09/08/2025
loss-dalam-forex-trading-perbezaan-good-loss-vs-bad-loss-cover

Anda perlu tahu perbezaan antara good loss bad loss dalam forex trading.

Ya, loss tetap loss. Modal kita tetap susut juga. Dan kita mungkin sakit hati.

Tetapi, bukan semua loss tu sama. Ini adalah pengajaran penting buat anda, sebab saya dulu tak tahu pun pasal ni.

Bertuahlah anda sebab dapat ilmu ni di sini huhuhu.

HAKIKAT LOSS DALAM FOREX TRADING

trade-forex-kena-bayar-cukai-pendapatan-ke-tidak-rupanya-kena-bayar-cukai-juga

Dulu, kalau saya loss, saya rasa saya lemah. Saya perlu perbaiki diri. Terasa seperti ada satu “missing puzzle” yang saya kena cari.

Setelah bertahun-tahun trade (dan bakar duit), rupanya dalam trading ni, LOSS TAK BOLEH DIELAKKAN SAMA SEKALI!!

Anda gunalah cara apa pun, ANDA TETAP AKAN LOSS.

Big players pun loss. Kita yang bilis ni apatah lagi.

TAK PERLU CARI PUNCA LOSS DALAM TRADING!

Anda hanya akan buang masa kalau anda mencari punca kepada setiap loss anda.

Market bernilai USD $10 trilion, mustahil untuk profit dalam setiap trade.

Bila loss berlaku, ia bukan bermaksud anda lemah. Memang trading ni macam tu!

APA SEPATUTNYA ANDA BUAT BILA LOSS DALAM FOREX TRADING?

good-loss-vs-bad-loss-dalam-forex-trading-petikan-buku-tfspat-pacer-muka-surat-306

Petikan buku TFSPAT PACER mengenai Good Loss vs Bad Loss dalam forex trading.

Anda kena kaji, adakah loss tersebut GOOD LOSS ataupun BAD LOSS (juga dikenali sebagai DUMB LOSS).

GOOD LOSS = Loss yang berlaku disebabkan oleh pergerakan market. Anda dah buat yang terbaik, follow trading rules, follow SOP dan sebagainya, tetapi anda loss.

BAD LOSS = Loss yang berlaku disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda. Anda langgar trading rules, tak follow risk management dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH GOOD LOSS DALAM FOREX TRADING

contoh-good-loss-dalam-forex-petikan-buku-tfspat-pacer-muka-surat-306
  1. Hit SL dulu, lepas tu baru pergi ke profit.
  2. Secara tiba-tiba price melakukan spike sedangkan tiada news dalam forex calendar.
  3. Market bergerak bertentangan dengan analisis anda.
  4. Signal Bullish Engulfing, lalu anda Buy, tetapi menjadi Bearish Engulfing selepas anda entry.
  5. Anda dah amalkan prinsip “trade what you see” dan “go with the flow” tetapi market tidak menyebelahi anda.

CONTOH-CONTOH BAD LOSS DALAM FOREX TRADING

contoh-bad-loss-dalam-forex-petikan-buku-tfspat-pacer-muka-surat-307
  1. Loss lebih daripada sepatutnya.
  2. Entry lebih banyak dari sepatutnya.
  3. Tidak menyemak arah correlation sebelum execution.
  4. Trade sebelum news merah (kerana anda teka market nak pergi mana).
  5. Trade di luar waktu kebiasaan anda, kerana anda FOMO (Fear Of Missing Out).

KENAPA PENTING UNTUK BEZAKAN GOOD LOSS ATAU BAD LOSS?

Supaya anda fokus kepada DIRI ANDA (dalaman) berbanding kepada faktor-faktor luaran yang anda tak boleh kawal.

Trading memerlukan disiplin dan tindakan yang konsisten. Ia 100% bergantung kepada anda. Anda perlu kawal diri untuk ikut trading rules anda walau apa pun yang berlaku.

Anda tak boleh menyalahkan diri anda kalau anda tidak melakukan kesilapan.

Tetapi jika betul anda buat silap, anda perlu memperbaikinya segera, jadikan pengajaran, dan jangan ulang kesilapan yang sama.

JANGAN TAKUT DENGAN LOSS. ITU NATURE TRADING!

perasaan-tenang-apabila-kenal-good-loss-dan-bad-loss-dalam-forex-trading

Dalam trading, WAJIB TEMPUH LOSS. Anda pasti akan menempuh loss. Tapi, jangan takut!

Control lah loss tersebut. Jangan sampai ia berada di luar kawalan.

Secara umumnya, anda perlukan 40% ke 50% win rate sahaja untuk menjadi profitable. Itu sudah cukup!

50% ke 60% trade anda memang DITAKDIRKAN untuk loss. That’s how the market works.

Kita memang tak akan boleh nak menang semua.

PENUTUP

Anda kena terima kenyataan yang sebagai trader, anda TIDAK DAPAT LARI daripada loss. Anda kena menerima loss sebagai sebahagian daripada trading dengan SEPENUH HATI.

Jangan mudah goyah dengan loss. Anda memang tak akan win semua. Namun begitu, anda masih boleh mendapat net profit melalui kawalan risk and reward ratio yang betul.

Anda kena latih diri daripada sekarang untuk “good loss”, dan minimakan “bad loss” anda. Be great at losing, so that you can become great at winning!

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *