19/05/2025
lawatan-mk-ke-hq-broker-pepperstone-di-melbourne-mac-2025

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat! Pada Mac 2025, saya sekeluarga telah ditaja penuh untuk melawat HQ broker Pepperstone di Melbourne, Australia.

Saya telah ke sana pada 11 – 17 Mac 2025, ketika umat Islam seluruh dunia sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

Ya, tak payah tanya, saya tetap berpuasa macam biasa di sana. 😇

Ini merupakan kali pertama saya ke Melbourne, dan saya sangat sukakan bandar tersebut! Nak cari makanan halal pun senang.

Gambar bawah: Brighton Beach, Melbourne.

LOKASI HQ BROKER PEPPERSTONE

lawatan-mk-ke-hq-broker-pepperstone-di-melbourne-bersama-cz-kee-dan-jack

Gambar atas: Bersama Sherry He (Head of Sales Asia Pacific), Dilin Wu (Head of Market Research Asia Pacific) & Jack (Senior Sales Asia Pacific).

HQ mereka terletak di Collins Square, Melbourne Australia. Ia adalah pejabat tertutup. Kalau nak masuk, kena ada jemputan terlebih dahulu.

Selain Melbourne, ada 8 lagi pejabat Pepperstone di seluruh dunia, seperti Kenya, Dubai, London, Cyprus dan lain-lain lagi.

KENAPA HQ BROKER PEPPERSTONE BAWA SAYA KE SANA?

Sebagai salah seorang top performing IB mereka di Malaysia (ehem-ehem), saya telah dijemput ke sana bersempena dengan ulang tahun ke-15 mereka.

Sebelum ini, ketika di conference Phuket, mereka dah bagitahu dah yang mereka akan bawa kami ke Melbourne.

Saya ingatkan mereka main-main. Rupanya betul-betul jadi realiti!

CONFERENCE & BRIEFING DI HQ BROKER PEPPERSTONE

Pada hari pertama, iaitu 13 Mac 2025, kami telah diberikan taklimat oleh top management Pepperstone.

Antara yang memberikan taklimat tersebut ialah Andrew Housden (CFO), David Jenkins (CTO), dan Tom Williams (GM Risk & Operation).

Mengikut perkongsian CFO tersebut, revenue Pepperstone pada 2024 telah mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat, dan melepasi angka MYR 1 billion!

CTO pula berkongsi mengenai in-house technology yang dibina Pepperstone. Ianya amat canggih. Banyak mereka melabur kepada teknologi. Kalau broker lain, mereka sekadar ada MT4/MT5 sahaja.

Tetapi untuk Pepperstone, ada banyak lagi platform yang mereka sediakan, seperti web-based terminal, Ctrader, Tradingview, Pepperstone App dan lain-lain lagi.

PENGALAMAN MEMANDU KERETA F1!!

Salah satu aktiviti kami di sana ialah kami berpeluang untuk memandu jentera F1 sebenar!

Simulator ini menghampiri kepada kereta F1 sebenar. Bila dipandu, terasa gegaran dan tekanannya.

Seronok sangat-sangat pengalaman ni. Sempit betul tempat duduknya. Hahaha!

AUSTRALIA GP – PENGALAMAN KALI PERTAMA MENONTON F1

Seumur hidup, saya tak pernah tengok F1 di litar. Masa F1 dibuat di Sepang pun saya tak pernah pergi. 😅

Saya dulu memang minat F1, zaman-zaman Michael Schumacher, Mika Hakkinen semua tu. Lama dah saya tinggal. Sekarang jadi minat balik nak follow lepas balik dari Melbourne.

Sebagai penaja utama pasukan F1 Aston Martin Aramco, Pepperstone telah diberi suite VIP, dan saya telah diberi “penghormatan” untuk masuk ke situ.

Harga tiket suite VIP ini ialah kira-kira MYR 35,000 seorang!

DERUMAN BINGIT, BUNYI DATANG KEMUDIAN

Bila tengok F1 depan-depan macam ni, saya boleh rasa yang kereta tersebut TERSANGAT LAJU, sehinggakan lepas kereta lalu baru bunyi dia sampai.

Bunyinya memang bingit, tapi seronok lah dengar ngauman enjin F1 ni. Bukan macam kereta biasa. Serius, teruja lain macam bila dapat tengok dari dekat!

BERSAMA CEO HQ BROKER PEPPERSTONE, MR TAMAS SZABO

Setelah beberapa hari di Melbourne, akhirnya saya dapat juga bertemu dengan CEO Pepperstone iaitu Mr Tamas Szabo.

Saya bukan sekadar dapat bergambar, tetapi juga sempat bertanyakan beberapa soalan kepada mereka. He’s very humble and willing to share many things with me.

Bila ditanya berapa nilai tajaan pasukan F1 tersebut, beliau hanya menjawab “puluhan juta!” (tens of millions). Beliau tak dapat berikan angka sebenar kerana terikat dengan NDA (non-disclosure agreement).

Dalam perbualan singkat itu juga beliau sempat kongsikan gambar beliau makan malam bersama top team Aston Martin Aramco, termasuk pemandunya LANCE STROLL.

GALA DINNER SEMPENA ULANG TAHUN KE-15 HQ BROKER PEPPERSTONE

Pada malam terakhir, kami telah dibawa ke sebuah tempat eksklusif untuk makan malam.

Lokasinya ialah di Victoria by Farmer’s Daughter.

Ia adalah upacara penutup untuk program ulang tahun ke-15 mereka yang gilang-gemilang ini.

PENUTUP

Terima kasih banyak-banyak Pepperstone, kerana telah memberikan saya peluang yang amat berharga ini.

First time dapat tengok HQ broker ternama dunia DI LUAR NEGARA, dan di salah sebuah bandar terkenal DI DUNIA.

Ini menjadikan saya bertambah yakin dan percaya kepada broker terbaik dunia ini.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *