
Apa kelebihan forex trading? Sepanjang 40 tahun hidup saya, banyak dah cara saya cuba untuk buat “wang besar”.
Antaranya ialah MLM (Multi Level Marketing), jadi ejen unit trust, perunding takaful, berniaga dan sebagainya.
Tetapi, tiada bidang yang sehebat trading atau spesifiknya forex trading! Di sini saya senaraikan 7 sebab berserta huraiannya:

KELEBIHAN FOREX TRADING #1: TIADA DISKRIMINASI. SEMUA ORANG BOLEH JADI TRADER!
Zaman sekarang ni, semua orang dah ada smartphone dan internet. Modal boleh dicari (semua bisnes pun perlukan modal ye tak?).
Tinggal perlu cari ilmu trading sahaja. Itu pun pada hari ini, banyak dah sumber ilmu percuma yang anda boleh jumpa.
Trading tidak mengenal usia, jantina, latar belakang pendidikan, paras rupa dan sebagainya. Semua orang boleh jadi trader.
Modal pula ikut kemampuan masing-masing. Nak pakai USD $10 (MYR 45) pun boleh!!
Nota: Seeloknya, analisis teknikal perlu dibuat menggunakan desktop atau laptop. Kemudian, gunakan smartphone untuk entry dan monitor position.
KELEBIHAN FOREX TRADING #2: ANYTIME, ANYWHERE & ANYHOW YOU WANT!

Ini adalah salah satu sebab utama kenapa ramai memilih trading. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Asalkan ada device dan internet, bisnes anda boleh berjalan seperti biasa.
Nak trade siang boleh, malam pun boleh. Nak jadi scalper, day trader atau swing? Semua pun boleh. Anyhow you want to do it!
Bila dah capai financial and time freedom, anda boleh travel ke seluruh dunia dan trade. Tak perlu lagi risau pasal duit. Seronoknya!
KELEBIHAN FOREX TRADING #3: TIDAK PERLU MELIBATKAN SESIAPA!
Ini adalah favourite saya! Saya dah pernah buat duit dengan cara macam-macam. Persamaannya ialah satu, iaitu kena sentiasa mencari pelanggan atau klien.
Bila untung habis dibelanjakan, kena cari pelanggan lain pula. Tiap-tiap bulan kena pulun sales supaya boleh dapat cover kos operasi dan menjana keuntungan.
Dalam trading, ia 100% bergantung kepada ANDA sahaja. Ia tidak melibatkan sesiapa. Tiada istilah cari sales, pelanggan, downline atau klien dalam trading.
Anda ibarat sebuah “perniagaan” yang bergerak. You just need yourself. That’s it!
KELEBIHAN FOREX TRADING #4: ULANG-ULANG BENDA YANG SAMA!

Bidang paling mencabar kalau nak buat duit ialah FESYEN. Ini kerana anda perlu sentiasa tahu apa trend atau selera terkini.
Kalau anda jual apa yang orang tak suka, atau trend berubah sedangkan stok anda masih menimbun, maka anda akan rugi besar.
Dah lah kuasa beli pengguna makin menurun sekarang kan? Pengguna semakin bijak dan sangat berhati-hati ketika berbelanja. Apa jua jenis perniagaan, cukup mencabar sekarang ni!
Itulah seronoknya trading, kerana anda hanya perlu ulang-ulang benda yang sama sahaja.
Yes, pattern market memang berubah, tetapi emosi manusia bila trading adalah sama sahaja dari dulu.
KELEBIHAN FOREX TRADING #5: GLOBAL MARKETS YANG SENTIASA ADA SUPPLY & DEMAND!
Tak perlu risau market tiba-tiba tutup atau bergerak perlahan. Global markets seperti forex akan sentiasa diperlukan dunia. Jadi, hari-hari anda boleh trade!
Ketika COVID-19 melanda, market yang slow macam Bursa Malaysia pun tetap dibuka seperti biasa walaupun PKP. Apatah lagi global markets yang bernilai hampir $10 trillion macam forex ni!
Jangan risau tentang sustainability dalam trading. Ia akan sentiasa wujud pada masa akan datang.
KELEBIHAN #6: HAMPIR TIADA KOS OPERASI, TETAPI POTENSI PENDAPATAN TANPA BATASAN!

Sebagai trader, kos spesifik untuk trading anda hanyalah langganan Tradingview sahaja! Itupun tak sampai RM100 sahaja sebulan.
Modal bukanlah kos. Kalau anda deposit USD $100, anda boleh withdraw 100% amaun tersebut pada bila-bila masa.
Kalau anda renovate kedai RM300,000, anda tak dapat balik dah duit tu. Kena makan masa bertahun-tahun untuk breakeven!
Internet, smartphone, tempat tinggal, bil elektrik dan sebagainya, itu bukan kos dalam trading. Kalau anda tak jadi trader pun, anda masih lagi akan membayar kos-kos tersebut.
Bercakap mengenai potensi pendapatan pula, ianya tiada had. Malah, kalau buat prop trading, anda boleh menjana pulangan lumayan tanpa memerlukan modal!
KELEBIHAN #7: KADAR TUKARAN WANG ASING 4.5X KALI GANDA!

Yang ni rasanya semua orang tahu. Profit anda dalam USD. Bila convert kepada MYR, anda akan dapat kira-kira 4.5x ganda.
Tak perlu dah kerja overseas untuk menjana pendapatan yang besar. Dengan trading, anda boleh “earn in USD, spend in MYR!” Seronok kan kalau boleh buat macam tu?
Ya, melalui trading, itulah pendapatan anda. Kadar tukaran USD to MYR ialah MYR 4.50 (bergantung kepada kadar tukaran semasa).
PENUTUP
Banyak kelebihan forex trading berbanding bidang yang lain kalau anda nak buat duit. Yang paling saya suka ialah kerana ia tidak perlu bergantung kepada sesiapa.
Tambahan pula, semua orang dah ada akses terhadap pasaran sekarang ni. Tinggal nak kena ada ilmu dan latihan sahaja.
Lagipun, trading bukanlah suatu bidang yang “rocket science” (terlampau susah) untuk dikuasai jika anda belajar melalui bimbingan yang betul.
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.
1 thought on “7 Kelebihan Forex Trading & Kenapa Anda Kena Jadi Trader”