Tunggulah Black Friday sale pada bulan November setiap tahun. Anda boleh dapat diskaun sehingga 80% jika anda bayar terus secara tahunan!

Tradingview adalah pelaburan anda. Ingat, bidang trading hampir tiada kos operasi. Anda nak buat duit berpuluh ribu sebulan, takkan RM140 pun nak berkira?

Untuk info lanjut mengenai Tradingview, boleh KLIK SINI.

PENUTUP

Jujur cakap, prestasi trading saya bertambah baik sejak saya menggunakan Tradingview. Ianya juga sangat user friendly berbanding Metatrader (kalau nak buat analisis).

Saya highly recommend anda untuk berhijrah kepada Tradingview kalau anda nak jadi profitable trader, dan untuk menjadikan proses trading anda lebih sistematik.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *