13/06/2025
cara-pujuk-dan-rasionalkan-diri-bila-loss-dalam-forex-trading-cover

Loss dalam forex trading adalah suatu kemestian. Ia tidak boleh dielakkan. Anda kena terima!

Tapi, cakap senang lah, kan? Cuba buat nak tengok. Hahaha~!

LOSS DALAM FOREX TRADING, SUATU SUMPAHAN?

Tidak, ia bukanlah suatu sumpahan. Kalau anda asyik loss dalam forex trading, buatlah apa pun, anda tetap akan jadi loser juga.

Selagi TINDAKAN anda tak diubah, selagi itu HASILNYA juga tak akan berubah.

“Kegilaan ialah melakukan perkara yang sama berulang kali, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza” – Albert Einstein.

loss-dalam-forex-trading-cara-pujuk-hati-dan-rasionalkan-diri-albert-einstein-quote

HAKIKAT LOSS DALAM FOREX TRADING

contoh-trader-yang-loss-dalam-forex-trading-rm100000-tfspat-tfs-price-action-trading

Sebenarnya, anda buatlah apa pun, LOSS TETAP AKAN BERLAKU.

Tiada cara untuk elak loss. Oleh itu, anda kena tahu cara untuk menghadapi loss dengan “bergaya”.

Kalau anda tak nak loss, senang je. Jangan jadi trader!

2 JENIS LOSS DALAM FOREX TRADING

loss-dalam-forex-trading-cara-pujuk-hati-dan-rasionalkan-diri-unsuccessful-trader

Setiap kali anda loss, anda kena semak, adakah ianya loss sebab market (good loss) atau loss disebabkan kesilapan anda (bad loss / dumb loss)?

Kalau good loss, itu adalah normal. Market USD $10 trillion, mana mungkin kita nak buat jangkaan dengan ketepatan 100%.

Tapi kalau dumb loss, anda kena tahu apa puncanya, dan jangan ulang kesilapan yang sama.

MINDSET YANG PERLU DITANAM UNTUK MENGHADAPI LOSS DALAM TRADING

loss-dalam-forex-trading-cara-pujuk-hati-dan-rasionalkan-diri-peter-lynch-quote

Anda perlu tanamkan mindset yang betul kalau nak menghadapi loss dengan tenang.

Psikologi trading anda perlu betul-betul kuat.

Anda wajib mengamalkan risk management dalam trading anda (contohnya seperti di sini).

Billionaire hedge fund manager di atas (Peter Lynch) pun kata, paling banyak anda akan win ialah 6 daripada 10 kali (60% win rate). Maknanya, 4 kali lagi anda akan loss.

Kalau anda tengok rajah bawah ni, win 4 atau 5 kali pun boleh dapat net profit jika reward anda sekurang-kurangnya 2R.

perbandingan-risk-management-win-rate-40-peratus-vs-50-peratus

Ini realitinya dalam trading. This is the truth. Kita tak akan menang semua. Sekitar 40% – 50% sahaja yang kita akan win. Selebihnya, 50% – 60% lagi akan loss.

Senang cerita, SEPARUH daripada trade kita, akan berakhir dengan loss.

Dalam liga bola sepak pun, mana ada team yang menang semua perlawanan. Tentu ada yang menang (profit), kalah (loss) dan seri (breakeven).

Tapi bila reward kita lebih besar dari risiko atau loss, kita masih boleh mendapat net profit.

Anda trade market yang bernilai hampir USD $10 trillion. Ia merupakan pasaran kewangan terbesar di dunia. Memang mustahil untuk anda atau sesiapa pun membuat jangkaan dengan tepat dalam setiap trade.

Semua trader dan investor handalan dunia menghadapi loss. Kita pun tak akan terkecuali.

Win more than you lose. Bila loss, loss sikit je. Bila profit, profit banyak.

random-distribution-of-wins-and-losses-yang-betul

Akhir sekali, jangan fikir “berapa kali aku kena win”, tetapi fikirkan dahulu “berapa kali lagi aku boleh loss?”.

Rajah di atas merupakan simulasi anda trade sebanyak 30 hari (5 hari seminggu kali 6 minggu).

Dengan kiraan win rate hanya 40% (12 daripada 30 trade), ia bermakna 60% atau 18 trade anda akan loss. Lebih banyak “kotak merah (losing day)” berbanding “kotak hijau (profitable day)”.

Setiap kali loss berlaku, cuba kira sudah berapa kali anda loss? Adakah anda dah loss 18 kali?

Jika belum, maksudnya anda masih lagi on the right track, dan boleh meraih net profit.

PENUTUP

Anda tak akan boleh elak loss. Anda kena terima loss dengan sepenuh hati. Kalau anda melawan loss, anda akan binasa! Seriously, anda kena belajar cara untuk menghadapi loss dengan betul.

Fahamkan betul-betul peranan win rate dan risk to reward ratio. Anda tak perlu profit dalam kesemua trade. Dapat 40% win dengan reward 2R pun dah memadai.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

1 thought on “Loss Dalam Forex Trading: Cara Pujuk Hati & Rasionalkan Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *