28/04/2025
apa-itu-dst-dan-kenapa-forex-traders-perlu-peka-dengan-dst

Di dalam artikel ini, saya akan menerangkan mengenai DST, dan kenapa traders perlu tahu mengenainya.

APA ITU DST?

DST merupakan singkatan untuk Daylight Saving Time. Ketika musim bunga dan musim panas, waktu siang di negara sebelah barat akan menjadi lebih panjang.

Jadi, sebab itu mereka akan menganjak waktu mereka selama 1 jam untuk memanfaatkan masa yang lebih panjang tersebut.

Kemudian, ia akan “diundur” semula 1 jam ketika musim luruh.

Sekadar berkongsi, saya pernah ke Granada (Spain) pada bulan April 2017. Pukul 9.30 malam pun masih lagi cerah!

dst-april-2017-ketika-mk-berada-di-granada-alhambra-sepanyol

APA YANG AKAN BERLAKU KETIKA DST?

Pada hari DST, masa akan dianjak selama 1 jam, dan diundurkan kembali selama 1 jam.

Kalau nak senang ingat, SPRING FORWARD, FALL BACK.

pepatah-popular-dst-spring-forward-fall-back

BILA AKAN BERLAKU DST?

Penting: DST akan berlaku pada bulan Mac dan November setiap tahun.

Pada bulan Mac, masa akan dianjak sebanyak 1 jam (“spring forward”). Manakala pada bulan November, masa akan diundur (“fall back”) sebanyak 1 jam.

Ketika ini artikel ini diterbitkan, New York (NY) session ditutup pada pukul 6 pagi (waktu Malaysia).

Kemudian, bermula 9 Mac 2025, NY session akan close pada pukul 5 pagi.

Pada bulan November 2025 nanti, ia akan ditutup pada 6 pagi.

KEPENTINGANNYA KEPADA FOREX TRADERS

negara-yang-terlibat-dengan-dst

Ianya boleh menentukan sama ada anda profitable atau tidak!

Kalau NY close 6 AM, anda boleh perhatikan yang news high impact USD akan berlangsung pukul 9.30 malam (waktu Malaysia).

Jika NY close 5 AM, ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Disebabkan perubahan waktu ini, ia akan mempengaruhi pergerakan market.

Jika anda selalunya trade pukul 9 malam (iaitu selepas news 8.30 malam berjalan), anda perlu trade pukul 10 malam setelah berlakunya DST.

Ia bukan sahaja mempengaruhi waktu trading anda, tetapi juga waktu tidur anda!

Untuk saya, disebabkan saya ingin tidur bersama keluarga, saya tak boleh nak anjakkan waktu trading saya. Saya tak nak keluarga saya tidur lewat.

Jadi, ketika NY close 6 AM, saya lebih selesa untuk trade pada lewat petang dalam London session sahaja.

AKIBAT TIDAK PEKA DENGAN DST

Jika anda tidak mengubah waktu trading anda, percayalah cakap saya yang anda akan loss lebih banyak!

Berdasarkan trade history saya sebelum ini, prestasi saya lebih baik ketika NY close 5 AM berbanding 6 AM.

Percayalah cakap saya bahawa DST boleh mempengaruhi profitability anda.

KESIMPULANNYA…

Traders perlu tahu apa itu DST, dan mengambil berat tentang kesannya terhadap prestasi trading mereka.

Anda perlu tahu waktu NY close sekarang pukul berapa, dan ubah suai waktu trading anda seiring dengan waktu NY close tersebut.

Secara umumnya, Mac hingga November NY close 5 pagi, manakala November hingga Mac NY session akan close 6 pagi.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *